HomeBlogMainan Yang Sesuai Untuk Anakku

Mainan Yang Sesuai Untuk Anakku

Bermain adalah penting untuk perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan emosi kanak-kanak. Selain memberikan keseronokan kepada kanak-kanak, permainan juga adalah unsur penting yang diperlukan oleh setiap kanak-kanak bagi membantu perkembangan otak mereka. Bagaimanapun, pilihan mainan yang bersesuaian mengikut peringkat umur kanak-kanak adalah perlu bagi merangsang perkembangan mental dan fizikal mereka.

Bermain sambil belajar

Memilih mainan yang betul untuk anak adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan untuk anak kita. Menjadi naluri semula jadi kanak-kanak untuk suka bermain. Bermain adalah dunia kanak-kanak yang paling dominan. Lihatlah sistem pendidikan awal kanak-kanak yang mengaplikasikan bermain dalam pembelajaran. Hal ini menunjukkan betapa kemampuan bermain itu dapat merangsang perkembangan otak kanak-kanak.

Selain itu, kanak-kanak juga mudah menyerap perkara baru jika dilakukan dengan keseronokan seperti bermain. Justeru itu, proses pembelajaran perlu disesuaikan mengikut kemampuan kanak-kanak bermain mengikut usianya. Dengan mainan yang sesuai, proses pembelajaran akan mudah diterima dan diserap oleh kanak-kanak. Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa, kita perlu lebih bijak dalam memilih mainan yang betul untuk anak kita.

Ikut kemampuan

Bagi memilih mainan yang betul, ibu bapa perlu menimbangkan dua perkara iaitu keperluan dan kemampuan anak dengan mainan tersebut, supaya mainan itu bukan sahaja menjadi sekadar alat yang menghiburkan tetapi juga sebagai medium pembelajaran untuk mereka.

Dengan itu, aktiviti mainan kanak-kanak akan berjalan dengan lebih baik dan berkesan sesuai dengan tahap penerimaan minda mereka. Ada beberapa peringkat penting yang perlu diambil kira sebelum memilih mainan yang sesuai untuk kanak-kanak iaitu:

Fasa 3-4 tahun: Pada peringkat umur seperti ini, anak kecil anda gemar menconteng. Jadi berikannya mainan pensil warna atau krayon untuknya menconteng di kertas lukisan. Selain dapat memuaskan hati anak anda (dengan menconteng), aktiviti ini juga dapat menyerlahkan kreativiti mereka.

Bagaimanapun, ibu bapa perlu memantau aktiviti ini supaya perkara-perkara tidak diingini seperti memasukkan pensil warna ke dalam mulut tidak berlaku.

Awas! Ibu bapa perlu bersedia jika anak anda tidak menconteng di kertas lukisan sebaliknya beralih ke dinding atau sofa untuk mempamerkan ‘hasil seni’ mereka.

Fasa 4-5 tahun: Pada peringkat ini, kanak-kanak gemar meneroka. Jadi mainan yang sesuai untuk anak anda ialah mainan yang mencabar minda mereka. Pemberian mainan jenis ini dapat meningkatkan tahap keyakinan kanak-kanak supaya mereka tidak bosan atau teragak-agak untuk mencuba perkara yang baru.

Fasa kanak-kanak prasekolah: Pada ketika ini, apa yang diperlukan oleh kanak-kanak ialah jenis mainan yang dapat mengembangkan sikap berkerjasama dan kemahiran sosial mereka. Kemahiran-kemahiran ini amat diperlukan oleh kanak-kanak kerana mereka perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sekolah nanti.

Tidak minat bermain?

Walaupun fitrah semula jadi kanak-kanak gemar bermain, namun ada segelintir kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk merasai keseronokan bermain. Contohnya, jika anak anda sering didedahkan dengan dunia teknologi seperti komputer dan telefon pintar, adakah game di gadget tersebut boleh dianggap sebagai bermain?

Dengan pendedahan terhadap dunia gadget sekarang, kanak-kanak lebih banyak menghadap gadget berbanding melakukan aktiviti bermain yang sebenar. Justeru, minat bermain semakin lama terpadam.

Selain mementingkan gadget, ada juga kanak-kanak yang tidak minat bermain ekoran tidak diberikan peluang untuk meneroka permainan. Sebaik-baiknya, selepas memperkenalkan permainan baru, berikan kanak-kanak ruang untuk meneroka dan bermain permainan tersebut mengikut cara mereka sendiri. Biarkan minat mereka bercambah sebelum anda mula memberi cadangan tentang cara mainan yang betul.

Bagi kanak-kanak yang sudah dibiasakan bermain satu-satu jenis permainan sahaja ketika bayi, mungkin dia memerlukan sedikit masa untuk memupuk minat baru pada permainan lain. Contohnya, jika anda biasa mendedahkannya dengan mainan seperti anak patung atau kereta sahaja sewaktu kecil, anak anda akan mengambil masa untuk meminati permainan seperti blok atau puzzle.

Ada kanak-kanak yang tidak gemar diberikan mainan berunsurkan teka-teki atau memerlukan mereka berfikir. Jadi, ketika inilah ibu bapa harus memainkan peranan dengan membantu kanak-kanak bermain. Contohnya, jika anda tidak pernah memperkenalkan permainan jigsaw-puzzle kepada anak anda, jangan terus belikannya jigsaw-puzzle yang mempunyai banyak susunan. Sebaliknya, belikan jigsaw-puzzle yang sesuai mengikut usianya. Mungkin juga anda boleh belikannya gambar kartun kegemarannya bagi merangsang anak anda belajar menyusun.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan