HomeBlogLindungi Anak dengan Vaksinasi Tambahan

Lindungi Anak dengan Vaksinasi Tambahan

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan perlindungan imunisasi percuma melalui Program Imunisasi Kebangsaan (NIP). Antara imunisasi di bawah NIP ialah BCG, DT, MMR dan HPV. Walau bagaimanapun, ada vaksinasi tambahan penting yang perlu diberikan kepada kanak-kanak bagi melindungi mereka daripada penyakit-penyakit yang sering menjadi musuh utama kanak-kanak.

Apa itu vaksin?

Vaksin adalah bahan yang dihasilkan dari mikroorganisma yang diberikan kepada kanak-kanak atau orang dewasa untuk merangsang imuniti dan mengelakkan penyakit berjangkit.

Imunisasi pula adalah proses meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit berjangkit sama ada secara pasif atau aktif.

Imunisasi pasif berlaku apabila manusia disuntik dengan antibodi yang tersedia untuk menghalang penyakit-penyakit tertentu. Imunisasi aktif pula berlaku apabila badan manusia dirangsang untuk menghasilkan antibodi dengan pendedahan kepada vaksin atau agen penyakit berjangkit.

Perlukah vaksin tambahan?

Terdapat beberapa jenis vaksin penting yang tidak termasuk di dalam NIP, antaranya ialah vaksin cacar air, hepatitis A, influenza, demam kepialu, taun, rotavirus, meningokokal, pneumokokal dan banyak lagi.

Vaksin tambahan ini jika diberikan kepada kanak-kanak boleh mencegah epidemik dan penyebaran wabak penyakit. Walau bagaimanapun, vaksin tambahan tidak disediakan secara percuma, sebaliknya ibu bapa perlu melabur sedikit demi memastikan anak mereka sihat dan selamat.

INFO

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, dua hingga tiga juta kematian dapat dielakkan setiap tahun dengan cara memberikan vaksin kepada kanak-kanak.

Pneumokokal membawa maut

Pneumokokal adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang biasanya menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga. Malah, pneumokokal juga menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru dan radang selaput otak.

Penyakit ini terjadi disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae atau pneumokokus. Tanda- tanda penyakit ini kadangkala agak mengelirukan kerana seakan-akan sama dengan gejala biasa kanak-kanak seperti demam, selesema dan batuk.

Sekiranya penyakit ini berjaya dikesan lebih awal, doktor akan menggunakan antibiotik luaran tanpa melakukan langkah yang lebih drastik, tetapi sebaliknya jika hanya dapat dikesan di peringkat akhir, kanak-kanak tersebut akan diberikan antibiotik intravena. Penyakit ini juga boleh membawa maut.

Bagi mengurangkan risiko pneumokokal, vaksin pneumokokal perlu diberikan kepada bayi dan kanak-kanak bermula usia 2 bulan.

Rotavirus musuh utama kanak-kanak

Rotavirus adalah sejenis penyakit cirit-birit akut yang melanda bayi dan kanak-kanak. Lazimnya, simptom awal yang dialami oleh kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini ialah muntah-muntah, cirit-birit, demam dan dehidrasi.

Faktor utama terjadinya rotavirus adalah kerana kurang menjaga kebersihan. Penyakit ini tersebar melalui najis yang terkena rotavirus, melalui tangan atau objek lain dan pernafasan.

Rotavirus boleh dicegah melalui pemberian vaksin rotavirus kepada bayi seawal usia 8 minggu hingga 8 bulan.

Bagi mengurangkan risiko penyakit ini juga, ibu bapa perlu memastikan kebersihan kawasan rumah, makanan dan persekitaran.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan