HomeBlogLatih Anak Menguruskan Wang

Latih Anak Menguruskan Wang

Pemberian duit poket
Duit poket ataupun elaun bulanan adalah salah satu cara untuk kanak-kanak belajar tentang cara menguruskan wang. Dengan memberikan anak anda wang setiap bulan dapat membantunya merancang pengurusan kewangan. Selain itu, pemberian wang poket juga dapat membantu kanak-kanak untuk membuat pilihan, sama ada membelanjakan wang untuk perkara yang disukai, menyimpan wang ataupun mengumpul wang setiap bulan bagi mendapatkan barang yang diingini.


Bila perlu mula?
Pemberian duit poket boleh mula diberikan jika anda lihat anak anda sudah faham tentang wang ataupun semasa usianya 6 atau 7 tahun.


Tips:
Sebelum memberikan wang poket kepada anak, jelaskan kepadanya kegunaan wang poket tersebut.

Nyatakan tempoh pemberian duit poket. Contohnya, setiap awal bulan. Jadi, anak anda akan tahu bahawa jika dia menghabiskan wang tersebut lebih awal bermakna dia perlu menunggu bulan yang lain untuk mendapatkan semula wang.

Perkenalkan tabung. Ajar anak anda untuk menyimpan sedikit daripada duit poket yang diterima ke dalam tabung.

Dalam mendidik anak menguruskan wang, sesekali biarkannya membuat kesalahan seperti anak membelanjakan wang untuk membeli kereta mainan, kerana ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Namun, selepas itu berikan teguran kepada si kecil dan nyatakan kesannya kepada kewangan anak anda.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan