HomeBlogLangkah Penjagaan Rambut Sihat untuk Kanak-kanak

Langkah Penjagaan Rambut Sihat untuk Kanak-kanak

“Adakah syampu ini sesuai untuk anak kecil saya?”

“Mengapa anak saya kerap menggaru kepala?”

Persoalan-persoalan inilah yang sering ditanya oleh para ibu. Menjaga rambut dan kulit kepala kanak-kanak bukanlah satu tugas yang mudah. Penjagaan rambut kanak-kanak bergantung kepada jenis rambutnya dan tahap aktiviti mereka. Justeru, penting untuk anda menanam tabiat penjagaan rambut yang sihat sejak mereka kecil lagi.

Penjagaan rambut kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan oleh ibu bapa. Jika disebut tentang penjagaan kepala anak, ramai ibu bapa yang hanya menganggap ia hanya berfokus kepada mencuci atau menyikat rambut sahaja. Sebenarnya, penjagaan rambut dan kulit kepala anak adalah lebih daripada itu. Kekerapan mencuci, penggunaan syampu boleh memberi kesan kepada kulit kepala dan rambut si kecil. Jadi, berapa kerap rambut si kecil perlu dicuci?

7 langkah penjagaan rambut kanak-kanak

Jangan Berlebihan!

Mencuci atau menyampu rambut kanak-kanak tidak perlu dilakukan setiap hari. Tiga kali seminggu adalah mencukupi kecuali jika anak anda seorang yang aktif dan kuat berpeluh, mungkin kekerapan mencuci perlu ditambah. Jika anak anda berambut panjang, kekerapan mencuci boleh jadi dua hari sekali. Akan tetapi, kekerapan akan jadi berkurangan jika si kecil mempunyai rambut yang keriting atau jenis rambut kering.

Mengeringkan rambut dengan lembut

Keringkan rambut yang basah dengan menggunakan tuala lembut. Lapkan rambut secara lembut dan perlahan-lahan bagi mengelakkan rambut kusut dan rosak. Selain itu, jangan ‘memerah’ rambut secara kasar kerana perbuatan itu hanya akan menyebabkan kerosakan pada rambutnya.

Gunakan sikat yang bergigi jarang

Semasa rambut si manja basah, gunakan sikat yang bergigi jarang. Elakkan daripada menggunakan sikat bergigi rapat pada rambut yang basah kerana rambut basah terdedah kepada kerosakan dan boleh menjadi kejung.

Berus rambut selalu

Memberus rambut dapat membantu menggalakkan kapilari darah, sekali gus meningkatkan aliran nutrien dan oksigen ke dalam akar rambut serta menyihatkan rambut. Selain itu, perbuatan memberus rambut anak juga dapat membantu merangsang pelbagai minyak dan penghasilan hormon yang dapat mengekalkan minyak semula jadi rambut. Namun, beruslah hanya semasa rambut sudah kering.

Sikat daripada hujung

Jangan mula menyikat rambut dari atas, kerana anda hanya akan menjadikan rambut semakin bergumpal. Sebaliknya, mulakan menyikat pada hujung rambut dan kemudian diteruskan pada pertengahan rambut sehingga ke atas rambut. Jika ada rambut yang bergumpal atau kusut, leraikan dahulu rambut tersebut sebelum mula menyikat dari akar rambut.

Rambut kering dan keriting

Rambut jenis kering dan keriting selalunya lebih rapuh daripada rambut yang lurus. Jadi, kanak-kanak yang memiliki rambut jenis ini perlu jarang dicuci.

Pilih yang betul

Memilih syampu yang betul boleh membantu penjagaan rambut anak terutama buat kanak-kanak yang memiliki rambut jenis kering atau keriting. Cari syampu yang mengandungi formulasi khusus untuk kanak-kanak dan tidak memedihkan mata. Contohnya, jika rambut anak anda kering, anda perlu mencari syampu yang mengandungi pelembap. Sementara, jika anak anda mengalami masalah kulit kepala seperti psoriasis, dermatitis atau kelemumur, anda disarankan untuk membawa anak berjumpa dengan pakar dermatologi bagi memilih jenis syampu yang terbaik buat si kecil.

Patuhi jadual

Berapa kerapkah si manja mencuci rambut? Bagi anak kecil, rambut mereka perlu dicuci tiga kali seminggu kecuali jika mereka terlampau aktif dan mudah berpeluh, maka anda perlu mencuci rambut mereka lebih kerap. Jika rambut si kecil semakin panjang, anda boleh mencuci rambutnya selang sehari.

Awas! Pastikan rambut si manja dibilas bersih selepas bersyampu kerana sisa syampu yang tidak dibersihkan akan menyebabkan kelemumur.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan