HomeBlogLangkah-langkah membuat persediaan dan perancangan majlis perkahwinan anda

Langkah-langkah membuat persediaan dan perancangan majlis perkahwinan anda

Merancang satu-satu majlis perkahwinan bukannya mudah. Ini adalah sebab majlis kahwin adalah satu majlis berskala besar yang melibatkan banyak pihak dan memerlukan kos perbelanjaan yang agak tinggi. Sebab itu perlunya ada perancangan rapi beberapa bulan sebelum tibanya majlis langsung.

Banyak perkara yang perlu ditimbangkan dalam merancang majlis kahwin antaranya kos perbelanjaan, kad kahwin, menu kenduri, pemilihan tema majlis, tempahan pakej perkahwinan dan jurusolek,  sewaan busana pengantin, pakej pelamin dan barang perkahwinan serta bermacam-macam lagi. Memang boleh tertekan dan sakit kepala bila memikirkan perkara-perkara yang perlu diuruskan.

Kekangan masa dan komitmen dengan kerjaya antara faktor yang menyebabkan pasangan sukar berjumpa untuk berkomunikasi setiap masa. Sebab itu, pentingnya pasangan yang ingin berkahwin duduk bersama dalam merancang perjalanan majlis agar majlis dapat berjalan dengan sempurna.

Jadi, disini disediakan serba sedikit perancangan yang boleh dilakukan sebaik sahaja anda dan pasangan sudah sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

Tetapkan tarikh perkahwinan

Seeloknya tetapkan tarikh untuk majlis kahwin  antara enam bulan hingga setahun selepas bertunang atau merisik. Ini bagi memberi masa yang mencukupi untuk pasangan pengantin merancang perjalanan majlis.

Berdaftar dengan majlis agama

Isi semua borang yang diperlukan untuk mendaftar perkahwinan. Sebaiknya selesaikan urusan berkaitan borang pernikahan dengan kadar segera dan pastikan anda menyediakan semua dokumen yang diperlukan. Ini kerana proses di majlis agama memakan sedikit masa.

Daftar dan ikuti kursus kahwin

Setiap pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan, wajib mengikuti kursus kahwin . Biasanya kursus ini akan hanya mengambil masa dua hari. Sijil akan diberikan kepada mereka yang menghadiri kursus kahwin ini.

Cari lokasi dan dewan perkahwinan

Ini kerana jika anda memilih untuk mengadakan majlis kahwin di luar kawasan perumahan anda seperti di dewan perkahwinan, hotel, banglo, rumah inap desa dan sebagainya, anda perlu segera membuat tempahan untuk mengelakkan dari fully booked pada tarikh yang anda ingini.

Anda boleh melihat pelbagai dewan perkahwinan di https://kahwin.feedmyguest.com/dewan-dewan

Bincang pemilihan warna dan tema majlis

Ini penting kerana pemilihan rekaan pelamin, busana pengantin, dekorasi majlis, pakaian tema untuk keluarga, pakaian sedondon untuk Gadis Pengapit dan Dulang Boy bergantung kepada warna dan konsep yang anda dan pasangan pilih sewaktu majlis nanti. Banyak pakej perkahwinan contohnya dari Seri Keningau atau Segi Seri turut memberi anda style pelamin yang terkini.

Anda boleh melihat pelbagai tema pelamin di https://kahwin.feedmyguest.com

Buat senarai kos perkahwinan

Senaraikan semua perkara yang perlu dilakukan sebelum majlis berlangsung. Jangan lupa sertakan sekali ruang bajet untuk setiap perkara yang ditulis agar anda boleh melihat secara kasar jumlah perbelanjaan yang perlu disediakan.

Sediakan senarai jemputan

Senarai saudara-mara dan kenalan yang ingin dijemput pada majlis perkahwinan anda nanti. Mana tahu ada yang tertinggal atau terlupa dimasukkan ke dalam senarai jemputan. Penyediaan senarai ini juga dibuat supaya senang untuk anda merancang menu kenduri dan sebanyak mana makanan yang perlu disediakan agar dapat mengelakkan masalah kekurangan makanan untuk jemputan kelak. Ini juga memudahkan anda untuk menempah kad kahwin.

Penyediaan menu makanan kenduri kahwin

Ini bergantung kepada sama ada anda memilih untuk menyediakan sendiri lauk kenduri atau mengambil upah katering perkahwinan. Jika anda memilih untuk menyediakan sendiri, maka anda perlu lakukan senarai untuk membeli bahan-bahan masakan. Jika anda memilih untuk mengupah katerer perkahwinan, maka anda perlu mencari khidmat katerer perkahwinan  yang sesuai dengan menu dan bajet yang ada sediakan. Anda boleh menempah pakej nikah dari katerer seperti Nurul Izzah Catering dan Bismilla Catering.

Anda boleh melihat pelbagai katerer perkahwinan dan menu makanan di https://kahwin.feedmyguest.com

Pilih pakej perkahwinan lengkap

Sebaiknya segera mencari pakej perkahwinan yang bersesuaian dengan tema dan konsep yang anda pilih. Ini untuk mengelakkan berlakunya pertindihan masa dengan majlis perkahwinan lain, dewan kahwin yang menarik dengan harga berpatutan sudah ditempah oleh orang lain atau ketiadaan juru solek pada hari perkahwinan anda.

Anda boleh melihat pelbagai pakej perkahwinan lengkap di https://kahwin.feedmyguest.com

Rajinkan diri untuk bertanya kepada saudara mara atau kenalan yang pernah mengguna pakej perkahwinan murah sewaktu majlis mereka sebelum ini. Jadi anda boleh mempercayai butik pengantin yang menawarkan pakej tersebut atau anda boleh mendapat harga istimewa.

Tempah kad kahwin

Tempah kad kahwin seawal mungkin kerana proses membuat kad kahwin akan memakan masa lebih-lebih lagi jika anda perlu membuat peta perjalanan untuk memudahkan jemputan datang menghadiri majlis perkahwinan anda. Jika anda seorang yang kreatif, boleh juga membuat design sendiri untuk kad kahwin anda.

Tempah perkhidmatan katering kahwin

Selesai tempahan kad, beralih pula pada tempahan katering kahwin. Sebaiknya duduk bersemuka dengan pihak katerer perkahwinan untuk berdiskusi agar mereka tahu apa yang anda inginkan untuk menu kenduri anda dan menyarankan pakej katering perkahwinan yang bersesuaian dengan kewangan yang disediakan. Antara katerer terulung yang menawarkan pakej perkahwinan ialah seperti Nirwana Catering dan Felda D Saji. Masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Anda boleh melihat pelbagai katerer perkahwinan dan menu makanan di https://kahwin.feedmyguest.com

Tempah pakej khemah

Biasanya pihak katerer perkahwinan turut menyediakan pakej khemah, sekiranya pakej perkahwinan anda dilaksanakan di luar dan bukan dalam dewan perkahwinan.  Jika ada, mudah untuk anda membuat tempahan pakej khemah. Tetapi jika tiada, anda perlu mencari pihak yang menyediakan sewaan pakej khemah, sesuai dengan bajet yang anda sediakan.

Anda boleh melihat pelbagai pakej dewan dan pakej khemah di https://kahwin.feedmyguest.com/dewan-dewan

Beli barang-barang hantaran dan aksesori perkahwinan

Sebaiknya, beli barang-barang sewaktu jualan murah.  Anda dapat berjimat sedikit waktu ini kerana kebanyakan barang yang dijual agak murah berbanding hari biasa.

Pilih cincin perkahwinan

Bukan mudah untuk memilih cincin yang menepati cita rasa kedua-dua pasangan. Jangan hairan jika ada yang mengambil masa berbulan-bulan untuk mencari yang betul-betul berkenan di hati. Tambahan masa juga diperlukan jika perlu melakukan pengubahusaian pada ukuran cincin.

Pastikan semua urusan perkahwinan selesai

Semua urusan dokumen dengan pejabat agama seperti surat kebenaran nikah, jemputan kadi dan wali sudah siap diuruskan sebelum melangsungkan majlis perkahwinan. Ini untuk mengelakkan timbulnya masalah lain sebelum majlis dilangsungkan.

Hantar kad kahwin

Meskipun dunia digital sudah menguasai semua perkara, namun pemberian  kad kahwin secara tangan dan pengiriman kad masih menjadi pilihan ramai pasangan pengantin. Ini kerana cara ini lebih bersifat personal apabila bersemuka dengan bakal jemputan. Penghantaran kad kahwin biasanya dilakukan kepada mereka yang duduk jauh.

Pastikan gubahan hantaran siap

Pastikan semua gubahan hantaran sudah siap disediakan terutamanya yang melibatkan manisan seperti coklat, kek, dodol, wajik yang biasanya digubah sehari sebelum majlis berlangsung.

Telefon pihak-pihak berkaitan

Ini sangat penting kerana anda perlu mendapat respon dan pengesahan daripada mereka yang terlibat secara langsung dengan majlis perkahwinan anda seperti  jurusolek, tok kadi, butik pengantin, perkhidmatan katering perkahwinan, fotografi, penghias pelamin, penggubah hantaran, penyedia door gift atau hamper jemputan,  gadis pengiring dan jejaka pembawa dulang.

Selesaikan baki pembayaran

Sebaiknya selesaikan semua pembayaran yang belum dijelaskan. Dengan ini pihak yang terlibat dalam majlis perkahwinan anda akan mudah menjalankan tugas mereka sewaktu majlis berlangsung. Elak berhutang dengan mana-mana pihak kerana selepas majlis, banyak perbelanjaan yang perlu digunakan kelak.

Sebab itu, sangat penting untuk membuat perancangan terlebih dahulu kerana banyak dokumen terlibat, perbelanjaan yang perlu disediakan dan perkara-perkara lain yang perlu diselesaikan sebelum majlis berlangsung. Jika tiada perancangan, ditakuti pasangan mempelai akan mengeluarkan perbelanjaan yang lebih daripada kemampuan kerana tiadanya pengurusan kewangan yang bijak dan teratur.

Semestinya tertekan bila melihat jumlah vendor yang perlu anda hubungi untuk majlis perkahwinan anda. Itu sebabnya terdapat laman web yang memudahkan anda mencari pakej lengkap idaman anda. Satu contoh yang baik merupakan kahwin.feedmyguest.com yang mempunyai ribuan pakej perkahwinan untuk pilihan anda. Anda boleh membandingkan harga pakej, stail pelamin, menu katering, serta membaca ulasan-ulasan yang diberi oleh pelanggan dahulu. Jadi, lebih senang anda mencari pakej kahwin anda, dan pada masa yang sama, kurangkan risiko tidak puashati atas pakej kahwin anda!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan