HomeBlogLa… La… La: Muzik & Kanak-kanak

La… La… La: Muzik & Kanak-kanak

Muzik mempunyai kuasa dan maksud tersendiri dalam perkembangan bayi dan anak kecil. Muzik bukan sahaja dapat meningkatkan tumbesaran kanak-kanak, bahkan juga dipercayai dapat menyokong perkembangan otak penting untuk enam tahun pertama kehidupan si manja.

Muzik dalam awal kehidupan

Ingatkah anda, di waktu adik anda kecil dahulu, ibu anda akan mengalunkan alunan zikir dan lagu-lagu rakyat untuk menenangkan dan menidurkan adik anda? Mendodoikan bayi dengan alunan muzik semasa tidurnya dapat merangsang perkembangan bahasa si manja di samping membantu bayi untuk mengetahui akan pergerakan dan ruang yang ada (terutama semasa bayi menggerak-gerakkan badannya mengikut irama muzik).

Bukan itu sahaja, kajian turut mendapati bahawa kuasa muzik dalam tahun-tahun awal tumbesaran kanak-kanak adalah amat membantu meningkatkan perkembangan mereka dari pelbagai aspek. Justeru, tidak dapat dinafikan lagi muzik mempunyai kuasa yang cukup besar dalam membantu pencapaian perkembangan spesifik kanak-kanak.

Kemahiran sosial- emosi

Muzik selalunya dikaitkan dengan perkongsian pengalaman- menyanyi, menari dan bermain alat muzik bersama-sama. Oleh itu, muzik secara semula jadinya dapat memberikan pengalaman sosial kepada si pemain muzik. Aktiviti muzik bersama anak kecil dan kanak-kanak menawarkan pengalaman seperti berikut:

Membina dan melatih kawalan emosi

Lazimnya, anak kecil akan rasa tenang sebaik sahaja mendengar muzik, tidak kiralah di mana sahaja dan bila-bila masa muzik itu dimainkan. Apabila ibu bapa menggunakan muzik untuk menenangkan anak mereka, ibu bapa menyokong bahawa muzik itu dapat mengawal emosi anak (dengan cara menguruskan keperluan emosi dan fizikal si kecil). Secara automatiknya, pengalaman ini akan mengajar kanak-kanak untuk rasa tenang apabila muzik dimainkan.

Memahami emosi

Nyanyian tentang perasaan dapat membantu anak kecil untuk mengekspresikan emosi mereka. Lagu “Kalau Anda Gembira”adalah contoh lagu yang menggambarkan emosi dan dapat mendidik kanak-kanak untuk mengekspresikan emosi yang pelbagai. Malah, jika anda dapat lihat bayi juga dapat membezakan rasa sedih atau gembira tatkala anda memainkan lagu gembira atau sedih.

Belajar tentang kerjasama dan membina hubungan

Muzik selalunya memerlukan kerja sepasukan untuk memastikannya berjaya. Contohnya, muzik akan lebih indah dan lebih dihayati jika dimainkan dengan alat muzik dan ada penyanyi dan penarinya. Hal ini memerlukan anak kecil untuk bekerjasama dan merapatkan hubungan dengan rakan sebaya terutama semasa di sekolah pengayaan atau prasekolah.

Kemahiran fizikal (motor)

Muzik amat berkait rapat dengan pergerakan anggota tubuh. Kanak-kanak perlu menggerakkan jari semasa memetik gitar, menggunakan tangan dan kaki semasa berdansa dan menggerakkan mulut dan bibir semasa menyanyi.

Perkembangan motor kasar

Lazimnya digunakan oleh penari semasa mendengar muzik (tidak kiralah muzik perlahan atau rancak).

Perkembangan motor halus

Muzik dapat membantu kanak-kanak menggerakkan otot-otot kecil mereka seperti jari dan tangan.

Memahami tubuh

Dengan menggerakkan beberapa bahagian tubuh si manja dapat menggalakkan mereka mengenali pergerakan tubuh seperti tangan, kaki dan kepala.

Kemahiran berfikir (kognitif)

Secara semula jadinya, muzik juga membina peluang untuk melatih corak amalan, konsep matematik dan kemahiran berfikir simbolik.

Mengira

Banyak lagu kanak-kanak yang menggunakan nombor dan pengiraan seperti, ‘1 little 2, little 3’ dan ‘10 Budak Hitam’. Pengulangan beberapa perkataan akan membuatkan kanak-kanak mudah untuk mengingati angka dan corak angka (menurun atau menaik).

Memori

Muzik membantu anak kecil untuk lebih mudah mengingati fakta-fakta yang ingin disampaikan.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan