HomeBlogKutu Menyerang Anak Anda? Hapuskannya Dengan 7 Cara Berkesan Ini

Kutu Menyerang Anak Anda? Hapuskannya Dengan 7 Cara Berkesan Ini

Jangkitan kutu rambut memang masalah biasa bagi kanak-kanak yang berusia 5 hingga 12 tahun. Setiap kanak-kanak pasti melalui frasa jangkitan kuku ini apabila sudah masuk ke sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan dan secara tidak sedar rambut mereka sudah dijangkiti kutu.

Banyak cara sebenarnya jangkitan kuku ini boleh terjadi. Antaranya adalah disebabkan oleh sentuhan kepala ke kepala dengan individu yang mempunyai kutu, berkongsi bantal, tilam, tudung, anak tudung, aksesori rambut dan juga sikat. Bagaimana anda boleh kesan anak anda sudah dijangkiti kutu? Berikut adalah beberapa simptom jelas yang anda boleh kesan:

Gatal pada kulit kepala

  • Jika anda melihat anak anda sering menggaru kepala, adalah lebih baik jika anda melakukan spot check dengan segera. Selak helaian rambut mereka satu persatu dan lihat jika terdapat kutu telur atau tidak. Kutu rambut boleh merebak dengan amat pantas sekali dalam masa yang singkat. Oleh itu, semak dengan segera rambut anak anda.

Rasa ada sesuatu merayap di kepala

  • Kutu akan membuatkan seseorang berasa tidak selesa dan merasakan seperti ada sesuatu merayap di atas kepala. Jika anak anda mengadu mereka merasakan ada benda kecil yang merayap di kepala, cepat-cepat semak rambut mereka menggunakan sikat rapi.

Kulit kepala kemerah-merahan

  • Menggaru kepala dengan kerap akan menjejaskan keadaan kulit kepala dan menjadi merah keradangan. Jangan biarkan anak anda menggaru kepala secara berterusan kerana ia akan menyebabkan luka dan pedih. Bayangkan rasanya apabila luka terkena air atau syampu sewaktu mandi, amat pedih!

7 langkah hilangkan kutu dengan berkesan

Anda bukan sahaja boleh menggunakan bahan kimia seperti ubat kutu untuk menghilangkannya, ada beberapa kaedah berkesan lagi yang boleh digunapakai dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah. Jom lihat langkah-langkahnya:

1. Minyak zaitun

Minyak zaitun adalah agen yang paling baik untuk membuang kutu. Caranya amat mudah sekali dan boleh dilakukan pada malam hari sebelum tidur. Sapukan minyak pada rambut dan balutkan kepala dengan menggunakan shower cap semalaman. Pada keesokkan harinya, sikat rambut dengan penyikat rambut rapi untuk membuang kutu yang melekat.

2. Gunakan pengering rambut

Udara panas mampu membunuh telur-telur kutu yang bermaharajalela di atas kepala. Kaedah ini boleh dilakukan setiap hari selepas anda selesai mandi. Setiap kali selepas anda basuh rambut, gunakan pengering rambut untuk mematikan telur-telur kutu. Telur kutu lebih sukar untuk dimatikan tetapi ianya mampu dilakukan dengan menggunakan udara panas.

3. Basuh cadar dan sarung bantal dengan kerap

Sentiasa gantikan cadar dan sarung bantal terutama sekali jika anak-anak anda berkongsi bilik dengan adik-beradik lain. Jika salah seorang dijangkiti kutu, pastikan anda asingkan mereka sehingga kutu benar-benar dihapuskan. Basuh sarung bantal, sarung cadar dan tuala dengan menggunakan air panas.

4. Elak kongsi barang peribadi

Jangan sesekali berkongsi sikat, tudung, helemt atau topi sesama ahli keluarga yang mempunyai masalah kutu. Kutu amat mudah berjangkit dengan orang lain dengan hanya berkongsi barang sahaja.

5. Essential oil

Minyak aromaterapi mampu mengelakkan kutu melekat pada barangan dan juga permukaan kulit kepala. Mudah sahaja, anda hanya perlu titiskan essential oil pada barnagan peribadi anda untuk mengelakkan kutu melekat padanya. Titiskan pada rambut semasa menyikat untuk mengelak kutu.

6. Campuran air dan cuka putih

Cuka bersifat asid dan dapat menghalang kutu daripada terus hidup di dalam rambut. Anda boleh bilas rambut dengan campuran cuka putih dan air kerana cuka putih mempunyai bau yang agak kuat dan masam. Bilas rambut dengan menggunakan air basuhan biasa selepas itu.

7. Jangan gunakan bahan kimia

Sesetengah produk penjagaan rambut mempunyai bahan kimia merbahaya dan jika terdedah pada bahan api, ianya boleh menyebabkan rmabut terbakar. Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, anda boleh cuba ramuan organik untuk menghilangkan kutu dengan berkesan dan selamat. Jika ianya masih tidak berkesan, maka baru lah anda boleh mencuba bahan yang mengandungi kimia pula. Tetapi pastikan anda menggunakan dalam kuantiti yang sebaiknya.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan