HomeBlogKurang Mikronutrien Punca Tumbesaran Anak Terencat

Kurang Mikronutrien Punca Tumbesaran Anak Terencat

Ibu bapa mungkin tidak sedar bahawa anak mereka mengalami masalah kekurangan mikronutrien atau kelaparan tersembunyi. Hal ini kerana kekurangan mikronutrien bukanlah boleh dikesan melalui anak mengadu lapar ataupun anak tidak makan. Lebih-lebih lagi jika si anak kelihatan sihat dan aktif, jadi ibu bapa sukar untuk mengetahui tanda-tanda bahawa anak mereka kekurangan mikronutrien.

Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia,
Prof Dr Tee E-Siong berkata, terdapat lebih daripada 2 bilion masyarakat di seluruh dunia menderita akibat kekurangan mikronutrien terutamanya iodin, zat besi dan Vitamin A. Mikronutrien adalah vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan untuk perkembangan kognitif, psiko-motor dan sosio-emosi serta kesihatan fizikal kanak-kanak di masa hadapan.

“Makan amat penting tetapi kita perlu tahu, apakah makanan yang kita ambil. Kekurangan mikronutrien boleh memudaratkan pertumbuhan dan tumbesaran seseorang kanak-kanak. Justeru itu, makanan memainkan peranan penting kepada perkembangan mereka.

“Bagi sesetengah nutrien, seorang kanak-kanak memerlukan 5 kali lebih nutrisi berbanding orang dewasa (bergantung kepada saiz badan) bagi memastikan pertumbuhan yang sihat,” katanya semasa program wawancara pendidikan berjudul, ‘Kelaparan Tersembunyi: Kekurangan Mikronutrien di Kalangan Kanak-kanak
di Malaysia’.

Tahukah anda?
Perkembangan otak kanak-kanak amat pesat pada dua tahun pertama usianya dan ketika inilah dia memerlukan mikronutrien untuk tumbesaran yang optima.

Kekurangan mikronutrien juga boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami IQ yang rendah. Antara mikronutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak ialah protein, zat besi, Vitamin A, B, D dan zink.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan