HomeBlogKotornya Anakku!

Kotornya Anakku!

Di saat anak anda sudah pandai berjalan, akan tiba satu peringkat di mana si kecil akan meneroka setiap yang berada di sekeliling mereka. Mereka akan melihat, menyentuh, menghidu, mendengar dan merasa barang yang ada pada mereka. Ketika peringkat ini, usah terkejut jika anak anda paling seronok bermain pasir atau tanah di luar rumah.

Bermain kotor baik untuk si manja?

Hampir setiap ibu bapa tidak suka anaknya bermain kotor. Bukan hanya disebabkan penat mencuci pakaian kotor si manja, bahkan juga sebab yang lebih penting ibu bapa melarang anak bermain kotor adalah kerana khuatir anak dijangkiti kuman dan bakteria. Mana tidaknya, pasir dan tanah yang ada di luar rumah mengandungi banyak kotoran dan bakteria yang boleh menyebabkan si manja ditimpa penyakit. Selain pasir dan tanah, kanak-kanak gemar bermain dengan daun, air, batu, kayu, pokok-pokok, rumput dan macam-macam lagi.

Mengikut kajian, bermain kotor adalah merupakan bahagian penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Jika dilihat dari sudut kasar, memanglah bermain kotor ini hanya akan menyebabkan anak kotor dan lebih teruk lagi boleh memberi kesan kepada kesihatan anak. Namun, melalui ‘kotoran’ juga dapat memberi peluang kanak-kanak untuk mempelajari banyak benda.

Tahukah anda?

Membenarkan anak bermain kotor tidak semestinya anda perlu berikan si manja kebebasan bermain tanah dan pasir di luar rumah. Sebaliknya, kini terdapat banyak pasir kinetik yang dijual di pasaran. Jika ingin lebih jimat, bawalah anak anda bermain pasir di pantai.

Perkembangan fizikal

Dengan bermain kotor, kanak-kanak berpeluang melatih dan mengembangkan kemahiran motor halus serta kordinasi tangan dan mata mereka melalui aktiviti seperti memegang, menabur dan menyudu pasir. Aktiviti ini juga menyediakan peluang untuk kanak-kanak membezakan tekstur seperti lembut, kasar, keras dan halus.

Perkembangan Emosi dan Sosial

Menjadi sifat semula jadi kanak-kanak iaitu penuh dengan rasa ingin tahu. Bermain kotor menggalakkan si kecil untuk melalui pengalaman baru. Semasa bermain kotor, kanak-kanak tidak perlu mengikuti peraturan dan tiada cara khusus untuk mereka bermain kotor. Ketika ini, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk membuat sesuka hati mereka. Hal ini dapat meningkatkan rasa yakin diri mereka. Melalui bermain kotor ini juga, si manja anda akan fokus, bijak merancang dan menyelesaikan masalah. Anak anda juga dapat membina hubungan dengan rakan sebaya mereka semasa bermain.

Perkembangan intelektual

Kanak-kanak akan menyiasat, meneroka, mencipta dan lebih memahami dunia di sekeliling mereka. Sewaktu mereka memerhati, meramal, mencuba untuk menyelesaikan masalah dan melihat hasil, kanak-kanak akan lebih memahami kaedah saintifik yang digunakan sepanjang proses bermain kotor.

Perkembangan kreatif

Anak kecil anda berpeluang untuk meningkatkan imaginasi dan kreativiti mereka melalui kotoran yang dimainkan. Melalui pengalaman sensori, kanak-kanak dapat bergerak balas dengan perkara yang mereka lihat, dengar, rasa, sentuh dan hidu. Mereka kemudiannya akan melahirkan perasaan dan pandangan melalui warna, struktur, bentuk dan binaan dalam pemerhatian mereka.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan