HomeBlogKetahui Bagaimana Anda Boleh Turun Berat 12 Kg Dalam Masa 2 Bulan Sahaja

Ketahui Bagaimana Anda Boleh Turun Berat 12 Kg Dalam Masa 2 Bulan Sahaja

Perkara yang paling sensitif apabila disentuh oleh rakan-rakan serta ahli keluarga adalah mengenai berat badan. Ianya satu topik perbualan yang paling tidak digemari oleh sesiapa pun dan jika boleh mahu melarikan diri apabila disoal mengenai hal ini. Soal berat badan boleh membuatkan si pendengar berasa kecil hati dan tersinggung.

Belum terlambat untuk anda lakukan perubahan sihat pada tubuh badan anda! Seorang gadis yang berjaya menurunkan berat badan dari 60kg ke 40kg dalam masa dua bulan telah berkongsi tips dan rahsia bagaimana dia berjaya mengubah nasib di lama Twitter miliknya. Lihat bagaimana dia mampu menurunkan berat badan sebanyak 12kg dalam masa yang singkat sahaja!

Bersedia untuk ketahui tipsnya?

Sebelum kami kongsikan tips yang digunapakai oleh saudari ini, perlu diberitahu bahawa anda perlu banyak bersabar dan kuat iman untuk mengikuti tipsnya secara tertib. Kadar metabolisme badan juga memainkan peranan penting. Jika metabolisme badan tinggi, makan lagi cepatlah lemak-lemak yang berkumpul di badan itu terbakar. Jika kadar metabolisme badan anda rendah, anda masih boleh mengurangkan berat badan cuma ianya mengambil sedikit masa.

1. Minum air lemon panas

Setiap pagi, amalkan minum air lemon panas segelas. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu potong dua keping lemon dan masukkan dalam air panas dan kacau sebelum minum. Jika anda mahu rasa yang lebih memikat, boleh tambahkan serai dan kemudian rebuskan. Serai memberi aroma bau yang menyenangkan malah turut membantu untuk kesihatan dalaman. Amalkan meminum air ini sehari sekali sudah memadai.

2. Air masak jangan dilupakan

Jangan lupa untuk mengamalkan air masak setiap masa dan tinggalkan air manis. Dapatkan air masak yang secukupnya dan ia boleh membantu anda untuk berasa kenyang sebelum makan. Tips penting di sini ialah untuk setiap 25 kg, anda perlu minum 1 liter air masak. Oleh itu, anda boleh hitung berapa liter air masak yang anda perlu minum bergantung pada berat badan anda. Amalkan juga memakan buah-buahan kerana ia boleh mengenyangkan malah sedap.

3. Avocado untuk sarapan

Jaga kuantiti makanan yang diambil dan jika anda mahu rasa kenyang, makan buah avocado yang dibelah dua. Avocada kaya dengan zat dan vitamin dan ianya cukup mengenyangkan. Amalkan avocado sebagai makanan sarapan pagi dan juga sebagai snek petang.

4. Makan ikut masa

Jangan sesekali ‘skip’ waktu makan. Anda masih perlu makan 3 kali sehari iaitu untuk sarapan pagi, tengah hari serta makan malam. Malam malam yang ideal adalah sebelum pukul 7 malam. Banyakkan mengambil sayur dan salah satu resepi ringkas yang anda boleh cuba ialah sup sawi. Tidak perlu gunakan minyak, letakkan bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan siap!

5. Katakan tidak pada nasi

Ini adalah satu perkara yang amat sukar sekali untuk diamalkan. Sepanjang tempoh diet, jangan sesekali mengambil nasi. Ianya sedikit mencabar tetapi jika anda mahu keputusan yang terbaik, anda perlu amalkan tip ini. Ambil lauk-pauk serta sayur-sayuran dan lebihkan pada makanan yang seimbang.  Anda masih boleh mengambil karbohidrat iaitu dengan memakan roti untuk makan tengah hari tetapi dalam kuantiti yang minima.

6. Gunakan mangkuk kecil

Sewaktu makan, gunakan mangkuk yang kecil untuk memberi ilusi pinggan yang penuh. Pinggan atau mangkuk yang besar memberi signal untuk anda penuhi dengan makanan dalam kuantiti yang besar. Oleh itu, gunakan mangkuk yang kecil dan isi dengan sayur dan diselangi dengan sedikit lauk-pauk. Jangan makan makanan bergoreng dan gantikan dengan sup ikan dan sebagainya.

7. Lakukan senaman ringkas

Amalkan gaya hidup yang sihat. Setiap kali berkelapangan, lakukan senaman yang mudah dan ringkas. Ikut ratio ini iaitu 80% diet dan 20% bersenam. Jangan diet semata-mata tanpa melakukan sebarang senaman. Ianya juga tidak sihat untuk tubuh badan anda. Sebelum tidur, lakukan senaman kaki. Tidak perlu lama, cukup sekadar 2-3 minit senaman ringkas sebelum tidur.

8. Perbanyakkan lihat video transformasi orang lain

Banyakkan membaca inspirational quotes yang boleh membakar semangat anda untuk terus berjaya mendapatkan tubuh badan yang diidamkan. Selain itu, anda boleh lihat video transformasi orang lain untuk membuatkan anda cemburu dengan perubahan tubuh badan mereka. Ianya boleh membuatkan anda lebih bersemangat untuk berubah dan menurunkan berat badan. Salah satu tips berkesan adalah dengan membeli baju idaman dalam saiz yang dimahukan dan target untuk muat baju idaman tersebut selepas beberapa bulan diet. Ingat, jangan sesekali ambil ubat yang boleh merbahayakan kesihatan!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan