HomeBlogKetahui 5 Rahsia Untuk Kempiskan Bahagian Perut Selepas Bersalin

Ketahui 5 Rahsia Untuk Kempiskan Bahagian Perut Selepas Bersalin

Masalah utama bagi ibu ibu selepas bersalin adalah untuk mengembalikan tubuh badan kepada bentuk asal yang ideal. Ianya bukan satu perkara yang mudah dan boleh mengambil masa berbulan lamanya. Masalah bahagian perut menggeleber selepas bersalin tidak dapat dielakkan sama sekali dan ianya pasti berlaku selepas bersalin. Walaupun berat badan anda tidak naik secara ketara sewaktu mengandung, anda tidak dapat elak bahagian perut daripada membesar.

Rahim akan mula mengecut dan kembali kepada bentuk asalnya dan proses ini berlaku secara perlahan dan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 hingga 8 minggu. Dalam sesetengah kes, perut akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengecil dan tidak akan kempis sepenuhnya. Terdapat beberapa tips yang anda boleh lakukan untuk mempercepatkan proses mengembalikan perut kepada bentuk yang asal dan ramping dengan efisyen.

1. Penyusuan badan

Terdapat banyak manfaat penyusuan badan dari segi kesihatan, nutrisi bayi dan bermacam lagi. Susu badan ibu terkandung nutrisi yang cukup untuk dibekalkan kepada bayi. Selain itu, penyusuan badan mampu membakar kalori pada tubuh ibu. Tahukah anda bahawa aktiviti penyusuan bayi mampu membakar kalori pada tubuh ibu dan seterusnya membantu membakar lemak selepas bersalin? Menyusu badan boleh membakar sekitar 300-500 kalori setiap hari.

2. Minum air kosong secukupnya

Anda perlu mengamalkan minum air kosong dengan banyak untuk memeastikan kesihatan tubuh badan anda kekal sihat. Badan anda memerlukan bekalan air kosong yang banyak sewaktu menyusukan bayi untuk membekalkan tenaga. Air kosong baik untuk kulit dan juga ia amat membantu menyingkirkan toksin dalam badan.

3. Berbengkung

Berbengkung adalah satu amalan tradisi yang telah diamalkan sejak dari zaman datuk dan nenek kita lagi. Ianya diamalkan oleh ibu ibu selepas bersalin untuk membantu mengekalkan tubuh badan yang langsing dan perut yang kempis. Ianya bukan hanya budaya masyarakat Melayu, malah diterapkan oleh budaya lain juga. Penggunaan bengkung juga membantu agar perut tidak masuk angin dan mengakibatkan ketidakselesaan. Ianya mampu untuk membantu memberi postur tubuh yang baik serta mengecutkan rahim yang bengkak. Untuk yang bersalin secara pembedahan, bengkung yang khusus perlu digunakan.

4. Lakukan senaman ringkas

Tidak semestinya anda perlu melakukan senaman berat selepas bersalin. Cukup sekadar lakukan senaman ringkas seperti berjalan atau lakukan senaman lantai. Senaman ringkas ini membantu anda membakar lebihan lemak, dan ia juga mengurangkan masalah yang selalu berlaku selepas bersalin kepada ibu-ibu mengandung seperti sakit belakang, kekejangan kaki atau lenguh badan. Bahagian perut menggeleber dapat dianjalkan dan dikempiskan semula dengan senaman ringkas. Tidak perlu untuk lakukan senaman berat kerana tubuh badan anda masih berada dalam keadaan ‘recovery’.

5. Amalkan makanan berpantang yang berkhasiat

Pengambilan makanan yang tinggi dengan zat dan kaya dengan nutrisi amat penting untuk mengembalikan tubuh badan ideal selepas bersalin kepada bentuk asalnya. Tempoh berpantang amat penting sekali buat kaum ibu selepas bersalin dan perlu diambil berat terutama sekali dari segi pemakanan. Pastikan anda memenuhi keperluan diet harian dan elakkan mengambil makanan segera, berlemak, bergoreng serta minuman manis. Kesemua makanan tidak sihat ini boleh memperlahankan proses mengembalikan bahagian perut kepada bentuk asal.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan