HomeBlogKerusi Kereta Kanak-kanak: Keperluan @ Kehendak?

Kerusi Kereta Kanak-kanak: Keperluan @ Kehendak?

Saban tahun kita diperdengarkan kepada berita bayi tercampak keluar dari kereta atau kemalangan yang melibatkan bayi dan kanak-kanak. Insiden melibatkan kanak-kanak dan bayi tercampak keluar daripada kenderaan bukanlah satu kejadian baru, malah di Malaysia juga sudah banyak kes seperti itu. Bagaimanakah cara untuk menangani masalah ini?

Orang dewasa sering diajar untuk memakai tali pinggang keledar semasa berada di dalam kereta. Biarpun anda masih boleh berbuat perkara yang sama untuk anak anda, namun adakah anda pasti pemakaian tali pinggang keledar untuk kanak-kanak adalah selamat?

Kejadian bayi dan kanak-kanak tercampak dari kenderaan perlu diberi perhatian. Sudah tiba masanya kita sebagai ibu bapa menitikberatkan akan aspek keselamatan anak-anak semasa berada di dalam kereta. Jika anda boleh mengurangkan risiko cedera parah semasa kemalangan dengan memakai tali pinggang keledar, anda juga perlu cara mengurangkan risiko untuk anak anda! Salah satunya adalah dengan memasang kerusi kereta kanak-kanak semasa berada di dalam kereta.

Kepentingan kerusi kereta kanak-kanak

Kebanyakan ibu bapa menganggap dengan hanya memegang atau memangku anak semasa di dalam kereta sudah cukup untuk memastikan keselamatan anak mereka. Hal ini kerana, masih kurang kesedaran di kalangan mereka bahawa banyak risiko yang boleh berlaku kepada anak jika terlibat dalam kemalangan. Dengan memasang kerusi kereta kanak-kanak, risiko cedera parah jika berlaku kemalangan dapat dikurangkan kerana kerusi kereta yang direka khusus untuk bayi dan kanak-kanak akan dapat mengurangkan risiko cedera parah dan risiko anak tercampak.

Tahukah anda?

Di Amerika Syarikat, kanak-kanak di bawah usia enam tahun diwajibkan duduk di kerusi kereta semasa di dalam kenderaan.

5 alasan ibu bapa tidak memasang kerusi kereta

1. Kerusi kereta mahal

Ramai ibu bapa yang menganggap kerusi kereta berharga mahal. Padahal, jika anda pandai mencari ada juga kerusi kereta yang berharga murah, ataupun anda boleh beli semasa promosi. Tidak apa jika anda memilih kerusi kereta buatan tempatan asalkan mempunyai cop SIRIM.

2. Anak tidak mahu duduk dalam kerusi kereta

Jika anda ajar anak anda untuk duduk di kerusi kereta sejak dia kecil, pastinya ini bukanlah satu masalah. Elakkan daripada tabiat memangku anak semasa berada di dalam kereta bagi membiasakannya duduk sendiri.

3. Anak terlalu besar untuk duduk di kerusi kereta

Ada ibu bapa yang menggunakan alasan kerusi kereta tidak muat untuk anak mereka yang sedang membesar. Tahukah anda terdapat pelbagai jenis kerusi kereta khas yang dijual untuk kegunaan bayi, anak kecil dan kanak-kanak? Anda boleh lihat saiz dan had umur kanak-kanak sebelum memilih kerusi kereta.

4. Kerusi kereta bukan keperluan

Ibu bapa berpendapat selagi boleh berjimat, mereka akan berjimat. Namun, perlukah anda bertolak-ansur dengan keselamatan anak? Letakkan kerusi kereta sebagai satu keperluan utama yang perlu ada semasa menyenaraikan senarai barang yang perlu dibeli untuk menyambut bayi baru.

5. Kereta kecil

Kebanyakan ibu menggunakan kereta bersaiz kompak bagi memudahkan urusan mereka ke pejabat mahupun bergerak ke mana-mana tanpa suami. Jadi, mereka menggunakan alasan bahawa penggunaan kerusi kereta adalah memakan ruang di dalam kereta yang kecil. Mungkin tidak ramai ibu bapa yang mengetahui bahawa terdapat kerusi kereta di pasaran yang direka khusus untuk kereta kompak.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan