HomeBlogKerap Sakit Pergelangan Tangan Selepas Bersalin? Anda Mungkin Mengalami Penyakit Ini

Kerap Sakit Pergelangan Tangan Selepas Bersalin? Anda Mungkin Mengalami Penyakit Ini

Buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil, pernah tak pergelangan tangan anda sakit dan tidak selesa? Kondisi ini dipanggil sebagai DeQuervain’s tenosynovitis yang melibatkan rasa sakit pada pergelangan tangan terutama sekali ketika menggerakkan ibu jari atau mendukung bayi.

Keradangan pada tendon di ibu jari ini sering dikaitkan dengan simptom selepas bersalin dan ia kadangkala turut digelar sebagai ‘new mom syndrome’ atau ‘mommy thumb’.

Perkara penting yang anda perlu tahu mengenai DeQuervain’s Tenosynovitis

1. Punca DeQuervain’s Tenosynovitis

Keradangan sendi boleh berlaku disebabkan oleh hormon yang turun naik atau juga pengumpulan cecair dalam tubuh badan sewaktu mengandung. Oeh itu, masalah kesihatan ini sering melanda ibu yang baru lepas bersalin. Kerap mengangkat objek berat secara kerap juga boleh mendorong kepada sakit sendi ini.

Ibu kerap menggunakan tangan berulang kali kerana mendukung bayi dan ini memberi tekanan pada otot yang berfungsi menggerakkan ibu jari iaitu tendon. Posisi mengangkat dan mendukung bayi yang salah boleh menyebabkan bengkak pada pergelangan tangan menjadi lebih teruk sehingga ke tulang.

Oleh disebabkan itu posisi mendukung bayi haruslah dilakukan dengan tertib dan dengan cara yang betul agar masalah ini dapat dielakkan. Jangan ambil mudah mengenai sakit sendi ini kerana pergelangan tangan anda boleh menjadi bengkak yang teruk dan kemerah-merahan.

2. Bagaimana ia terjadi?

Keradangan sendi ini boleh terjadi pada siapa-siapa sahaja dan pada bila-bila masa, tetapi ia kerap terjadi pada wanita lepas bersalin. Mengapa ianya biasa terjadi pada ibu? Ini kerana sewaktu proses berpantang, ibu sering mendukung bayi untuk memberi susu dan juga menidurkan bayi.

Bagi mereka yang tangan kidal, keradangan sendi ini akan terjadi pada pergelangan tangan kiri dan pada yang mendominasi tangan kanan, maka ianya akan terjadi pada tangan kanan.

3. Simptom keradangan pergelangan tangan

Keradangan sendi pergelangan tangan juga dikenali sebagai DeQuervain’s Tenosynovitis. Antara simptom-simptom penyakit ini salah satunya rasa sakit yang dirasai pada bahagian ibu jari yang merupakan simptom utama. Rasa sakit akan datang secara perlahan-lahan atau juga secara mendadak dengan sekaligus. Malah, anda juga boleh merasa sakit hingga ke bahagian siku bergantung pada individu.

Rasa sakit juga selalunya menjadi lebih teruk apabila tangan dan ibu jari digunakan terutama sekali untuk menggenggam objek atau memusingkan pergelangan tangan. Adakah pergelangan tangan anda berbunyi “ketikan” atau sensasi apabila ibu jari digerakkan? Itu adalah salah satu simptomnya. Lihat juga jika terjadi bengkak pada bahagian pergelangan tangan yang berhampiran dengan ibu jari.

4. Rawatan ringkas dan mudah

Jika anda berasa gusar dengan keradangan sendi pergelangan tangan yang dialami, terdapat beberapa cara untuk mengatasi rasa sakit dan antaranya adalah dengan memastikan anda mendukung bayi dengan cara yang betul. Bahagian pergelangan tangan anda perlu berada dalam keadaan lurus semasa mendukung atau mengangkat bayi.

Sebagai alternatif, gunakan alat penggendong ‘baby carrier’ atau juga ‘stroller’ jika anda membawa bayi anda keluar berjalan untuk mengelakkan tangan anda terlalu letih untuk mendukungnya sepanjang masa. Jika pergelangan tangan anda mula berasa sensasi, tuam menggunakan ais pada bahagian tersebut untuk mengurangkan bengkak. Anda juga boleh melakukan senaman ringkas seperti di bawah:

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi rasa sakit akibat DeQuervain’s Tenosynovitis, antaranya:

Digalakkan juga untuk anda menggunakan brace atau wrist support pada tangan yang sakit. Jika masih belum lega, anda boleh mengambil ubat tahan sakit dan anti-radang tetapi pastikan anda mendapatkan pengesahan dari doktor dahulu. Jika kesakitan tersebut makin menular, pembedahan kecil terpaksa dilakukan pada bahagian tendon tersebut. Jadi, sebelum ianya menjadi lebih parah, pastikan anda mendukung bayi dengan cara yang betul.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan