HomeBlogKenali Tanda Anak Alami Masalah Penghadaman

Kenali Tanda Anak Alami Masalah Penghadaman

Anak sembelit atau cirit-birit merupakan tanda-tanda mereka mengalami masalah penghadaman. Bersama Pakar Perunding Pediatrik, Dr. Khairul Zaman Omar dari Hospital Columbia Asia- Setapak untuk menjawab persoalan tentang masalah penghadaman di kalangan kanak-kanak.


Dr. Khairul Zaman Omar

Pakar Perunding Pediatrik

Hospital Columbia Asia- Setapak

MBBS (UM), M.Med.Peds (UM)


SKW: Usus berperanan menyerap dan mencerna makanan yang kita makan. Boleh doktor terangkan kaitan antara usus dengan sistem penghadaman.

Dr. Khairul Zaman: Usus adalah satu-satunya organ dalam tubuh manusia yang terlibat dalam penghadaman. Di dalam usus kecil zat makanan seperti karbohidrat, protein dan lemak akan diserap ke dalam tubuh melalui permukaan dalam usus.

SKW: Bagaimana untuk mengetahui tanda-tanda anak mengalami masalah penghadaman?

Dr. Khairul Zaman: Antara simptom yang boleh kita lihat jika seseorang kanak-kanak itu mengalami masalah penghadaman ialah; berat badannya di bawah paras normal, menunjukkan masalah perlawasan najis sama ada sembelit ataupun cirit-birit, kerap muntah, kurang lawas angin atau kentut, meragam atau menangis yang keterlaluan dan menunjukkan tanda-tanda sistemik seperti mengalami ekzema kulit.

SKW: Seawal usia berapa kanak-kanak boleh mengalami masalah penghadaman?

Dr. Khairul Zaman: Masalah penghadaman boleh dialami seawal lahir lagi, di mana bayi baru lahir berkemungkinan mengalami penyakit seperti imperforate anus.

SKW: Sembelit dan cirit-birit juga merupakan salah satu daripada masalah penghadaman kanak-kanak. Apakah gejala-gejala penyakit ini dan bila keadaan yang memerlukan ibu bapa membawa anak berjumpa doktor?

Dr. Khairul Zaman: Ibu bapa perlu membawa anak berjumpa dengan Doktor Kanak-kanak sekiranya anak mereka mengalami tanda-tanda ini; tidak lawas membuang air besar, cirit birit , muntah atau meragam keterlaluan.

SKW: Adakah terdapat cara untuk mencegah masalah penghadaman kanak-kanak?

Dr. Khairul Zaman: Cara pencegahan adalah bergantung kepada penyebab berlakunya masalah penghadaman.

Contohnya:

  • Elakkan susu formula berasaskan lembu sekiranya anak alah susu lembu
  • Elakkan makanan mengandungi laktosa untuk masalah lactose intolerant
  • Elakkan gluten untuk anak yang mengalami Gluten allergy
  • Utamakan susu badan
  • Kurangkan atau elakkan menberi anak makan makanan processed food seperti fast food porridge, nugget atau mash potato

SKW: Bagaimana cara untuk merawat masalah penghadaman anak?

Dr. Khairul Zaman: Cara rawatan sama seperti yang saya beritahu sebelum ini. Saya nasihatkan setiap ibu bapa membawa anak mereka berjumpa dengan Doktor Kanak-kanak dan bukannya bertindak menukar susu/ botol susu/ puting botol susu dan sebagainya.

SKW: Makanan dikatakan menjadi salah satu penyebab kepada masalah penghadaman. Apakah jenis-jenis makanan yang membantu mendapatkan sistem penghadaman yang sihat?

Dr. Khairul Zaman: Makan makanan yang dimasak di rumah, bukannya makanan yang sudah diproses seperti sosej dan nugget. Elakkan juga semua jenis makanan ringan dan air berkarbonat. Amalkan memasak di rumah dan perkenalkan anak anda kepada sayur-sayuran dari usianya 6 bulan.

SKW: Benarkah susu merupakan salah satu faktor kanak-kanak mengalami sembelit dan cirit-birit?

Dr. Khairul Zaman: Susu boleh mendatangkan masalah penghadaman jika anak ada masalah ‘cows milk protein allergy’ dan lactose intolerant. Perlu ditekankan di sini bahawa kedua dua masalah ini adalah TIDAK SAMA.

SKW: Apakah komplikasi masalah penghadaman kepada kehidupan kanak-kanak?

Dr. Khairul Zaman: Komplikasi bagi akut ialah anak akan mengalami masalah tidur malam tidak lena kerana sakit perut kolik dan mengalami cirit-birit sehingga berlakunya dehidrasi. Ibu bapa juga akan tertekan jika anak mengalami masalah-masalah ini. Sementara itu, bagi masalah penghadaman yang kronik, berat badan kanak-kanak akan jadi tidak normal dan mereka akan kerap mendapat penyakit berjangkit lain kerana kekurangan zat makanan.

SKW: Ada rawatan khusus untuk merawat sembelit?

Dr. Khairul Zaman: Sembelit boleh dicegah dan dirawat dengan cara makan lebih fiber (serat) seperti yang ada pada sayur-sayuran atau buah-buahan sebelum mengambil sebarang ubat. Selain itu, ibu bapa juga dinasihatkan supaya tidak menukar susu tanpa nasihat dari Doktor Kanak-kanak untuk mengelakkan pembaziran membeli susu baru.

Ibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah penghadaman boleh menemui Pakar Pediatrik di hospital seluruh negara.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan