HomeBlogKELAS PENGAYAAN: Trend atau keperluan?

KELAS PENGAYAAN: Trend atau keperluan?

Sejak lama dahulu, pusat akademik yang ‘bagai cendawan tumbuh selepas hujan’ sentiasa mendapat tempat di kalangan para ibu bapa. Bermula dengan pusat tuisyen, ramai ibu bapa yang tidak mahu ketinggalan menghantar anak mereka bagi mendapatkan pendidikan tambahan. Kini, obsesi terbaru ibu bapa adalah menghantar anak-anak ke kelas pengayaan!

Perlukah?

“Setiap hari Selasa, Aishah akan menghantar anaknya, Amin, 4 tahun, ke kelas pengayaan matematik. Pada setiap Sabtu pula, Amin akan dihantar ke kelas bahasa Inggeris.”

Bukan Aishah sahaja yang mengambil pendekatan menghantar anak bawah lima tahun ke kelas pengayaan. Malah, jika ditanya kini ramai ibu bapa yang berlumba-lumba membawa anak mendapatkan pendidikan awal. Salah satunya, adalah dengan menghantar anak ke kelas pengayaan. Terdapat pelbagai jenis kelas pengayaan yang ditawarkan seperti kelas bahasa Inggeris, asas matematik, fonik, sains, kelas membaca dan pelbagai lagi program yang bertujuan merangsang minda kanak-kanak.

Persoalannya, adakah ibu bapa yang menghantar anak kecil ke kelas pengayaan ini sekadar mengikut trend (memandangkan orang sekeliling melakukan perkara tersebut) ataupun ia memang merupakan keperluan kepada kanak-kanak itu? Ya, tidak mustahil untuk ibu bapa mengikut trend terkini, terutama apabila melihat rakan-rakannya menghantar anak mendapatkan kelas pengayaan. Namun, perkara yang paling penting yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa adalah, bersediakah si kecil untuk memasuki sekolah dan apakah manfaat yang boleh didapati kepada anak-anak ini.

Mengapa hantar semasa kecil?

Ramai yang bertanya, bolehkah menghantar anak kecil ke pusat pendidikan awal kanak-kanak? Tak terlalu awal ke untuk si kecil belajar? Dan, banyak lagi persoalan lain diajukan. Kebanyakan ibu bapa menghantar anak ke kelas pengayaan kerana mengetahui ketika peringkat usia sebegitulah kanak-kanak paling mudah menerima perkara baru yang didedahkan kepada mereka.

Namun begitu, jangan tidak tahu bahawa di kelas pengayaan, kanak-kanak bukan diajar secara formal seperti di sekolah, sebaliknya banyak yang menggunakan kaedah bermain sambil belajar.

Kewujudan kelas pengayaan adalah bagi menyediakan kanak-kanak kepada pembelajaran secara informal dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti membaca dan menulis, menyanyi dan banyak lagi aktiviti yang dapat mengembangkan lagi minda kanak-kanak.

Kebaikan memasukkan anak ke kelas pengayaan

1. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi

Kanak-kanak seawal usia dua tahun akan mudah berkomunikasi jika bergaul dengan rakan sebaya mereka dan juga orang dewasa. Tentunya kelas pengayaan menawarkan perkara tersebut.

2. Perkembangan bahasa

Tidak seperti orang dewasa dan remaja yang perlu menghadiri kelas tambahan untuk mempelajari bahasa baru, anak kecil dan kanak-kanak juga berpeluang belajar bahasa baru di usia yang masih kecil. Malah, ketika usia kecil inilah kanak-kanak lebih senang menerima perkataan yang diajar. Jangan terkejut jika anak anda cepat fasih berbahasa kedua atau ketiga.

3. Terokai kebolehan

Menjadi sifat semula jadi anak kecil gemar meneroka dan bersikap kreatif. Walau bagaimanapun, kanak-kanak sering menggunakan ‘kepakaran’ mereka itu di tempat yang tidak sepatutnya. Di program pengayaan, guru terlatih akan mengajar anak anda dengan mencungkil lagi bakat yang ada dalam diri kanak-kanak. Bakat mereka akan berkembang dan lebih proaktif dalam pembelajaran melalui seni, tarian, bermain dan sebagainya.

4. Ketahui perkembangan

Sebarang pembelajaran anak-anak di rumah biasanya tidak dicatatkan perkembangan mereka. Jadi, di kelas pengayaan, guru akan mencatat setiap perkembangan kanak-kanak sekaligus membantu ibu bapa untuk mengetahui tahap anak mereka.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan