HomeBlogKekal Menawan selepas Bersalin

Kekal Menawan selepas Bersalin

Kehamilan dan kelahiran adalah tempoh yang akan merubah kehidupan seseorang wanita. Jika ada tempoh rehat untuk rutin kecantikan dan aktiviti harian wanita, tentunya ia adalah semasa tahun pertama kelahiran bayi. Malah, mungkin juga akan berterusan beberapa tahun. Ketika ini, anda tiada masa untuk memberi tumpuan kepada diri anda. Pertama kali si manja berada dalam dakapan ibu, ketika itulah keutamaan anda mula berubah. Anda akan melebihkan anak berbanding diri anda sendiri. Rutin harian ibu baru akan berubah- tiada lagi masa untuk mendandan rambut, bersolek dan kurang masa untuk berehat. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk kembali menawan dan bertenaga seperti sebelum bersalin? Ikuti panduan di bawah!

Tukar baru, cari yang sesuai
Anda perasan tak, kebanyakan ibu baru bersalin akan menukar cara pemakaian mereka kepada pakaian yang lebih selesa, seperti pakaian penyusuan, berkain batik ataupun berseluar longgar. Hal ini kerana, selepas bersalin ibu perlu menjalani tempoh berpantang dan tidak memerlukan mereka untuk keluar dari rumah. Tambahan pula, anda baru sahaja bersalin, jadi anda memerlukan pakaian yang dapat menyembunyikan benjolan dan lebihan lemak tanpa perlu mengorbankan tentang keselesaan.

Bimbang jika anda tidak akan muat memakai baju-baju lama? Relaks, Mama! Jangan terkejar-kejar untuk cepat kurus. Sembilan bulan tubuh anda berubah dan mengembang. Jadi, berilah masa untuk tubuh kembali seperti asal. Asalkan anda menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat, tentu anda boleh kembali mendapatkan susuk tubuh asal anda.

PASTIKAN!
Ambil berat akan kesihatan anda. Cari masa untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 10 minit sehari. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak mengabaikan keperluan si manja.

Kembalikan semula tenaga
Gelaran ibu baru akan menjadikan anda seorang yang terpaksa berkompromi dengan waktu tidur dan juga penjagaan bayi- tidak kira siang atau malam. Jadi, ibu baru memerlukan tenaga yang mencukupi untuk menyesuaikan dengan rutin baru mereka. Bagi mengekalkan tenaga, anda boleh melakukan aktiviti regangan, berjalan-jalan, mendengar muzik atau mendapatkan snek yang sihat. Perkara-perkara ini boleh membantu meningkatkan mood anda terutama semasa di tahun pertama selepas bersalin.

Minta bantuan
Perkara paling penting yang anda perlu lakukan jika ingin kelihatan dan rasa cantik adalah dengan meminta bantuan. Minta pertolongan daripada suami, keluarga atau rakan terdekat untuk menjaga anak anda sementara anda mencari ‘masa’ untuk diri anda sendiri.

Permulaan penting
Perkara permulaan yang anda lakukan boleh memberikan impak besar kepada aktiviti anda sepanjang hari. Jadi, tidak kira berapa penat anda pada pagi tersebut, mulakan hari anda dengan mandi dan berwangi-wangian. Anda juga boleh meletakkan solekan nipis pada wajah seperti memakai bedak muka atau krim pelembap, penggaris mata dan bam bibir.

Bersenam
Sebelum memulakan rutin senaman, minta nasihat doktor anda dahulu tentang senaman ringan yang perlu dimulakan. Jangan terus melakukan senaman berat biarpun anda sudah biasa melakukannya sebelum hamil. Jika anda melakukan senaman yang betul secara konsisten, anda akan dapat mengurangkan masalah berat badan anda dan membantu tubuh sihat serta segar.

Pergilah ‘mata panda’
Masalah utama ibu baru adalah sukar untuk mendapatkan tidur yang cukup. Kurang tidur bukan sahaja boleh merosakkan mood anda, bahkan juga menyebabkan tubuh anda lesu dan keletihan. Jadi, curilah masa untuk tidur bila-bila yang anda boleh. Contohnya, tidur semasa bayi anda sedang tidur tidak kira siang atau malam.

Ambil berat pemakanan
Siapa kata ibu yang menyusukan bayi sukar untuk kembali kurus? Sebenarnya, ibu yang menyusukan bayi juga boleh kurus jika mengamalkan pemakanan yang sihat. Ya, anda akan lapar selepas menyusukan si manja, tetapi teruskan pengambilan makanan yang berkhasiat sama seperti semasa anda hamil. Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang bukan sahaja dapat membantu anda menghasilkan susu yang banyak untuk si manja bahkan juga dapat membantu tubuh anda kurus. Anda juga memerlukan air yang mencukupi supaya tubuh anda tidak mengalami dehidrasi. Ini juga salah satu cara untuk anda kelihatan cantik selepas bersalin.

Manjakan diri
Memandangkan anda sudah meminta bantuan daripada pasangan ataupun keluarga dan rakan terdekat anda untuk menjaga bayi, maka ambillah masa untuk memanjakan diri di spa ataupun salun rambut.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan