HomeBlogKek Cawan Berkhasiat

Kek Cawan Berkhasiat

Kek Cawan English Rose

Bahan-bahan

  • 125g mentega (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 125g gula kastor
  • 2 biji telur
  • ¼ sudu teh serbuk penaik
  • 125g tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh esen vanila
  • ¼ sudu teh esen ros

Aising

  • 125g mentega (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g keju krim
  • 450g gula aising
  • ½ sudu teh esen ros
  • Pewarna merah jambu
  • 2 sudu besar susu

Hiasan

  • 12 bunga hiasan

Cara penyediaan
Panaskan ketuhar pada suhu 160°C. Griskan bekas kek cawan dan letakkan dalam loyang.
Masukkan mentega dan gula ke dalam mangkuk. Putar sehinga adunan sebati. Masukkan bahan-bahan kek yang lain dan putar lagi sehingga kembang dan sebati.

Ambil sesudu adunan dan masukkan ke dalam bekas kek cawan. Bakar selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak. Biarkannya sejuk.

Untuk membuat aising, masukkan kesemua bahan aising dan putar sehingga kembang. Masukkan ke dalam piping bag. Hias aising di atas kek mengikut bentuk yang anda suka dan letakkan bunga hiasan di atasnya.


Kek Cawan Madu Lebah

Bahan-bahan

  • 60g mentega
  • 60g gula perang halus
  • 4 sudu besar madu
  • 1 telur
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar puri epal
  • 85g tepung naik sendiri
  • ½ sudu teh serbuk kayu manis
  • ¼ sudu teh halia (dikisar)

Untuk lebah dan bunga:

  • 200g frosting
  • Coklat cair atau tulisan aising
  • 12 kepingan badam
  • Manisan

Cara penyediaan
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Griskan loyang kek dan letakkan bekas kek cawan di dalamnya.
Masukkan mentega dan gula ke dalam mangkuk. Masukkan madu dan pukul kesemuanya sehingga kembang. Dalam mangkuk lain, pukul telur, vanila dan puri epal.

Kemudian, masukkan bahan-bahan ini ke dalam adunan mentega tadi. Campurkan tepung, serbuk kayu manis dan halia serta gaulkan. Letakkan sesudu adunan ke dalam setiap bekas kek cawan dan bakar selama 22 minit atau sehingga ia bertukar keperang-perangan. Biarkannya sejuk.

Bagi membuat lebah, bentukkan kepala dan badan lebah menggunakan frosting dan cantumkannya. Kemudian, potong frosting membentuk bunga. Lukiskan muka lebah dengan menggunakan coklat cair atau tulisan aising. Letakkan kepingan badam pada badan lebah untuk membentuk sayapnya. Hiaskan manisan pada bunga.


Kek Cawan Teddy Bear

Bahan-bahan

  • 150ml yogurt semula jadi
  • 3 biji telur (dipukul perlahan)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 175g gula kastor
  • 140g tepung naik sendiri
  • 100g serbuk badam
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Secubit garam
  • 175g mentega (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 75g kismis

Hiasan

  • Gula-gula Smartie atau M&M
  • Coklat coins
  • Lengkung bentuk bulat
  • Tulisan aising hitam

Cara penyediaan
Griskan loyang kek bersama bekas kek cawan dan panaskan ketuhar pada suhu 190°C.
Letakkan yogurt, telur dan vanila ke dalam jag dan campurkan kesemuanya. Dalam mangkuk besar, masukkan gula, tepung, serbuk badam, serbuk penaik dan garam serta kacau sebati.

Tuangkan campuran yogurt tadi dan masukkan mentega ke dalamnya serta gaul sedikit demi sedikit bahan-bahan tadi dengan cepat. Seterusnya, letak kismis dan gaul lagi sehingga adunan sebati. Letakkan sesudu adunan ke dalam bekas kek cawan sehingga hampir penuh dan bakar selama 18 hingga 20 minit. Sejukkannya sebentar.

Untuk hiasan, letakkan Smartie atau M&M menjadi mata, gunakan tulisan aising untuk anak mata. Kemudian, jeli dijadikan sebagai hidung dan coklat coins sebagai telinga teddy bear. Lukiskan mulut teddy bear menggunakan tulisan aising.


Kek Cawan Lobak Merah

Bahan-bahan

  • 170g tepung naik sendiri
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh rempah campur
  • Secubit garam
  • 170g mentega (biarkan pada suhu bilik)
  • 170g gula perang
  • 3 biji telur (dipukul)
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar sour cream
  • 140g lobak merah (diparut)
  • 110g kismis

Aising

  • 140g gula aising
  • 4 sudu besar sirap mapel
  • ¾ sudu teh air
  • Manisan
  • 30g pecan (dipotong)

Cara penyediaan
Panaskan ketuhar pada suhu 190°C. Griskan loyang kek dan letakkan bekas kek cawan.
Tapis tepung, soda, campuran rempah dan garam, kemudian, ketepikan. Masukkan mentega dan gula ke dalam mangkuk besar dan pukul sehingga kembang.

Masukkan telur, vanila, sour cream dan campurkan sedikit demi sedikit bahan yang ditapis tadi ke dalam adunan. Pukul lagi sehingga sebati. Campurkan lobak merah dan kismis. Sudukan sedikit adunan ke dalam bekas kek sehingga ¾ penuh. Bakar selama 18-22 minit atau sehingga kek masak. Biarkannya sejuk sekejap.

Untuk membuat aising, masukkan gula aising ke dalam mangkuk dan campurkan sirap mapel. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga likat. Letakkan di atas kek cawan dan hiaskan manisan di atasnya bersama dengan pecan.

Leave a comment