HomeBlogKebaikan Minuman Serat Untuk Kesihatan Sistem Pencernaan

Kebaikan Minuman Serat Untuk Kesihatan Sistem Pencernaan

Makin banyak lambakan minuman serat yang boleh didapati pasaran. Ada minuman serat yang diperbuat dengan perasa buah kiwi, oren dan bermacam lagi. Apa sebenarnya minuman serat ini? Ramai yang mengambil minuman serat kerana ianya dpercayai mampu menurunkan berat badan. Ada juga yang mengambil minuman serat untuk melawaskan sistem pencernaan mereka. Tetapi adakah ianya mampu untuk melakukan semua ini? Jom kita tengok apa sebenarnya kebaikan minuman serat untuk kesihatan sistem pencernaan.

Apa itu serat?

Serat atau juga dikenali sebagai fiber adalah perlu diambil pada setiap hari bagi membantu fungi sistem penghadaman dalam tahap yang sihat. Anda disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 30 gram serat setiap hari bagi menjamin kesihatan fungsi pencernaan yang optima. Ramai mengalami masalah kekurangan serat kerana kurang pengambilan makanan sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran serta bijirin.

Buah-buahan, sayur-sayuran serta bijiran adalah kaya dengan serat dan diperlukan oleh sistem pencernaan manusia. Oat, gandum, chia, kekacang seperti kacang tanah amat kaya dengan serat. Buah-buahan seperti plum, pisang, epal dan pear serta sayur-sayuran seperti brokoli juga mengandungi serat yang boleh larut dalam air. Ini bermaksud makanan-makanan ini apabila dicerna akan berubah kepada bentuk gel dan membantu badan menyerap lebih banyak vitmin dan mineral serta nutrisi yang lain.

Selain itu, bijirin, roti gandum, avokado serta strawberi mempunyai serat yang tidak mampu untuk larut dalam air. Serat-serat sebegini akan menyerap air sewaktu proses pencernaan dan sekali gus membantu melembutkan najis, mempercepatkan proses pergerakan najis dan membantu anda membuang air besar dengan mudah.

Kesan pengurangan serat dalam tubuh badan

Terdapat pelbagai punca berikutan kekurangan serat dalam tubuh badan. Pengurangan pengambilan serat boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang berkaitan dengan proses pencernaan dan juga beberapa masalah kesihatan yang serius.

Kekurangan serat dalam diet seharian boleh menyebabkan masalah sembelit. Sembelit adalah masalah dimana ianya sukar untuk membuang air besar dan menyebabkan kesakitan yang melampau. Sembelit yang berpanjangan boleh menyebabkan buasir. Selain itu, pengurangan pengambilan serat juga boleh menyebabkan gastrik, kembung perut dan jangan terkejut, ia juga mampu menyebabkan sakit jantung, kanser malah diabetes. Justeru, ianya amat penting untuk mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.

Khasiat serat

1. Mengatasi sembelit

Serat membantu dan memastikan perut mempunyai pergerakan yang normal. Ini bermaksud sistem pencernaan berada pada tahan optima dan anda membuang air besar secara berkala. Serat atau fiber diambil setiap hari dapat membantu melancarkan proses pembuangan air besar dan melegakan masalah sembelit.

2. Menstabilkan paras kolesterol dan tekanan darah

Kajian menunjukkan bahawa serat turut menyokong fungsi kardiovaskular dengan membantu mengekalkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi yang normal. Bagaimana ianya berfungsi? Serat membantu memindahkan kolesterol keluar dari badan dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung.

3. Menguatkan sistem imun badan

Tahukah anda bahawa 70% hingga 80% fungsi sistem imun badan manusia berkait rapat dengan sistem pencernaan? Sistem pencernaan bukan hanya untuk menyahtinja sisa makanan sahaja, tetapi ia berkait rapat dengan sistem imun badan seseornag. Pengambilan serat mampu meningkatkan fungsi sistem pencernaan dan secara tidak langsung juga menguatkan sistem imun badan. Oleh itu, serat amat penting buat kanak-kanak dalam proses pembesaran mereka agar sistem imun mereka dapat dipertingkatkan dan tidak mudah untuk jatuh sakit.

4. Mengawal paras gula dalam darah

Pengurangan pengambilan serat mampu menyebabkan masalah kencing manis. Ini kerana serat membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Penyerapan serat yang lambat melambatkan kemasukan glukosa ke dalam darah yang mencegah glukosa darah dan insulin daripada naik.

5. Mengurangkan rasa letih dan mengantuk

Serat juga mampu melambatkan penyerapan nutrien makro dari makanan yang anda makan dan turut membantu mengurnagkan rasa letih, mengantuk dan kurang bertenaga selepas makan. Proses penyerapan nutrien makro yang lambat merupakan punca utama mengapa anda sering berasa mengantuk dan tidak bertenanga selepas makan. Kekal cergas selepas makan dengan mengambil serat yang secukupnya.

6. Membantu menguruskan badan

Serat amat membantu dalam menurunkan berat badan kerana ianya memberikan rasa kenyang dan seterusnya mengurangkan selera makan dan justeru mengurangkan pengambilan kalori. Selain itu, serat membantu menggerakkan lemak melalui sistem penghadaman dengan lebih cepat. Ini bermakna, kurang lemak akan diserap ke dalam tubuh badan

7. Berasa cepat kenyang

Serat membuatkan perut berasa kenyang lebih cepat daripada makanan-makanan lain yang anda sering makan. Hanya dengan semangkuk oat, perut anda akan berasa cepat kenyang berbanding sepinggan nasi. Ia juga memperlahankan kadar penghadaman dan membuat anda berasa kenyang dengan lebih lama.

8. Mengurangkan risiko kanser

Serat mampu mengurangkan risko kanser usus. Bahan yang dipanggil sebagai carcinogen akan melekat pada serat dan digerakkan kelaur daripada usu dengan lebih cepat. Bahan ini lah mendorong kepada kanser.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan