HomeBlogKASIH SAYANG BAPA BERSEMPADAN?

KASIH SAYANG BAPA BERSEMPADAN?

Keadaan ini sedikit sebanyak mungkin dipengaruhi oleh faktor “Gender Streotype”, iaitu lelaki dilihat lebih kasar daripada golongan wanita. Oleh itu, ramai kanak-kanak, malah ada dalam kalangan ibu bapa sendiri yang meletakkan karakter bapa harus mempunyai sifat–sifat sedemikian. Justeru, keadaan ini menjadikan ramai yang melihat golongan bapa mengehadkan kasih sayang mereka kepada perkara-perkara tertentu sahaja.

Kekurangan mempamerkan sifat kasih sayang menjadikan golongan bapa dilihat kurang berperanan dalam aspek pengasuhan dan pendidikan anak-anak. Ditambah pula dengan kurangnya penglibatan bapa dalam aktiviti penting anak-anak di sekolah seperti Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau Hari Kecemerlangan, seolah-olah mengiyakan lagi persepsi Kasih Sayang Bapa Bersempadan.

GAYA MENDIDIK SI AYAH
Secara umumnya, gaya keibubapaan boleh diklasifikasikan kepada empat cara, iaitu Autoritatif, Permisif, Pengabaian (Neglectful) dan Autoritarian. Namun, penulisan ini bukanlah bertujuan untuk menghurai semua bentuk atau gaya keibubapaan tersebut, sebaliknya akan lebih memberi tumpuan kepada Gaya Kebapaan yang ideal dalam membentuk potensi anak-anak.

Tahap pendidikan yang berbeza, juga dilihat memberi kesan dan pengaruh kepada proses perkembangan dan tumbesaran anak–anak dari segi Akhlak, Akademik dan Psikososial mereka. Oleh itu, peranan bapa bukan sahaja penting dalam perkembangan potensi anak-anak, malah ia memberi kesan besar kepada pembentukan sesebuah keluarga
yang harmoni.

Berdasarkan penemuan KPKM-5 mendapati bahawa hampir 60 peratus kaum bapa di negara ini menerapkan nilai hormat-menghormati kepada anak-anak. Hal ini diikuti dengan nilai taat kepada suruhan agama (48%) dan nilai berilmu (41.2%).

Kajian yang sama juga menyatakan bahawa kaum bapa merupakan pembuat keputusan utama dalam hal-hal keluarga berbanding ibu. Paling ketara ialah keputusan mengenai kerjaya seorang bapa iaitu 96.2 peratus menyatakan bapalah yang patut membuat keputusan mengenainya. Manakala, keputusan membeli harta (bapa: 93.3%, ibu: 59.9%), membeli dan membina rumah (bapa: 89.9%, ibu: 59.7%), percutian atau ziarah keluarga (bapa: 89.4%, ibu: 73.9%). Namun begitu, peratusan antara bapa dan ibu bagi disiplin anak hampir seimbang iaitu bapa: 80.4 % manakala ibu: 69.0%.

Dalam satu kajian yang dibuat pada tahun 1995 oleh Hardesty dan rakan-rakan telah direkodkan dalam Jurnal Pendidikan dan Pendidik, Jilid 6, 1998/99, iaitu hasil kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai bapa yang sering melibatkan diri secara aktif dan menghabiskan masa yang cukup dengan anak-anak mereka sedari kecil, mempunyai orientasi yang baik terhadap kerja.

Penglibatan bapa dalam pengasuhan anak-anak boleh terangkum dalam beberapa kategori:

  1. Masa
  2. Keberadaan
  3. Tanggungjawab
  4. Disiplin

Walaupun tidak terdapat banyak kajian tentang hubungkait antara peranan bapa dalam pengasuhan anak memberi kesan kepada perkembangan psikososial, kognitif dan disiplin anak-anak di Malaysia, tetapi banyak kajian-kajian di luar negara yang menunjukan terdapat kesan langsung penglibatan aktif bapa dalam pengasuhan anak memberi impak kepada pencapaian akademik dan pembentukan kendiri anak-anak.

Bapa yang mempunyai penerimaan kendiri yang tinggi, dilihat lebih mudah untuk berinteraksi dengan anak-anak dan ahli keluarga. Keadaan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti latar belakang keluarga dan tahap pendidikan serta persekitaran. Oleh yang demikian, masa yang diluangkan bersama anak-anak akan digunakan sepenuhnya untuk membentuk sifat kendiri yang tinggi.

Sifat kendiri yang tinggi dapat membantu anak-anak membina motivasi dan keyakinan diri dalam pembentukan karakter mereka. Oleh yang demikian, bapa yang mempunyai gaya interaksi dan komunikasi yang baik akan menghabiskan banyak masa untuk berbincang dan mencari penyelesaian secara kolektif. Keadaan ini memperlihatkan bapa lebih bersifat demokratik (Autoritatif) dan mudah didekati berbanding golongan bapa yang bersifat Autoritarian. Suasana ini amat penting dalam mengawasi perkembangan anak-anak.

Kesimpulannya, penglibatan dan tingkah laku bapa dalam proses pengasuhan anak-anak melibatkan disiplin, ketegasan diri, kematangan, kasih sayang dan dorongan motivasi mampu membentuk perkembangan positif anak dan potensi diri mereka. Sehubungan itu, ibu bapa disarankan untuk menghadirkan diri ke sesi atau program kemahiran kekeluargaan/ keibubapaan untuk membantu mereka meningkatkan pengetahuan tentang aspek keibubapaan.

Ibu bapa yang berkemahiran dalam pengurusan kekeluargaan dilihat berupaya memberi pengaruh kepada cara pengasuhan anak-anak yang sempurna.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan