HomeBlogKaedah Menilai Perkembangan Anak

Kaedah Menilai Perkembangan Anak

Apakah itu penilaian untuk perkembangan kanak-kanak?
Setiap pengalaman dan pembelajaran kanak-kanak boleh dinilai. Penilaian pengalaman dan pembelajaran adalah berdasarkan hasil pembelajaran yang anda aturkan. Ibu bapa boleh membuat penilaian berterusan tentang perkembangan anak-anaknya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Bagi menguasai kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran melalui aktiviti yang dijalankan, ibu bapa boleh menggunakan pelbagai bahan atau buku semasa menjalankan aktiviti bersama anak-anak.

Perkara paling penting adalah perancangan bagi menarik minat dan menyesuaikannya dengan tahap kanak-kanak. Penilaian ke atas sesuatu pengalaman dan pembelajaran mesti bermula daripada awal, semasa dan di akhir pembelajaran. Segala maklumat yang dikumpul sepanjang proses pembelajaran ini memberi suatu gambaran berkenaan penguasaan kanak-kanak. Namun, harus diingat bahawa kadar penerimaan dan kefahaman sesuatu konsep bagi setiap murid adalah berbeza.

Kepentingan penilaian kepada ibu bapa dan anak-anak

Penilaian dijalankan supaya ibu bapa dapat:

Mengesan perkembangan anak-anak secara menyeluruh
Segala aktiviti fizikal, kognitif, bahasa, kreativiti dan kerohanian dapat dilaksanakan dengan lancar jika pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu normal. Walau bagaimanapun, ibu bapa seharusnya dapat mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai kesulitan pembelajaran dalam aspek tertentu.

Melihat perubahan pada perkembangan setiap kanak-kanak
Bukan semua kanak-kanak dapat menerima maklumat baru semasa proses pembelajaran. Oleh itu, ibu bapa hendaklah membuat beberapa pemerhatian bagi melihat tahap penerimaan maklumat baru serta perubahan kemahiran yang dicapai oleh setiap kanak-kanak.

Membuat perancangan aktiviti
Selepas memerhati kanak-kanak melakukan aktiviti yang diberi, ibu bapa dapat mencadangkan beberapa aktiviti lain dalam bentuk aktiviti bimbingan atau pengayaan. Aktiviti kelas boleh dijadikan sebagai aktiviti beberapa kumpulan kecil.

Meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan
Respons kanak-kanak semasa aktiviti dan rutin harian yang dijalankan memberi gambaran berkenaan status penerimaan. Kita perlu membuat pengubahsuaian daripada segi strategi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki.

Mempelajari keperluan setiap anak
Setiap kanak-kanak mempunyai keunikan tersendiri dan kadar perkembangan mereka berbeza. Oleh itu, ibu bapa perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Potensi yang ada pada kanak-kanak itu juga dapat dipertingkatkan.

Menghargai hasil kerja anak
Kanak-kanak diberi peluang membuat refleksi atau menceritakan semula apa yang dihasilkannya. Dengan cara begini, mereka merasakan hasil kerja mereka dihargai. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka kerana pencapaiannya diukur dan dibandingkan dengan pencapaian yang lampau.

Membuat tindakan susulan serta-merta
Bagi menggalakkan kanak-kanak menjalankan aktiviti, ibu bapa boleh memberi ganjaran serta-merta dalam bentuk pujian, senyuman, pelukan dan tepukan atau sentuhan. Teguran yang positif serta membina dapat menyedarkan anak-anak berkenaan perlakuannya.

Apakah kaedah penilaian?

Penilaian dilakukan secara individu dan mengikut perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa iaitu secara berterusan. Pengumpulan maklumat awal berkenaan latar belakang, perkembangan dan pencapaian kemahiran kanak-kanak dilakukan sebelum masuk ke tadika lagi.

Penilaian ke atas perubahan tingkah laku kanak-kanak dapat dilakukan secara pemerhatian dan juga pada hasil kerja mereka.

Pemerhatian
Pemerhatian yang dilakukan oleh ibu bapa adalah satu cara untuk mengumpul maklumat. Ibu bapa perlu ada kemahiran memerhati serta prihatin dengan apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak. Setiap gerak-geri, tindak balas serta reaksi yang dilihat dan didengar semasa anak-anak melakukan aktiviti memberi maklumat penting berkenaan perkembangannya. Gambaran ini kemudiannya boleh direkodkan secara sistematik supaya perisiannya jelas, tepat dan lengkap. Pemerhatian boleh direkodkan dengan menggunakan:

  • Rekod anekdot

Rekod anekdot merupakan satu penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa atau perubahan perkembangan yang signifikan berlaku pada seseorang anak. Ibu bapa boleh menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau menggunakan gambar. Ibu bapa perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas dan diletakkan pada tempat yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam nama anak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan ibu bapa dan cadangan atau tindakan. Hal ini supaya ibu bapa dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai agar dapat membantu anak itu.

  • Senarai semak

Ibu bapa boleh menyediakan satu senarai hasil pembelajaran dan digunakan sebagai alat semakan semasa membuat pemerhatian untuk setiap kanak-kanak. Senarai hasil pembelajaran hendaklah mengambil kira domain kognitif, afektif dan psikomotor. Senarai semak ini dapat menyatakan sama ada murid itu boleh atau tidak boleh, mencapai atau tidak mencapai hasil pembelajaran yang diingini. Guru atau ibu bapa boleh menggunakan skala pengelasan iaitu ‘belum menguasai, baik, cemerlang’ bagi memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan pencapaian murid itu; contohnya penilaian domain kognitif.

  • Domain kognitif

Domain kognitif merangkumi komponen perkembangan bahasa dan perkembangan kognitif (matematik dan sains). Kemahiran dalam domain kognitif ini dapat dibahagikan mengikut tiga aras iaitu rendah, sederhana dan tinggi.

  • Hasil Kerja Murid

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak dalam proses pembelajaran dihasilkan dalam bentuk lukisan, tulisan, cetakan komputer ataupun kerja tangan. Ada juga yang mengumpulkan hasil kerja anak-anak mereka dalam bentuk buku skrap atau laporan. Melalui hasil kerja anak-anak ini, ibu bapa dapat menilai beberapa sikap seperti usaha, kesungguhan, kreativiti, kekemasan, ketelitian dan keyakinan anak-anak. Perkembangan serta perubahan dapat dibezakan apabila dirujuk pada tarikh aktiviti dilakukan. Jika perubahan tidak memuaskan, ibu bapa boleh berusaha membantu anak-anak itu. Adalah lebih baik, setiap kanak-kanak mempunyai satu rekod profilnya sendiri. Rekod ini terdiri daripada maklumat peribadi murid yang mengandungi maklumat diri, keluarga, kesihatan dan fizikal, rekod kemajuan perkembangan dan himpunan hasil kerja kanak-kanak.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan