HomeBlogJom Bina DIY “Activity Table” Yang Mudah Untuk Anak Anda Bermain

Jom Bina DIY “Activity Table” Yang Mudah Untuk Anak Anda Bermain

Kinetic sand sememangnya amat bagus sebagai permainan merangsang minda kanak-kanak. Tetapi, ianya amat sukar untuk dibersihkan dan habis satu rumah penuh pasir berwarna-warni. Bayangkan pula kalau si kecil bermain LEGO dan bersepah satu rumah, amat pedih sekali jika terpijak LEGO halus yang mencucuk-cucuk tapak kaki.

Jadi adakah anda mahu melarang si kecil daripada bermain permainan tersebut? Tidak perlu sampai membuang permainan si kecil hanya kerana ianya sukar untuk dikemas semula. Jom bina DIY Activity Table agar anak anda boleh bermain kinetic sand, LEGO ataupun Playdoh tanpa mengotorkan rumah anda. Idea ini dikongsi oleh Puan Siti Hajar Masran di Facebook miliknya dan ia dihasilkan dengan menggunakan bajet yang minimun serta mudah untuk dilakukan.

Bahan-bahan

 

  • Meja IKEA atau sebarang jenis meja kecil yang terpakai
  • Bekas silikon (Daiso) atau sebarang jenis bekas.
  • Chipboard atau papan terpakai
  • Gam silikon
  • Gergaji tangan
  • Battery drill

Cara-cara membina activity table

Anda sudah sediakan kesemua bahan-bahan? Sekarang mari kita lihat bagaimana untuk membina meja ini. Hanya lima langkah sahaja yang diperlukan untuk membina activity table yang mudah dan ringkas.

1. Ukur lubang meja mengikut saiz bekas

Langkah pertama, draftkan ukuran lubang pada meja mengikut ukuran bekas silicon yang mahu digunakan. Pastikan ianya terletak di tengah-tengah meja dan untuk mendapatkan ukuran yang tepat, and boleh gunakan pita pengukur. Selesai menandakan kawasan yang mahu diletakkan bekas, tebuk lubang dengan menggunakan gergaji tangan. Hati-hati ketika menggunakan gergaji tangan.

Kedalaman lubang yang dipotong itu perlulah mengikut kelebaran bekas yang dipilih. Pastikan anda tidak membuat lubang sehingga menembusi bahagian bawah meja. Bahagian bawah meja tersebut akan menyokong bekas agar tidak terjatuh ke bawah.

2. Letakkan bekas silicon dan gamkan

Selepas anda berpuas hati dengan hasi tersebut, letakkan bekas silicon di dalamnya. Anda boleh meletakkannya sebegitu sahaja ataupun menggunakan gam silikon untuk memastikan bekas tersebut berada pada tempatnya sentiasa. Semuanya terpulang pada diri anda sendiri.

3. Potong chipboard dan lekatkan di sekeliling meja

Selepas itu, gunakan papan atau chipboard untuk menjadi ‘tembok penahan’ di sekeliling meja. Ketinggian papan tersebut haruslah bersesuaian dengan anak anda agar mereka selesa bermain dan tangan mereka masih mampu mencapai bekas silikon tersebut. Rangka papan ini bertujuan untuk menghalang mainan daripada jatuh ke bawah.

Anda boleh memasang rangka papan ini dengan menggunakan battery drill dan pastikan keselamatan anda diutamakan ketika proses dijalankan.

4. Kemaskan dan hiaskan meja

Akhir sekali, kemaskan bucu-bucu dan sambungan yang telah dibuat. Pastikan segala paku atau skru yang digunakan untuk membina meja ini tidak terkeluar dan boleh membahayakan keselamatan anak anda. Bucu papan boleh dipasang safety table edge atau juga gunakan silikon agar ianya tidak tajam.

4. Sedia untuk digunakan oleh si kecil!

Berikut adalah hasil ‘activity table’ yang sangat mudah untuk dilakukan! Gunakan kreativiti masing-masing untuk menghias meja tersebut.

Apabila anda sudah berpuas hati, letakkan kinetic sand atau apa-apa sahaja mainan si kecil di dalam bekas silikon tersebut. Biarkan anak anda bermain sehingga puas dan anda juga tidak perlu susah memikirkan bagaimana untuk mengemas kerana kinetic sand tidak akan jatuh ke lantai kerana dihalang oleh rangka papan.

 

Anak anda pasti leka bermain dan didik mereka agar mengemas semula meja selepas selesai bermain. Masukkan kesemua permainan ke dalam bekas yang tersedia di atas meja kembali. Mereka boleh sambung bermain bila-bila sahaja mereka mahu dan kemaskan kembali seperti sedia kala. Mudah bukan?

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan