HomeBlogJom Belajar Cara Menyimpan Puri Bayi Agar Tahan Lebih 3 Bulan!

Jom Belajar Cara Menyimpan Puri Bayi Agar Tahan Lebih 3 Bulan!

Puri bayi adalah satu penyelesaian buat para ibu yang sibuk dan mempunyai masa yang singkat untuk menyediakan makanan buat si manja. Proses sejuk beku puri bayi adalah alternatif terbaik kerana ia dapat bertahan berbulan lamanya. Kedengaran mudah, tetapi ibubapa perlu memastikan cara menyejuk bekukan puri adalah betul supaya makanan tidak mudah rosak.

Tempoh menyimpan puri bayi juga berbeza bagi setiap jenis makanan. Tahukah anda bahawa ada makanan yang tidak sesuai untuk disejuk bekukan? Sempena bulan puasa yang bakal menjelang ini, mari mudahkan tugas anda menyediakan makanan si manja dengan menyediakan puri bayi yang boleh tahan lama

Tips utama menyejuk bekukan puri bayi

Pastikan anda menggunakan dulang ais kiub untuk menyejuk bekukan puri bayi. Ini kerana ianya mudah digunakan dan lebih-lebih lagi dulang kiub asi yang diperbuat daripada silicon. Ianya mudah untuk dikeluarkan dan untuk dibersihkan. Sebelum anda menyejuk bekukan puri, pastikan ian sudah sejuk sekurang-kurangnya pada suhu bilik. Jangan masukkan puri yang masih panas lagi kedalam peti ais.

Selepas puri tersebut sejuk beku dengan sepenuhnya, masukkannya ke dalam plastik yang boleh di tutup agar ianya boleh tahan lama. Jika bekas kiub ais tersebut mempunyai penutup, juga boleh digunakan dan tutup dengan kemas dan rapat. Label puri dan tidak lupa juga tarikh puri tersebut dibuat agar anda boleh pastikan ianya masih belum tamat tempoh. Kaedah ini juga sangat penting untuk membantu ibu bapa mengetahui makanan mana yang perlu dimakan dahulu dan makanan yang boleh disimpan lebih lama.

Berapa lama puri bayi boleh bertahan?

Puri boleh bertahan mengikut jenis makanan dan ada yang boleh bertahan berbulan lamanya. Proses penyimpanan puri juga memainkan peranan penting untuk memastikan puri bertahan lama. Jika puri disimpan di bahagian sejuk beku, ianya boleh bertahan 3-6 bulan dan untuk puri yang disimpan di bahagian chiller di bahagian buah dan sayurna, maka ianya boleh bertahan selama 2 hari atau 48 jam dan maksimum 3 hari.

Untuk memastikan kualiti makanan terjaga, sebaik-baiknya makanan sejuk beku disimpan maksima selama 3 bulan walaupun ianya boleh bertahan selama lebih 6 bulan. Semakin cepat puri bayi tersebut digunakan, maka lagi fresh dan baik. Hal ini kerana khasiat pada puri boleh berkurangan jika ianya disimpan terlalu lama.

Puri yang disimpan di bahagian chiller tidak boleh bertahan lama kerana suhunya membolehkan bakteria membiak dan disebabkan oleh itu ianya perlu dihabiskan dalam tempoh 2 -3 hari sahaja.

Jenis makanan yang tidak boleh disimpan sebagai puri

Bukan kesemua jenis makanan boleh dijadikan sebagai puri dan disejuk bekukan untuk disimpan buat jangka masa yang lama. Sebagai contoh telur rebus tidak boleh disimpan walaupun dalam bahagian sejuk beku. Buah serta sayur yang berair seperti timun dan tembikai juga tidak boleh disimpan sebagai puri. Perlu diingatkan juga bahawa mayonis, yoghurt dan keju adalah contoh makanan yang tidak sesuai untuk disejuk bekukan kerana ia bakal rosak.

Salah satu tips terbaik yang boleh anda gunakan ialah jangan sesekali sejuk bekukan makanan dengan dicampur dengan sebarang air atau susu. Jika anda bercadang untuk menambah air atau susu, lakukannya sewaktu proses mencairkan puri untuk tujuan makan buat si manja.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan