HomeBlogJangan Sesekali Lupa 7 Barangan Bayi Ini Sebelum Pulang Beraya

Jangan Sesekali Lupa 7 Barangan Bayi Ini Sebelum Pulang Beraya

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Hari Raya menjelang. Sudah pasti ramai yang sudah merancang untuk pulang ke kampung halaman. Masing-masing sudah terbayang suasana meriah raya di kampung dan juadah-juadah yang dihidangkan.

Jika anda mempunyai anak kecil dan tahun ini merupakan pengalaman pertama untuk anda bersama si kecil pulang ke kampung, pasti anda lakukan persiapan yang sebaik-baiknya. Perjalanan jauh bersama si kecil bukan satu perkara yang mudah dan anda perlu banyak bersabar kerana emosi mereka juga berubah-rubah mengikut angin.

Oleh itu, untuk para ibubapa baru, kami sediakan senarai semak barang-barang bayi yang perlu ada dalam beg pulang ke kampung halaman. Pastikan tiada satu pun barang yang tertinggal dan sudah tentu anda tidak mahu memikirkan keadaannya nanti jika ia berlaku.

1. Pakaian bersesuaian dengan cuaca

Sebelum anda bertolak ke kampung halaman, pastikan kesemua baju sudah siap dikemaskan. Jangan terlupa untuk mengemas pakaian si kecil juga. Hari Raya sudah tentu sibuk dan penuh dengan aktiviti menziarahi sanak-saudara, dan dengan cuaca yang panas sekarang ini pastikan anda bawa pakaian yang bersesuaian. Si kecil sudah tentu akan cepat berasa tidak selesa jika dikenakan pakaian yang tebal ketika cuaca panas dan boleh menyebabkan kegatalan dan kemerah-merahan.

Si kecil memerlukan lebih pakaian kerana amat mudah untuk mereka mengotorkannya disebabkan oleh muntah, makanan, susu dan sebagainya. Pastikan anda membawa kuantiti pakaian persalinan yang mencukupi bergantung pada berapa lama anda bakal bercuti di kampung.

2. Lampin

Ini adalah satu keperluan wajib yang perlu sentiasa ada dalam bag barangan bayi. Jangan sesekali anda terlupa bawa, jika tidak pasti akan menjadi sengsara. Bayangkan jika kampung anda jauh daripada sebarang kedai, pasti akan menjadi masalah besar untuk anda mencari lampin pakai buang.

Tambahan pula, bukan kesemua jenis lampin bersesuaian dengan si kecil. Jika anak anda mengalami kulit jenis sensitif, dan memang perlu pakai jenama yang spesifik pastikan anda bawa bekalan lampin yang mencukupi.

3. Susu formula

Jika anak anda minum susu formula, oleh itu pastikan anda bawa bekalan susu yang cukup sepanjang tempoh bercuti di kampung. Jangan sesekali lupa untuk membawa bersama kerana ini akan menimbulkan kesusahan kepada anda dan juga si kecil. Kebiasaannya apabila bercuti, perkara yang paling sukar apabila mahu membancuh susu adalah bekalan air panas. Oleh itu pastikan anda bawa bekas isian air panas untuk menyimpan air panas.

4. Bekalan ubat

Anda hanya mahu bersiap-sedia untuk sebarang kemungkinan. Jangan hiraukan jika ada yang gelar anda sebagai ibu yang paranoid dan sebagainya. Sebagai seorang ibu, sememangnya akan bersiap-sedia dengan pelbagai bekalan dan tidak lupa juga ubat-ubatan.

Pastikan anda bawa minyak angin bayi, ubat selsema, ubat batuk, ubat gigitan serangga dan nyamuk, ubat ruam dan lain-lain jenis ubat yang anda rasa perlu. Penyakit mudah menyerang kanak-kanak secara tiba-tiba terutama sekali jika cuaca panas tidak menentu.

5. Mainan kegemaran

Kebiasaannya setiap kanak-kanak mempunyai permainan kegemaran mereka yang tidak boleh dipisahkan. Ada kanak-kanak yang perlu sentiasa pegang mainan mereka mahupun bantal peluk jika mahu tidur. Jangan sesekali anda tertinggalkan mainan mereka jika tidak mahu dengar mereka merengek sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Percayalah jika mereka mula merengek di dalam kereta, pasti anda tidak kesal untuk patah balik memikirkan bagaimana mereka nanti di kampung pula.

6. Peralatan mandian bayi

Si kecil tidak boleh semudah-mudahnya dimandikan dengan menggunakan sebarang sabun. Kulit mereka amat sensitif dan lembut. Sabun mandian biasa mengandungi tahap pH level yang tinggi dan boleh mengeringkan kulit mereka. Oleh itu, pastikan anda membawa peralatan mandian si kecil pulang ke kampung. Semak setiap barangan yang mahu dibawa, jangan sampai ada yang tertinggal pula.

7. Makanan bayi

Jika anak anda masih kecil dan tidak makan makanan pejal lagi, pastikan anda ada bawa bekalan makanan mereka pulang ke kampung. Tips terbaik adalah untuk anda sediakan makanan bayi yang sudah dimasak sendiri secara segar. Hanya perlu simpan di dalam peti sejuk dan panaskan sahaja apabila perlu. Ianya lebih mudah daripada anda perlu membawa kesemua bahan untuk memasak pulang ke kampung dan bagaimana jika di kampung tidak mempunyai barangan dapur yang anda perlukan?

Tambahan pula, jika perjalanan pulang ke kampung memakan masa yang lama, pasti mereka akan cepat lapar. Sediakan kudapan ringan buat mereka seperti biskut. Gunakan artikel ini sebagai senarai semak anda sebelum bertolak pulang ke kampung. Selamat menyambut Hari Raya!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan