HomeBlogImunisasi: Kunci Anak Membesar dengan Kuat & Sihat

Imunisasi: Kunci Anak Membesar dengan Kuat & Sihat

Setiap ibu bapa inginkan perlindungan yang sepenuhnya buat si manja mereka. Dengan menghalang anak bermain kotor, mengelakkan anak bergaul atau tidak membawa anak ke tempat khalayak ramai bukanlah cara yang betul untuk melindungi si manja.

Suntik Sebelum Menyesal

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dua hingga tiga juta kematian dapat dielakkan setiap tahun dengan cara memberikan vaksin kepada kanak-kanak. Pastikan si manja anda mendapat suntikan imunisasi untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

7 tahun

BCG

Bacille Calmette et Guerrin atau nama singkatannya, BCG merupakan vaksin yang mengandungi kuman mycobacterium. Vaksin ini memberi perlindungan dan merangsang sistem imun badan anak anda untuk melawan penyakit batuk kering atau Tibi.

Vaksin ini diberikan secara percuma di bawah Program Imunisasi Malaysia semasa bayi lahir. Walau bagaimanapun, anak anda akan mendapat semula vaksin ini semasa Darjah 1, jika tiada parut di lengan anak anda.

DT

Vaksin difteria atau DT mengandungi toksoid difteria tidak aktif yang akan merangsang penghasilan antibodi untuk toksin tersebut lalu menghasilkan imuniti.

Vaksin difteria menjadi sebahagian daripada vaksin antigen tiga rangkai DTP (difteria-kancing gigi-batuk kokol). Anak anda akan diberikan tiga dos untuk difteria pada tahun pertama kehidupan mereka iaitu pada usia 2, 3 dan 5 bulan. Perlindungan ini ditambah dengan dos penggalak sebelum mereka memulakan persekolahan pada usia 18 bulan dan sekali lagi pada usia 7 tahun dalam bentuk vaksin penggalak DT (DTaP di sesetengah klinik atau hospital swasta).

MMR

Jangkitan demam campak, beguk atau rubela boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius seperti meningitis, pembengkakan otak dan kepekakan. Vaksin pertama diberikan antara usia 12 hingga 13 bulan dan vaksin seterusnya akan diberikan semasa usia 7 tahun.

Tetanus

Tetanus atau kancing gigi adalah vaksin yang diberikan percuma di bawah Program Imunisasi Malaysia. Pelalian menggunakan vaksin Toksoid Tetanus diberikan sekurang-kurangnya 3 dos semasa bayi (dos prime pada umur 2, 3 dan 5 bulan) dan dos tambahan pada umur 18 bulan, 7 dan 15 tahun.

IPV

Penyakit polio pernah menjadi penyebab utama ketidakupayaan dalam kalangan rakyat Amerika. Suntikan penggalak IPV diberi pada usia 4 hingga 6 tahun dan suntikan mandatori diberikan semasa usia 2 bulan, 4 bulan dan antara 6 hingga 18 bulan.

MR-V

Vaksin yang melindungi anak anda daripada demam campak, beguk, rubela dan cacar air dalam satu suntikan.

13 tahun

HPV

Vaksin ini diberikan kepada gadis berusia 13 tahun ke atas. Mereka diberikan suntikan percuma di hospital kerajaan. Selain remaja perempuan, remaja lelaki juga digalakkan menerima vaksin HPV untuk mengelakkan ketuat pada kemaluan dan beberapa jenis kanser.

15 tahun

Tetanus

Tetanus atau kancing gigi adalah vaksin yang diberikan percuma di bawah Program Imunisasi Malaysia. Pelalian menggunakan vaksin Toksoid Tetanus diberikan sekurang-kurangnya 3 dos semasa bayi (dos prime pada umur 2, 3 dan 5 bulan) dan dos tambahan pada umur 18 bulan, 7 dan 15 tahun.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan