HomeBlogHelah Terbaik Untuk Ibu Berikan Ubat Pada Si Manja

Helah Terbaik Untuk Ibu Berikan Ubat Pada Si Manja

Waktu memberi ubat kepada si manja adalah satu saat yang paling sukar sekali untuk memujuk mereka. Bau ubat sahaja sudah membuatkan mereka menangis dan tidak dapat dinafikan bahawa ubat bukan lah sahabat baik bayi dan kanak-kanak. Oleh sebab itu, si manja mengambil masa yang lama untuk sembuh kerana keengganan mereka untuk makan ubat.

Walaupun anda mencuba memberikan ubat yang berperisa, mereka masih lagi mampu untuk mengesan baunya dan menolak untuk makan ubat tersebut. Oleh itu, sebagai ibu anda memerlukan satu helah agar si manja makan ubat yang diberikan. Tetapi helah apakah yang boleh digunakan?

Seorang ibu Helena Lee yang juga seorang jururawat berkongsi helahnya yang berjaya digunakan pada anaknya dan telah ditiru oleh ramai ibubapa dan ternyata ianya berjaya! Helah ini telah digunapakai oleh Helena apabila anaknya demam panas.

Helah untuk berikan si manja ubat

Ianya amat mudah sekali dan anda pasti akan menyesal kerana tidak mengetahuinya dari dulu lagi. Helena pada mulanya memberikan ubat demam jenis cecair pada anaknya dan terus diludah. Ubat demam tersebut datang bersama “syringe” untuk memudahkan kerja memberi ubat tetapi ianya masih sukar lagi untuk diterima oleh bayi.

Kemudian, apa yang dilakukan oleh Helena ialah dia telah memasukkan ubat jenis cecair ke dalam “syringe” dan menggunakan penutup botol susu untuk menyembunyikan ubat tersebut. Bayi akan menghisap botol susu tanpa mengetahui bahawa ianya bukan susu tetapi ubat. Terbukti ianya berkesan dan bayi tidak akan menyedari helah ini sama sekali. Berikan secara konsisten agar si manja sembuh dari demam tanpa perlu berikan ubat dalam keadaan mereka menangis meronta-ronta. Hebat bukan helah ini?

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan