HomeBlogHari Pertama di Sekolah

Hari Pertama di Sekolah

Anak anda akan masuk ke sekolah tidak lama lagi. Bersediakah anda untuk menyaksikan ‘drama’ si kecil pada hari pertama di sekolah?

Persediaan awal

Hari pertama di sekolah bukan sahaja mencabar bagi kanak-kanak, bahkan juga ibu bapa. Jadi, beberapa persediaan perlu dibuat bagi melancarkan perjalanan pada hari tersebut. Sebagai ibu bapa, menjadi tugas kita untuk membantu anak-anak melalui fasa transisi, terutama apabila melibatkan perkara baru di prasekolah, tadika mahupun sekolah rendah. Apa yang kita mahukan untuk anak kita adalah supaya mereka bergembira di sekolah dan dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan.

Malah, amat bagus jika anda dapat mengajar si kecil kemahiran-kemahiran praktikal asas yang perlu dilakukan semasa di sekolah. Contohnya, anak anda perlu tahu untuk mendengar arahan seperti duduk diam, tunggu dan dengar!

Beberapa minggu sebelum ke sekolah

Sekolah akan mengadakan hari terbuka, di mana kanak-kanak boleh bertemu dengan guru dan meninjau kawasan sekolah serta bilik darjah sebelum memulakan sesi persekolahan. Perkara ini dapat membantu anak anda untuk melihat dan membiasakan diri dengan persekitaran baharu. Walau bagaimanapun, jika sekolah tersebut tidak menganjurkan hari terbuka, anda boleh membawa si kecil (dengan kebenaran pihak sekolah) untuk datang ke sekolah dan melihat suasana persekolahan.

Bersedia atau tidak?

Anak anda perlu dilatih menggunakan tandas dan tahu untuk memakai serta membuka pakaian. Adakah si kecil sudah lulus melakukan semua itu? Jika belum, anda perlu mengajarnya dahulu sebelum boleh memasukkannya ke sekolah.

Bantu atasi ketakutan pada hari pertama

‘Sekolah’ boleh jadi tarikan kepada anak kecil, dan ia juga boleh menjadi perkara yang menakutkan mereka. Salah satu cara bagi memperkenalkan sekolah kepada anak anda adalah melalui buku. Bacakan kepada mereka buku tentang sekolah seperti apa yang ada di sekolah dan aktiviti yang akan dilakukan semasa di sekolah. Perkara ini dapat membantu si kecil anda untuk menangani rasa takut.

Minggu terawal persekolahan

Ingatlah bahawa minggu-minggu terawal persekolahan adalah tempoh penting untuk anak anda. Ada kanak-kanak yang bergembira di sekolah kerana dapat bergaul dengan rakan baharu dan ada juga yang mengalami masalah untuk membiasakan diri dengan persekitaran baharu. Jadi, ketika ini, penting untuk anda berkomunikasi dengan anak dan mengambil berat akan tanda-tanda penting yang menunjukkan si kecil seronok atau tidak ke sekolah.

Menurut pakar, bukan perkara mustahil jika pada minggu kedua persekolahan, anak sudah tidak mahu ke sekolah. Antara sebabnya adalah kerana mereka masih lagi rasa gementar dan cemas. Jadi, pada minggu pertama persekolahan, ajak si kecil berborak tentang perkara yang berlaku di sekolah, bagaimana dengan rakan sekelas mereka, dengan siapa si manja bermain, makan apa di sekolah atau ada tak rakan-rakan yang nakal di sekolah. Cara ini juga dapat membantu anda untuk mengetahui sama ada si kecil sudah boleh menyesuaikan diri di sekolah ataupun mengetahui jika ada kes buli berlaku kepada anak anda.


Sumber: www.nhs.uk

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan