HomeBlogGaun Pengantin Pertama Di Malaysia Menggunakan Tisu Vinda Deluxe

Gaun Pengantin Pertama Di Malaysia Menggunakan Tisu Vinda Deluxe

Dengan hanya menggunakan tisu Vinda Deluxe, pereka fesyen tersohor di Malaysia berjaya menghasilkan gaun pengantin pertama di Malaysia yang menggunakan tisu secara sepenuhnya!  Pengantin yang bernama Shervyn Chua mengenakan gaun pengantin yang dibuat daripada tisu direkakan khas buatnya sempena majlis perkahwinannya.

Pasangan pengantin ini, Shervyn Chua bersama Anthony Wong telah berkenalan selama 11 tahun dan mengimpikan untuk merealisasikan majlis perkahwinan yang diidamkan tetapi tidak kesampaian atas faktor peribadi.  Walau bagaimanapun, komitmen dan kasih sayang antara mereka berdua berjaya mencuri perhatian jenama tisu terbaru ini, Vinda Deluxe. Ianya telah membawa kepada majlis perkahwinan satu dalam seribu yang tidak boleh dilupakan sama sekali.

Shervyn menggayakan gaun pengantin Vinda Deluxe

Rekaan gaun pengantin dengan menggunakan bahan tisu Vinda Deluxe tersergam indah dan cantik dengan hasil tangan pereka Malaysia, Nurita Harith dalam mengenakan lapisan-lapisan yang lembut serta ‘drapes’ yang menambahkan lagi sisi feminin dan keyakinan dalam rekaannya.

Utuh serta lembut

Proses pembuatan gaun pengantin untuk Shervyn

Gaun pengantin yang unik ini memaparkan keutuhan serta kelembutan dalam perkahwinan yang juga merupakan tanda utama dalam pembuatan tisu Vinda Deluxe. Ia juga merupakan simbol untuk memori-memori indah yang bakal dilalui oleh pasangan dalam melalui bahtera perkahwinan. Tisu Vinda Deluxe ini amat berkait rapat sekali dari segi mengemas rumah, kebersihan diri, menyeka titisan air mata kegembiraan di waktu hari istimewa serta memberi anak sentuhan yang paling nyaman dan paling manis nanti.

“Tisu Vinda Deluxe sememangnya sangat menakjubkan. Saya tidak pernah membayangkan diri saya bekerja dengan menggunakan tisu ini boleh menjadi suatu realiti. Teknologi sulaman fiber membuatkan ianya lain daripada tisu biasa. Sememangnya ia adalah satu kombinasi yang sempurna dari segi keutuhan dan kelembutan, yang sama tarafnya dengan fabrik bermutu tinggi”, ujar Nurita. Saya amat teruja kerana diberi kesempatan untuk turut terlibat sama dalam usaha menghasilkan gaun pengantin menggunakan tisu. Ini satu pengalaman yang berharga dan tidak dapat dilupakan. Melihat Shervyn begitu jelita dan gembira mengenakan gaun pengantin membuatkan saya menangis kegembiraan.”

Pasangan yang sama cantik sama padan

Buat Shervyn, pengalaman ini tidak pernah sekali terlintas dan ianya satu keistimewaan untuk memakai gaun pengantin Vinda Deluxe. “Secara jujurnya saya dapat mengatakan bahawa tiada siapa yang boleh mendapatkan gaun pengantin seperti saya! Kami berasa sangat bertuah untuk turut sama serta dalam perlancaran Vinda Deluxe di Malaysia.”

Hari istimewa yang dinantikan

Flower girl cilik ini juga turut mengenakan gaun berasaskan tisu Vinda Deluxe

Anda boleh melihat video-video belakang tadbir mengenai kehidupan pasangan pengantin di laman rasmi Vinda Malaysia.  Video penuh mengenai pasangan pengantin ini beserta majlis perkahwinan mereka juga turut ada di laman web tersebut dan ikuti proses bagaimana Nurita menghasilakn gaun pengantin pertama di Malaysia ini yang menggunakan tisu Vinda Deluxe.

 

Vinda Deluxe Tissue

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan