Euphony: Lakukan latihan tandas yang menyenangkan
Euphony: Lakukan latihan tandas yang menyenangkan
HomeBlogEuphony: Lakukan latihan tandas yang menyenangkan

Euphony: Lakukan latihan tandas yang menyenangkan

Adakah anda ingin hentikan pemakaian lampin untul anak anda? Jangan tergesa gesa, pastikan anak anda sudah bersedia dulu.…

Tiada had umur yang tepat untuk memulakan latihan tandas – setiap kanak-kanak adalah bebeza. Kebanyakan kanak-kanak menunjukan tanda-tanda bersedia antara 18-24m, ada juga yang masih belum bersedia sehingga mencapai usia 3 tahun. Anda tidak perlu tergesa-gesa! Jika anda memulakannya terlalu awal, anda mungkin pula mengambil masa yang lama untuk melatih anak anda.

Latihan tandas seharusnya menjadi sesuatu yang menyenangkan! Jadi,bagaimanakah cara anda untuk mengendalikannya? Di sini terdapat beberapa petua yang anda boleh cuba.

Pertama, biarkan anak anda memilih bekas tandas (potty) mereka sendiri, kerana mereka yang akan duduk di atasnya! Tempatkan tandas anak anda di tempat yang selesa, selamat, dan – ya, mempunyai privasi juga dapat membantu si kecil berasa lebih selesa!

Seterusnya, dalam membantu mewujudkan  mood yang baik , ciptakan lagu latihan tandas atau dapatkan bantuan daripada Youtube (percayalah, lagu-lagu ini sangat membantu!). Sebagai alternatif lain, anda juga boleh membaca buku kegemaran si manja anda.

Jangan lupa, cubalah jaga perasaan si kecil. berikan pujian pada anak anda dan dorongan supaya dia lakukannya dengan baik. Perkara yang paling penting adalah, menentang godaan untuk memaksa penggunaan tandas terhadap anak anda. Sentiasa ingat bahawa jika anda bertenang, anak kecilanda  juga akan tenang dan lebih cenderung untuk berjaya.

Latihan Tandas Dipermudahkan
Untuk ibu bapa yang penyayang, semua tindakan yang dilakukan oleh anak kecil akan membuatkan mereka merasa gembira! Contohnya bunyi rengekkan pertama yang mereka lakukan, perkataan pertama yang mereka lafazkan, dan ya, malah kali pertama mereka cuba untuk menggunakan tandas dengan sendiri! Itulah maksud di sebalik jenama Euphony, yang mempunyai persamaan dengan bunyi yang menggembirakan, dan juga produk pemegang anugerah daripada Mumu; Ia merupakan tandas latihan yang dicipta lengkap dengan bunyi siraman air.

Mumu Euphony boleh didapati dalam warna putih bersih dengan reka bentuk realistik yang dapat membantu memotivasikan anak kecil untuk ‘pergi’ sendiri.  Diperbuat daripada bahan mesra alam sekitar, Mumu Euphony menepati ciri keselamatan antarabangsa dan standard EN 71; ASTM F963-17; dan AS/NZS ISO 8124. Ia telah dicipta sesuai untuk anak kecil yang berusia 18 bulan hingga 5 tahun.

Senang untuk digunakan, Euphony membolehkan si kecil duduk dengan selesa, dan meniru tindakan mengepam air dengan butang selesai. Ia pasti mendorong anak kecil pergi ke tandas sendiri tanpa bantuan. Dan, anda pula pasti gembira dengan pencapaian penting ini, dengan bantuan Euphony!

Apa yang perlu ibu bapa tahu tentang latihan tandas anak kecil mereka:

  • Jangan biarkan anak kecil menggunakan tandas tanpa pengawasan.
  • Gunakan tandas di permukaan yang rata dan padat (contoh: di atas lantai).
  • Jangan guna di tempat yang tinggi (contoh: di atas meja).
  • Jangan tempatkannya di tempat duduk tandas biasa.
  • Jangan mengangkat tandas semasa ia digunakan.
  • Tandas ini bukannya mainan.
  • Tolong berhenti menggunakan tandas sekiranya produk tersebut rosak atau pecah.

Pembersihaan dan Penyelenggaraan Euphony

  • Jangan gunakan tandas sekiranya terdapat bahagian produk yang rosak atau hilang.
  • Pastikan tandas berada dalam keadaan baik sebelum dipasang/digunakan.
  • Semasa pembersihan, lap permukaan tandas dengan kain lembap atau span.
  • Gunakan sabun atau air untuk membersihkan produk, dan biarkan ia kering atau lap dengan tuala yang kering.

HELLO10

  • Eksklusif untuk ahli berdaftar.
  • Terpakai untuk pemenang anugerah latihan tandas kami, juga.
  • Diskaun 10% di semua cawangan tanpa pembelian minimum.
  • Pelan ansuran 3 bulan TANPA faedah.
  • 15% mata ganjaran untuk ditebus bagi pembelian seterusnya.

Baru-baru ini, Mumu telah muncul sebagai pemenang dalam tiga kategori dalam BabyTalk Readers ’Choice Awards 2021, iaitu Bekas Latih Tandas Kanak-Kanak, Bekas Makanan Berpetak Untuk Kanak-Kanak dan Peralatan Mainan Kayu Bayi.

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati laman web Facebook and  Instagram hari ini!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan