HomeBlogErgonomik: Antara perkongsian & kesihatan

Ergonomik: Antara perkongsian & kesihatan

Sharing is caring. Pernyataan ini sering digunakan bagi menunjukkan betapa bagusnya amalan berkongsi. Malah, ibu bapa juga banyak menitipkan amalan berkongsi terutama sesama adik-beradik atau dalam satu keluarga. Namun begitu, tahukah anda, ada sesetengah perkara yang tiada kompromi untuk dikongsikan dengan kanak-kanak kerana ia melibatkan kesihatan? Baca halaman sebelah untuk mengetahuinya…

Sihatkah anak anda?

Pernahkah anak anda mengadu sakit tengkuk, bahu, pinggang atau belakang badan? Apakah tindakan anda selepas menerima aduan anak anda? Kebanyakan ibu bapa mungkin merasakan hal ini adalah remeh terutama jika yang mengadu adalah anak yang berusia 10 tahun. Mungkin anda merasakan anak anda sengaja mengada-adakan cerita ataupun ingin menarik perhatian. Namun, sedarkah anda, apakah perkara yang membuatkan ‘penyakit orang dewasa’ ini singgah ke badan anak anda?

Lebih malang lagi jika anda melihat postur tubuh anak anda tidak menegak dengan betul. Selain faktor pemakanan, ada perkara lain yang perlu anda ambil tahu mengenai perkembangan anak anda termasuklah soal kesihatan. Perkembangan terjejas

Tahukah anda, faktor barang keperluan kanak-kanak turut menjadi penyebab anak anda mengadu sakit dan tumbesarannya terbantut? Perhatikan sejenak cara anak anda menggendong beg sekolah mereka. Bagaimanakah cara anak anda duduk sewaktu menonton televisyen, sewaktu makan atau sewaktu mengadap komputer? Ya, inilah punca yang menyebabkan kesihatan dan perkembangan anak anda terjejas.

Gaya hidup kanak-kanak kini yang sudah semakin tidak aktif dan kurang bergerak menyebabkan mereka ini terdedah kepada risiko pening kepala dan sakit tulang belakang. Tambahan pula, posisi duduk yang tidak betul menyumbangkan lagi risiko kepada penyakit tersebut.

Kanak-kanak memerlukan peralatan yang direka khas untuk mereka kerana tubuh mereka mempunyai fisiologi yang berbeza berbanding orang dewasa. Disebabkan rekaan perabot yang tidak betul menyebabkan kanak-kanak ‘menderita’. Justeru itu, anak anda memerlukan barangan yang direka secara ergonomik bagi memastikan mereka membesar dengan sihat.

Apa itu ergonomik?

Ergonomik diambil dari perkataan Greek iaitu ergo dan nomos yang membawa maksud peraturan bekerja yang bertujuan untuk memastikan suatu peralatan, kemudahan dan proses yang dilakukan dalam sesuatu aktiviti serasi dengan manusia. Ergonomik dalam konteks ini merujuk kepada seni menghasilkan produk yang memberikan keselesaan optima tanpa menyebabkan sebarang tekanan atau kecederaan kepada si pemakai. Hal ini dilakukan dengan mengkaji interaksi di antara tubuh manusia dengan produk yang digunakan. Mengapa pilih ergonomik?

Perabot yang direka secara ergonomik dapat menggalakkan aliran darah yang lebih baik dalam tubuh kanak-kanak. Penambahan aliran darah ini akan meningkatkan pengambilan oksigen sel badan, yang membawa kepada tumbesaran yang lebih sempurna.

Dalam jangka panjang, tulang belakang dan otot anak anda akan lebih sihat dan terbentuk dengan sempurna jika menggunakan produk ergonomik yang betul.

Selain itu, kanak-kanak yang diberikan perabot ergonomik juga kurang berisiko untuk mendapat masalah tulang belakang, selain melalui tumbesaran otot dan tendon yang lebih baik. Kriteria memilih barangan ergonomik

Sewaktu membeli barangan ergonomik, anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor lain, dengan tidak hanya berpandukan rupa semata-mata. Antara ciri-ciri yang perlu anda ketahui ialah keselesaan, keselamatan, persekitaran dan saiz badan anak anda.

Perabot yang direka secara ergonomik lazimnya diselaraskan untuk memenuhi keperluan anak yang membesar, terutama dari segi ketinggian dan berat badan. Sebelum membeli barangan tersebut, pastikan anak anda mencuba dahulu produk untuk memastikan keselesaan maksima.

Produk ergonomik yang perlu untuk anak anda:

• Beg sekolah

• Kerusi

• Alat tulis

• Katil

• Meja tulis

• Perkakas makanan

• Tandas

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan