HomeBlogEnglish is Fun!

English is Fun!

Bahasa pertuturan utama bagi setiap keluarga di negara ini rata-ratanya adalah mengikut kaum. Jika Melayu kahwin dengan Melayu, maka bahasa pertuturannya adalah Melayu. Begitu juga dengan kaum Cina dan India, mereka juga akan menuturkan bahasa mereka di kalangan ahli keluarga. Bagaimanapun, ada juga keluarga yang mengangkat bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan di rumah. Hal ini adalah kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi rasmi yang digunakan di seluruh dunia. Jadi, sebagai ibu bapa, bagaimana caranya untuk anda memupuk minat anak anda terhadap bahasa Inggeris? Jom ketahui panduan mengajar anak bahasa Inggeris.

10 Panduan Ajar Anak bahasa Inggeris

1. Kad imbasan

Mengajar bahasa Inggeris sama seperti mengajar kanak-kanak ABC iaitu dengan menggunakan kad imbasan. Suasana pembelajaran kad imbasan atau flash card adalah lebih santai daripada mengajar menggunakan buku. Mulakan pembelajaran dengan mengenal perkataan-perkataan harian dalam bahasa Inggeris seperti apple, book atau chair.

2. Lalala

Cara pembelajaran yang berkesan adalah menerusi lagu. Anda boleh mulakan didikan dalam bahasa Inggeris semasa anak anda dalam kandungan lagi iaitu dengan menyanyikannya lagu-lagu bahasa Inggeris. Bagaimanapun, pilihlah lagu yang bertepatan untuk mengajar seperti lagu-lagu ketuhanan nyanyian Maher Zain atau lagu kanak-kanak seperti Twinkle twinkle little star.

3. Yakin diri

Jika anda kurang yakin untuk bercakap bahasa Inggeris dengan anak, gunakan ayat-ayat mudah seperti “Put on your shoes, This ice-cream is so yummy.” Sekurang-kurangnya anak anda faham perkataan-perkataan mudah untuk dipelajari dalam bahasa Inggeris sekaligus terdedah kepada pembelajaran bahasa Inggeris sebelum dia memasuki persekolahan.

4. Buku

Pupuk minat anak anda belajar bahasa Inggeris dengan membelikannya buku-buku cerita ringkas berbahasa Inggeris. Bagi mereka yang baru mula belajar, belikanlah buku yang mempunyai ayat-ayat mudah dan bergambar menarik supaya kanak-kanak tertarik untuk membacanya.

5. Bedtime story

Aktiviti bedtime story sangat membantu pembelajaran anak-anak. Sesekali anda bacakan anak anda buku cerita ringkas berbahasa Inggeris sebelum dia tidur di waktu malam. Sebagai permulaan, pilihlah buku yang pernah anda bacakan kepadanya dalam bahasa Melayu seperti buku Aladdin atau Cinderella supaya anak anda lebih memahami jalan cerita yang terdapat dalam buku tersebut.

6. Kartun

Siapa kata kartun tidak memberikan manfaat kepada kanak-kanak? Kebanyakan kartun adalah di dalam bahasa Inggeris, jadi sesekali luangkan masa bersama anak untuk menonton kartun bahasa Inggeris. Selepas menonton, tanya pendapat anak anda tentang apa yang diperkatakan oleh kartun tersebut dan mengajuk kembali percakapan karakter kartun.

Awas! Pilih kartun pembelajaran yang terbaik dan tidak mempunyai unsur-unsur tidak sihat kepada kanak-kanak.

7. Konsisten

Konsisten dalam mengajar anak bahasa Inggeris dan jangan pula menggunakan perkataan yang bercampur-campur dalam satu-satu ayat.

8. Hari English

Wujudkan hari English bagi keluarga anda supaya sepanjang satu hari anda sekeluarga dikehendaki menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan. Cara ini mungkin boleh diguna pakai jika anak anda sudah berada di sekolah rendah atau di sekolah menengah.

9. 1 orang 1 bahasa

Gunakan teknik 1 orang 1 bahasa dalam proses anda mengajar bahasa Inggeris. Contohnya, jika suami anda lebih fasih bahasa Inggeris, maka suami akan bertutur menggunakan bahasa Inggeris dengan anak anda, sebaliknya anda pula hanya akan menggunakan bahasa Melayu bertutur dengan anak. Dengan cara ini, anak anda akan mahir menggunakan dua bahasa.

10. Tinggalkan nota

Setiap hari anda akan tinggalkan nota di dalam bahasa Inggeris kepada anak anda seperti nota menyuruhnya membasuh kasut sekolah atau makan sarapan yang telah disediakan di atas meja. Melalui cara ini, anak anda bukan sahaja faham untuk berkomunikasi malah dia juga tahu ejaan yang betul dalam bahasa Inggeris.

Ingat! Kanak-kanak tidak suka dipaksa. Sentiasa semaikan perasaan seronok dalam mempelajari bahasa Inggeris. Selamat mencuba!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan