HomeBlogEkzema Cetus Ketidakselesaan

Ekzema Cetus Ketidakselesaan

Jika si manja boleh berkata-kata pasti dia akan suarakan ketidakselesaannya tentang kegatalan yang dihadapi. Salah satu cara anak anda menonjolkan ketidakselesaannya adalah dengan menggaru-garu bahagian kulit yang gatal. Ya, anak anda akan rasa lega selepas itu namun kelegaan ini hanya bersifat sementara sahaja. Lebih malang lagi adalah apabila kulit yang digaru tadi menjadi kemerah-merahan, menggelupas, melecet dan ada yang menyebabkan luka sehingga membentuk nanah.

Tanda-tanda di atas dihadapi oleh penghidap ekzema yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Sungguhpun ekzema bukanlah suatu penyakit yang berbahaya dan mengancam nyawa, namun penyakit kulit ini akan mengganggu kehidupan harian si penghidapnya.

Punca utama bayi dan kanak-kanak menderita ekzema adalah kerana faktor keturunan. Selain itu, ekzema juga berlaku disebabkan faktor persekitaran atau tabiat tertentu yang menyebabkan kulit kegatalan dan muncul ruam, kulit kehilangan lembapan serta pemilihan produk yang salah.

INFO

Ekzema terjadi kepada seorang daripada setiap lima kanak-kanak di seluruh dunia. Mereka yang mengalami ekzema akan mengalami keadaan kulit kemerah-merahan, kering, bersisik dan kegatalan melampau.

Tips tangani ekzema
Rawatan asas bagi penghidap ekzema adalah dengan memastikan kulit si manja tidak kering, kerana kulit yang kering menjadi punca tercetusnya ekzema dan hanya membuatkan penyakit kulit ini bertambah teruk. Jadi, ibu bapa perlu memastikan kulit anak lembap dengan menyapu pelembap atau produk khusus untuk kulit ekzema. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak ekzema:

1) Sapukan pelembap pada tubuh anak sejurus selepas mandi.
2) Gunakan produk khas yang berkelembapan tinggi dan bebas daripada bahan kimia.
3) Pakai pakaian yang diperbuat daripada kain kapas.
4) Pastikan persekitaran di sekeliling si manja bersih dari habuk, debu atau hama.
5) Elakkan anak berpanas atau kurangkan aktiviti yang menyebabkannya berpeluh.

USAH RISAU!

Bayi dan kanak-kanak yang mengalami ekzema lazimnya akan beransur pulih sepenuhnya daripada penyakit ini semasa usianya setahun hingga 14 tahun.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan