HomeBlogDidik Anak Gemar Makanan Berkhasiat

Didik Anak Gemar Makanan Berkhasiat

Ramai ibu bapa yang berhadapan dengan masalah anak cerewet makan. Cerewet makan di sini bermaksud kanak-kanak hanya memilih makanan yang digemari sahaja. Dan, rata-ratanya tidak gemar makan makanan berkhasiat. Makanan berkhasiat yang paling kerap ditolak oleh kanak-kanak ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Salah satu cabaran yang perlu dihadapi semasa membesarkan anak adalah tentang penjagaan pemakanan si kecil. Setiap anak mempunyai tabiat pemakanan yang berbeza. Dan, amatlah jarang untuk kita lihat kanak-kanak menggemari makanan berkhasiat. Hal ini kerana, rata-rata kanak-kanak terdedah kepada makanan yang tidak sihat disebabkan oleh orang sekeliling mereka termasuklah juga ibu bapa.

Justeru, ibu bapa perlu mendidik anak mengamalkan pengambilan makanan sihat sejak dari kecil lagi dengan cara mendedahkan mereka kepada setiap jenis makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Bagaimana Ingin Perkenalkan Sayur & Buah

Kita semua tahu bahawa sayur-sayuran dan buah-buahan adalah menu wajib yang perlu diambil setiap hari. Walau bagaimanapun, dua jenis makanan inilah yang kurang digemari oleh kanak-kanak. Jadi, bagaimana untuk memupuk anak anda supaya menggemari kedua-dua makanan superfood ini?

Tips untuk ibu bapa:

  • Jadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek di waktu pagi, petang atau malam. Pastikan juga dua makanan ini sentiasa ada di dalam peti sejuk anda.
  • Kerap sediakan salad! Masukkan salad dalam menu anda pada setiap hari seperti sebelum makan tengah hari. Jika anda menyediakan menu salad seperti garden salad, ajar si kecil cara meletakkan bilangan kuah salad (dressing) yang sepatutnya. Jangan terlampau berlebihan sehingga menghilangkan rasa semula jadi sayur-sayuran.
  • Cuba juga masukkan resipi vegan untuk pasta, dengan cara menggantikan daging atau ayam kepada sayur-sayuran.
  • Jangan lupa untuk memasukkan sayur-sayuran berdaun hijau atau oren dalam menu anda setiap hari kerana ia merupakan sumber vitamin A yang baik. Contoh sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A ialah bayam, brokoli atau lobak merah.
  • Satu lagi sumber nutrien penting yang perlu diambil setiap hari ialah vitamin C. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C ialah buah oren, limau gedang, strawberi, tembikai, tomato dan brokoli.
  • Selitkan buah atau sayur dalam setiap hidangan utama bersama keluarga, seperti, masukkan buah raspberi dalam bijirin pagi, beberapa potong buah-buahan atau salad dalam menu makan tengah hari anak anda atau buah potong untuk makan malam bersama keluarga.
  • Perkara paling penting sebelum mendidik anak menggemari sayur dan buah ialah anda sendiri perlu menunjukkan contoh teladan yang baik. Sebagai ibu bapa, anda sendiri perlu menggemari dua jenis makanan ini dan menjadikannya amalan setiap hari.

AWAS!

  • Pastikan pengambilan buah dan sayuran tidak berlebihan.
  • Elakkan daripada membeli makanan yang berkalori tinggi seperti biskut dan gula-gula.
  • Hadkan pengambilan jus buah-buahan kepada anak anda terutamanya jika jus tersebut bukan 100% jus (mengandungi gula).
  • Kerap luangkan masa makan bersama-sama seisi keluarga. Ada kajian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak akan makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran dan kurang makan makanan yang tidak sihat semasa bersama keluarga mereka.

INGATLAH! Pengambilan makanan yang sihat membolehkan anda memupuk tabiat pemakanan yang baik di kalangan kanak-kanak.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan