HomeBlogDenggi: Perang yang Tidak Berkesudahan

Denggi: Perang yang Tidak Berkesudahan

Oleh: Dr. Aznor Fadly

Penyakit demam denggi masih lagi berleluasa di Malaysia. Meskipun terdapat usaha giat dari kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mencegah penularan demam denggi serta meningkatkan kesedaran orang ramai, insiden penyakit ini masih meningkat setiap tahun. Begitu juga bilangan kematian akibat penyakit ini.

Penyakit denggi adalah disebabkan oleh jangkitan virus denggi, iaitu sejenis virus dari keluarga Flaviviridae. Jangkitan virus dipindahkan daripada darah pesakit yang dijangkiti kepada mangsa yang lain melalui nyamuk Aedes aegyti. Virus ini mempunyai 4 ‘serotype’, iaitu DENV1, DENV2, DENV3 dan DENV4.

Jangkitan daripada salah satu daripada 4 serotype ini selalunya akan mengakibatkan penyakit demam denggi yang tidak merbahaya. Mereka selalunya mempunyai simptom atau tanda-tanda penyakit sama seperti jangkitan virus yang lain iaitu demam, sakit-sakit badan, sakit kepala dan mungkin muntah-muntah untuk kanak-kanak. Jangkitan daripada salah satu serotype tidak mengakibatkan imuniti kepada serotype yang lain. Malah, jika jangkitan virus kedua disebabkan oleh serotype yang berlainan, simptom yang lebih serius akan berlaku. Ini dipanggil severe dengue. Severe dengue boleh menyebabkan maut!

Membawa maut

Apabila severe dengue berlaku, kapilari darah akan mengalami perubahan. Akibat daripada jangkitan virus denggi serotype yang berlainan, badan seseorang pesakit akan bertindak balas di mana kapilari darah akan menjadi poros. Ini menyebabkan cecair dalam darah (plasma) akan bocor dari dalam saluran darah, seterusnya mengakibatkan tekanan darah rendah. Organ-organ tertentu mendapat bekalan darah yang kurang, seterusnya menyebabkan simptom tertentu seperti tidak sedarkan diri, sakit perut dan kesukaran bernafas. Darah mereka juga akan mengalami perubahan di mana sel platlet yang penting untuk pembekuan darah akan berkurangan. Ini mengakibatkan pendarahan yang serius.

Bagaimana mengesan demam denggi?

Penyakit denggi boleh dikesan melalui ujian darah. Ujian darah akan menunjukkan kepekatan darah (hematokrit) yang tinggi, menunjukkan tanda plasma darah telah bocor dari saluran darah. Bilangan platlet dalam darah juga akan berkurangan dalam ujian darah pesakit denggi. Selain itu di sesetengah klinik atau hospital ada menawarkan ujian antigen spesifik untuk denggi (NS1). Ujian ini sangat sensitif jika dilakukan dalam 5 hari pertama demam denggi.

Demam denggi selalunya mengambil masa 7 – 10 hari untuk pulih. Dalam waktu itu, hari ke-4 hingga ke-6 adalah tempoh yang sangat kritikal. Pada waktu ini, kebocoran plasma darah adalah tinggi dan bacaan sel platlet adalah yang paling rendah. Kemungkinan seseorang kanak-kanak jika dimasukkan ke hospital, ujian darah akan dilakukan dengan kerap. Ini untuk memastikan bahawa kanak-kanak tersebut mendapat isipadu plasma darah yang mencukupi supaya keadaan mereka tidak menjadi shock.

Rawatan denggi

Setakat ini tiada ubat spesifik yang berkesan untuk merawat penyakit demam denggi. Doktor akan memastikan pesakit tidak mengalami shock disebabkan kebocoran plasma darah dengan memasukkan cecair intravena. Jumlah cecair intravena yang dimasukkan kepada pesakit akan dipantau dari semasa ke semasa dan diubah berdasarkan ujian darah. Pesakit akan digalakkan juga minum air dengan banyak semasa di wad. Selain itu ubat paracetamol juga akan diberikan untuk mengurangkan demam dan sakit-sakit badan.

Disebabkan oleh demam denggi tiada ubat khusus, pencegahan amat penting. Vaksinasi menentang penyakit ini sedang dalam kajian. Namun, atas sebab masalah pelbagai serotype virus denggi ini, penghasilannya sangat rumit. Penghapusan vektor yang membawa virus penyakit demam denggi adalah langkah yang paling berkesan dalam mencegah wabak ini.

Setiap inividu dan unit keluarga mestilah terlibat secara aktif dalam komuniti mereka untuk menghalang pembiakan nyamuk. Ini boleh dilakukan dengan cara bergotong-royong setiap minggu untuk menghapuskan tempat yang boleh menakung air. Walaupun pelbagai kempen memerangi penyakit ini telah dijalankan oleh pihak berwajib, sambutan oleh masyarakat pada masa kini sangat dingin. Disebabkan itulah kejadian demam denggi serta kematian meningkat setiap tahun.


Sumber: www.doktorbudak.com

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan