Apabila SAMSUNG mengeluarkan VC5100 Canister with CycloneForce with Anti-Tangle Turbine, kami berasa amat teruja untuk mencuba dan menguji sejauh manakah keberkesanannya. Namanya sendiri yang cukup futuristik sudah membuatkan kami terpukau, tapi bagaimana dengan fungsinya?
Apa yang membuatkan kami lebih tidak sabar adalah untuk menguji fungsinya yang sungguh inovatif dan unik, iaitu Anti-Tangle. Mari lihat pendapat kami mengenai SAMSUNG VC5100 Canister with CycloneForce with Anti-Tangle Turbine.
Table of Contents
Rekaan yang futuristik dan bergaya
Sebaik sahaja kami membuka kotak, ianya seperti jatuh cinta pandang pertama pada rekaan yang penuh bergaya dan moden. Dengan warna hitam matte yang penuh menawan, ianya menambahkan lagi elemen moden pada vakum ini. SAMSUNG mengambil inisiatif yang terbaik dengan menjadikan tangki sampah lutsinar untuk memudahkan pengguna melihat sampah tanpa perlu lagi membongkokkan diri dan membuka tangki sampah. Rekaan lutsinar ini juga membolehkan pengguna melihat bagaimana CycloneForce berfungsi.
Tiada lagi rambut atau bulu tersangkut!
Pada mulanya kami sedikit sangsi, sejauh manakah kebolehan vakum ini menyedut kotoran tanpa meninggalkan sisa rambut atau bulu di berus. Dan ternyata ianya memang menakjubkan! Fungsi Anti-Tangle memastikan proses penyedutan lebih konsisten. Tiada sebarang rambut atau bulu melekat di permukaan berus sewaktu proses memvakum dilakukan.
Amat sesuai buat yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah. Semua kotoran disedut pada tahap maksima dan yang paling penting sekali, tidak perlu membersihkan berus secara manual sebaik sahaja proses memvakum selesai.
Mampu membersihkan segala jenis permukaan
SAMSUNG VC5100 Canister with CycloneForce with Anti-Tangle Turbine ini dilengkapi dengan tiga jenis berus untuk tujuan pembersihan yang berbeza. Kami telah mencuba dengan kotoran cebisan kertas, tisu serta rambut di atas permukaan kayu, karpet serta fabrik dan ternyata ianya memang berkesan.
Kesemua berus ini mudah untuk dipasang serta ditanggalkan dan tidak rumit. Sebaik sahaja kami membuka tangki sampah, alangkah terkejutnya dengan kotoran lain yang disedut oleh vakum ini! Karpet yang dibersihkan secara berkala rupanya masih mempunyai debu serta kotoran halus yang sukar untuk dibersihkan menggunakan vakum biasa.
Lengkap dengan alat kawalan jauh
Siapa yang boleh terfikir idea untuk mencipta vakum lengkap dengan alat kawalan jauh? Sememangnya SAMSUNG VC5100 Canister with CycloneForce with Anti-Tangle Turbine ini amat moden dan memudahkan tugas pembersihan dilakukan.
Didatangi dengan pemegang hos yang lengkap dengan alat kawalan jauh dengan 3 fungsi utama iaitu butang ON/OFF serta butang untuk mengawal tahap kuasa penyedutan dari minima sehingga maksima. Semuanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja.
Apa kata kami?
Ianya memang cinta pada pandang pertama! Kuasa penyedutannya yang sangat hebat, rekaanya yang moden serta alat kawalan jauh memang satu inovasi yang cukup bergaya. Berat vakum ini dikatakan telah dikurangkan sebanyak 25% tetapi kami masih lagi merasakan ianya sedikit berat.
Bunyi yang dihasilkan sebaik sahaja anda memasang vakum ini pasti membuatkan ahli keluarga anda terjaga dari tidur. Walau bagaimanapun, SAMSUNG VC5100 Canister with CycloneForce with Anti-Tangle Turbine memang terbaik!
SAMSUNG VC5100 Canister with CycloneForce with Anti-Tangle Turbine boleh didapati dengan harga RM829 di kesemua rangkaian Samsung ataupun boleh dibeli secara online. Untuk lebih maklumat lanjut, anda boleh lawati lawan web SAMSUNG .