HomeBlogCintai Math & Sains

Cintai Math & Sains

Berapa ‘kerat’ pelajar di sekolah yang menggemari subjek matematik dan sains? Jika ditanya kepada mereka tentang subjek yang tidak digemari, sudah tentu ramai yang akan menjawab dua subjek ini. Jadi, bagaimana untuk mengubah persepsi kanak-kanak untuk mencintai mata pelajaran matematik dan sains? Jawapannya ada di sebelah.

Rangsang minat anak

Penting bagi setiap pelajar untuk mencintai subjek matematik (math) dan sains kerana dunia kini amat bergantung kepada teknologi. Kemahiran berimaginasi, rekaan, penyelesaian masalah, pemikiran logik dan banyak lagi, kesemuanya memerlukan pendidikan math dan sains yang cukup kuat.

Justeru, setiap ibu bapa disarankan untuk memupuk minat anak terhadap kedua-dua subjek ini sejak kecil lagi. Salah satu faktor yang menyebabkan kanak-kanak tidak menggemari subjek ini adalah kerana sikap ibu bapa itu sendiri yang ‘alah’ kepada kedua-dua mata pelajaran ini. Ada ibu bapa yang secara terang-terangan memberitahu anak mereka bahawa subjek tersebut bukan ‘forte’ mereka dan ada juga yang berterus-terang bahawa mereka lemah dalam subjek tersebut semasa di sekolah. Jika begitu keadaannya, bagaimana anda ingin menanamkan sifat cinta kepada math dan sains dalam diri anak anda?

Secara semula jadinya, setiap kanak-kanak dilahirkan memiliki asas math dan sains di mana mereka mempunyai sikap ingin tahu dan gemar meneroka perkara di sekeliling mereka. Oleh itu, inilah masa yang sesuai untuk ibu bapa menerapkan minat anak terhadap dua subjek ini. Dengan langkah yang betul, anda akan dapat membantu si kecil untuk menerbitkan kecintaan kepada math dan sains sekali gus merangsang perkembangan otak mereka.

7 Tahun Pertama Penting

Peringkat usia tujuh tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah penting untuk anda terapkan minat mereka terhadap sesuatu perkara, kerana ketika itulah otak anak anda dapat menyerap semua pembelajaran yang diajar kepada mereka. Penggunaan teknik yang betul dapat membantu si kecil untuk menguasai pendidikan math dan sains.

Salah satu caranya adalah dengan menghantar anak anda ke pusat pengayaan khusus yang menawarkan subjek-subjek ini. Tenaga pengajar yang bertauliah tahu cara yang betul untuk menanam minat si kecil terhadap math dan sains.

  • Kanak-kanak akan menggemari subjek math dan sains jika dia diberi peluang untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan dua konsep ini, dengan cara yang menyeronokkan. Sekali gus, dapat membina tahap keyakinan diri mereka untuk melakukan aktiviti berkaitan.
  • Kanak-kanak mesti faham tujuan mereka melakukan aktiviti tersebut. Sebelum atau selepas melakukan aktiviti, terangkan pada si kecil tentang tujuan aktiviti dilakukan.
  • Tunjukkan contoh. Jika anda lihat kecenderungan anak terhadap sains, tunjukkan contoh perlakuan ahli sains kepadanya. Contohnya, anda membawa si kecil ke pusat sains dan menunjukkan hasil-hasil pakar sains yang ada di situ.
  • Beri galakan. Kanak-kanak memerlukan kata-kata semangat dan galakan daripada orang-orang sekelilingnya khususnya daripada kedua ibu bapanya sendiri. Jika anak anda salah memberikan jawapan ataupun tidak tahu untuk melakukan aktiviti yang diberikan, jangan terus ‘menghukumnya’ atau memberikan kata-kata negatif sehingga melemahkan semangat anak anda.
  • Berikan mainan yang betul. Mainan yang tepat mengikut usia anak dapat membantu si kecil untuk menanam minat terhadap math dan sains. Antara mainan yang sesuai diberikan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan ialah mainan blok, binaan bangunan dan trek kereta.
  • Sertai anak semasa melakukan aktiviti dan mainan. Terdapat banyak aktiviti yang melibatkan math dan sains boleh dilakukan di rumah. Contohnya, anda boleh menunjukkan mengapa sesetengah benda akan terapung atau tenggelam di dalam air, bagaimana magnet berfungsi, pecahan kek dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti harian juga boleh dikaitkan dengan math dan sains seperti ketika memasak atau berkebun.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan