HomeBlogCintai Alam: 10 Destinasi ‘nature’ Seisi Keluarga

Cintai Alam: 10 Destinasi ‘nature’ Seisi Keluarga

Ingin membawa anak anda menikmati keindahan alam? Pupuk anak anda cintai flora dan fauna. Kami senaraikan 10 destinasi ‘nature’ menarik untuk anda seisi keluarga.

Kita tinggal di negara yang kaya untuk dilawati bersama seisi keluarga! Terdapat pelbagai destinasi menarik dengan aktiviti yang boleh diisi bersama keluarga. Lebih-lebih lagi jika aktiviti yang dilakukan dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga sekaligus mendidik anak-anak mencintai alam sekitar.

Aquaria KLCC

Hayati keindahan hidupan laut di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Bukan sahaja kanak-kanak yang akan gembira, ibu bapa juga turut teruja menyaksikan keindahan lebih 5,000 hidupan laut di Aquaria KLCC. Di sana, pengunjung dapat melihat ikan piranha, tapak sulaiman, belut elektrik, tikus gergasi dan banyak lagi hidupan laut. Aktiviti yang paling ditunggu-tunggu adalah melihat penyelam memberi makan kepada beribu-ribu ekor ikan termasuklah ikan pari gergasi yang berada di situ.

Taman Botani Shah Alam

Destinasi yang cukup gemar dikunjungi oleh mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang. Hayati kehijauan tumbuh-tumbuhan dengan melakukan aktiviti menunggang basikal bersama keluarga. Selain dikelilingi flora, Taman Botani Shah Alam turut menyediakan pelbagai tarikan menarik seperti taman haiwan, taman buah-buahan dan yang paling utama, taman iklim empat musim. Jika anak anda sukakan aktiviti lasak, ajaklah anak anda berkhemah di situ. Selain berkhemah, terdapat juga aktiviti Skytrek dan Flyfishing.

Farm in the City

Pupuk anak anda mencintai haiwan dengan mengunjungi Farm in the City yang terletak di kawasan Seri Kembangan. Di samping terhibur melihat gelagat pelbagai jenis haiwan, lawatan ke taman haiwan ini sekaligus mendidik anak anak mengenali jenis-jenis haiwan. Dengan bertemakan ‘bebas sangkar’ anda sekeluarga berpeluang mengambil gambar haiwan secara dekat tanpa dibatasi dengan sangkar atau pagar. Selain boleh bermain dengan haiwan, di sini juga terdapat kebun buah-buahan dan tanaman semula jadi.

Animal World Safari A’Famosa Resort

A’Famosa dikenali sebagai salah satu bangunan peninggalan sejarah yang terletak di negeri Melaka. Selain terkenal sebagai bandar bersejarah, jangan lepaskan peluang anda untuk membawa anak-anak ke Animal World Safari A’Famosa Resort. Anak-anak pasti gembira apabila dikelilingi anak-anak ayam berwarna kuning dan melihat pertunjukan gajah. Pengunjung yang ingin menginap di situ juga boleh memilih untuk tinggal di hotel atau banglo.

Pulau Orang Utan – Bukit Merah Laketown Resort

Bukit Merah Laketown Resort merupakan salah satu destinasi eko-pelancongan yang terletak di Perak. Selain daripada terdapatnya taman tema, kanak-kanak juga boleh melihat binatang yang hampir pupus di negara ini, iaitu orang utan di Pulau Orang Utan.

Zoo Taiping

Menghampiri kawasan Zoo Taiping, anda sekeluarga pasti menyukai pemandangan taman tasik Taiping yang dikelilingi dengan pohon menghijau. Tarikan utama zoo yang terletak di Perak ini ialah Night Safari. Pengalaman menyaksikan haiwan pada waktu malam pasti menarik minat anak anda. Namun, boleh juga jika anda ingin membawa anak anda menyaksikan haiwan pada waktu siang. Anda pasti terhibur dengan persembahan burung dan anjing laut.

Pantai Port Dickson

Destinasi ‘nature’ bukan hanya tertumpu kepada tumbuh-tumbuhan menghijau dan haiwan sahaja. Sesekali anda perlu membawa anak anda bercuti di pantai. Kanak-kanak gemarkan acara bermain pasir sambil membuat istana pasir dan berenang menggunakan pelampung di laut. Sambil bermain pasir, kanak-kanak juga boleh menyaksikan keindahan lautan membiru yang ada di Pantai Port Dickson.

Lost World Petting Zoo

Bagi pencinta haiwan, destinasi ini adalah amat sesuai sekali dikunjungi. Selain dapat melihat haiwan dengan lebih dekat lagi, pengunjung juga berpeluang membelai haiwan-haiwan di Petting Zoo dan Tiger Valley. Terletak di Lost World of Tambun, Ipoh, kanak-kanak yang gemarkan pantai juga boleh ke kawasan kolam berpasir yang diinspirasikan daripada pantai sebenar.

Cameron Highlands

Kunjungan ke Tanah Tinggi Cameron Highlands pasti dapat menyemai sikap cintakan alam sekitar dalam diri anak anda. Selain dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, kanak-kanak pasti akan teruja bercuti di kawasan sejuk. Bawalah mereka melawat ke ladang teh, memetik strawberi dan menyaksikan kebun bunga yang terdapat di tanah tinggi ini.

Bukit Gambang Safari Park

Bukit Gambang Safari Park yang terletak di Pahang pasti menjadi pilihan mereka yang inginkan suasana kedamaian di luar kota. Dikenali sebagai Zoo Safari Park terbesar di Malaysia, taman ini turut terdapat singa putih yang pertama dilahirkan di Malaysia. Selain itu, anak anda juga dapat melihat pertunjukan burung flamingo. Percutian anda pastinya lebih berbaloi jika membawa anak anda singgah ke Bukit Gambang Water Park, Foreign Village & Forest Land, Wild Savannah, Lost Jungle dan Fire of the Wild yang terletak berhampiran.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan