HomeBlogCegah Rotavirus

Cegah Rotavirus

Sudah seharian Aisyah, yang berusia 3 tahun, mengalami muntah-muntah dan cirit-birit. Apabila dibawa ke hospital, doktor memberitahu bahawa kanak-kanak ini dijangkiti rotavirus. Bahayakah penyakit ini dan bagaimana cara untuk mencegah serta merawatnya?

Apa itu penyakit rotavirus?

Rotavirus, salah satu penyakit yang sering menjangkiti ramai kanak-kanak terutamanya yang berusia 5 tahun ke bawah. Merupakan virus yang menyebabkan cirit-birit dan muntah-muntah, penyakit ini lazimnya melanda bayi dan anak kecil. Penghidap penyakit cirit-birit akut ini juga akan menunjukkan simptom awal seperti muntah-muntah, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Awas! Dehidrasi yang serius boleh membawa kepada kematian.

Apakah simptom rotavirus?

Mereka yang mengalami rotavirus akan mengalami:

  • Demam
  • Cirit-birit berair
  • Muntah
  • Sakit perut

Gejala cirit-birit dan muntah-muntah mungkin akan berpanjangan antara 3 hingga 8 hari. Malah, si kecil juga akan kehilangan selera makan semasa sakit.

Bahayakah penyakit ini?

Rotavirus akan jadi bahaya, kerana…

Cirit-birit, muntah-muntah dan demam boleh menyebabkan kehilangan cecair dalam badan, sekali gus membawa kepada dehidrasi, yang amat berbahaya kepada bayi dan anak kecil. Malah, semasa di hospital juga, sesetengah kanak-kanak memerlukan IV (iaitu jarum pada urat mereka) untuk menggantikan cecair yang hilang.

Bagaimana rotavirus tersebar?

Rotavirus amat mudah tersebar melalui virus yang ada pada najis mereka yang sedang dijangkiti virus ini. Ia boleh tersebar melalui tangan, lampin, atau objek seperti mainan, meja menukar lampin atau tombol pintu yang tercalit sedikit najis pada tempat-tempat tersebut. Penyakit ini lazimnya mudah tersebar dalam kalangan ahli keluarga, di hospital dan juga pusat penjagaan kanak-kanak.

Rotavirus adalah virus yang ‘degil’ dan kuat. Ia boleh tinggal beberapa hari pada satu-satu objek, melainkan jika tempat-tempat tersebut sudah dibersihkan dengan teliti menggunakan ubat atau cecair pembasmi kuman. Akan tetapi, sebenarnya masih sukar untuk mencegah penyakit rotavirus daripada menyerang.

Cara pencegahan

Cara terbaik untuk melindungi anak daripada rotavirus adalah dengan mendapatkan vaksin rotavirus. Pemberian vaksin rotavirus kepada kanak-kanak boleh diambil seawal usia bayi 8 minggu hingga 8 bulan. Selain itu, ibu bapa perlu memastikan kebersihan kawasan rumah, kebersihan makanan dan kawasan sekeliling. Didiklah anak anda untuk membasuh tangan sebelum memegang makanan. Ibu bapa juga perlu menitikberatkan kebersihan semasa menyediakan makanan kepada anak-anak seperti memasak makanan dengan kepanasan yang sempurna dan mendidihkan air sebelum hendak diminum.

Mengapa perlu ambil vaksin rotavirus?

Vaksin rotavirus perlu diberikan kepada bayi dan kanak-kanak untuk:

  • Melindungi anak anda daripada penyakit rotavirus
  • Mencegah anak daripada terus mendapat cirit-birit, muntah-muntah dan sakit perut akibat penyakit rotavirus
  • Memastikan si kecil anda tidak terlepas daripada mengambil cuti akibat sakit di sekolah ataupun di pusat penjagaan harian (juga mengelakkan anda daripada mengambil cuti di pejabat untuk menjaga anak yang sakit)

Sumber: www.cdc.gov

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan