HomeBlogCara Unik Seorang Ayah Menunjukkan Kasih Sayang Pada Anaknya. Anda Setuju?

Cara Unik Seorang Ayah Menunjukkan Kasih Sayang Pada Anaknya. Anda Setuju?

Menjadi kebiasaan untuk anak-anak lebih manja kepada ibu berbanding ayah. Mungkin kerana personaliti seorang ayah yang tegas itu menyebabkan anak-anak hormat dan berasa kekok untuk bermanja berlebih-lebihan. Ada yang mengatakan seorang ayah ini sukar untuk mengucakan kata “sayang” pada anaknya apatah lagi untuk menzahirkan perasaan sayangnya pada anak di khalayak ramai. Realitinya, mungkin tidak nampak di mata tetapi seornag ayah ini menunjukkan rasa sayangnya pada anak dalam cara yang berbeza.

Perkongsian ini ditulis oleh saudara Tuan Faizul Ridzuan di laman Facebook peribadi miliknya. Pasti ramai lelaki yang bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh saudara ini. Jarang sekali untuk mengatakan perkataan “sayang” pada anak atau ibu bapa sendiri kerana baginya, ia menampakkan sisi jiwangnya pada umum.

Lelaki lebih kepada tindakan, bukan bercakap

Lelaki mengambil cara lain dari segi bagaimana untuk ucapkan kasih sayang. Mereka jarang sekali menuturkan kata sayang tetapi lebih kepada tindakan. Sebagai contoh, bapa lebih rela untuk membelikan kereta baru buat anaknya pakai ke universiti agar terlindung dari hujan dan panas dan faktor keselamatan. Tetapi, mereka sendiri berulang-alik ke tempat kerja menaiku motosikal. Mereka sanggup lakukan apa sahaja buat anak yang tersayang. Seorang ayah ini sanggup untuk mengambil anaknya dari sekolah atau universiti lewat malam jika kelas habis lambat kerana risaukan keselamatan anaknya.

Dahulukan anak dalam segala perkara

Jika keluar makan bersama keluarga, ayah akan mengikut permintaan anaknya jika mahukan makanan mahal dan sebagainya. Mereka jarang sekali untuk memilih makanan yang mahal dan akan dahulukan anaknya sehingga selesai makan. Lebihan makanan itulah yang akan mereka jamah walaupun tinggal tidak seberapa. Jika di rumah lauk ayam hanya ada 2 ketul, pastinya akan diberikan kepada anak dan isteri. Makan nasi bersama telur goreng pun sudah mencukupi buatnya.

Pukul itu bersebab dan untuk sebagai pengajaran

Jika anak buat salah, ibu biasanya hanya akan membebel dan jarang sekali untuk memukul anak sebagai hukuman. Nasihat dan bebelan dari seorang ibu itu biasanya hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Selepas itu pasti akan ulang semula tanpa rasa bersalah. Buat ayah, jika anaknya melakukan satu kesalahan yang besar dan berat, dia akan memberi hukuman agar anaknya berasa serik dan tidak akan mengulanginya lagi. Percayalah, sehingga ke dewasa pengalaman dirotan ayah itu masih segar diingatan dan itu lah yang mengajar anak-anak untuk menjadi orang berjaya.

Mereka sanggup untuk berlakon sebagai “bad cop” dan dibenci oleh anak supaya disiplin anak terkawal dan terjaga dari sebarang salah laku. Anak seperti seorang ayah ini bengis tanpa sedikit pun rasa kasihan, tetapi sebenarnya itu lah cara mereka mendidik anak kesayaan agar menjadi ornag yang berjaya dan berakhlak tinggi.

Bekerja keras demi keluarga

Saudara Tuan Faizul berkongsi pengorbanan ayahnya yang sanggup untuk tidak menukar kereta usangnya hanya untuk memastikan simpanan cukup untuk hantar kesemua anaknya ke sekolah dan perbelanjaan pendidikan kelak. Ayahnya berulang-alik dari rumah ke pejabat dengan membonceng motosikal selama 40 tahun. Kereta diberikan kepada ibunya kerana pada ketika itu mereka hanya mampu untuk memakai satu kereta sahaja.

Mereka jarang sekali berada di rumah kerana sibuk mencari nafkah atau tambah pendapatan demi keselesaan keluarga. Sebab itu lah masa bernilai bersama anak-anak kurang dan ini adalah salah satu pengorbanan besar oleh ayah kepada anak-anaknya. Lihat lah, ada yang membawa GRAB selepas pulang bekerja, buat bisnes kecil-kecilan atau juga mengambil kerja sambilan demi menyara keluarga. Kerja habis lewat malam dan anak semua sudah enak dibuai mimpi. Keesokkan paginya, subuh-subuh sudah keluar ke pejabat. Hilang masa yang sepatutnya diluangkan dengan anak-anak agar masa depan mereka jauh lebih cerah.

Mahukan sesuatu? Berusaha

Ayah tidak mudah sekali beriakn apa yang dimahukan oleh anaknya tanpa berusaha keras dahulu. Jika mahukan permainan baru misalnya, ayah akan memberi pilihan samada kumpul duit belanja sendiri atau dapatkan markah tinggi dalam pelajaran. Bukan mereka tidak mahu manjakan anak-anaknya dengan kebendaan tetapi ianya penting untuk mengajar mereka berusaha jika mahukan sesuatu agar boleh berdikari di masa hadapan. Ramai yang tidak perasan bahawa ini adalah salah satu sisi seorang ayah menunjukkan kasih sayangnya pada anak.

Mereka bukan bengis, garang dan tidak sayang pada anaknya. Cuma, mereka lebih kepada tindakan dan kurang pda pertuturan. Cara seorang ayah menunjukkan kasih sayangnya pada anak berbeza-beza oleh itu sayangilah ayah anda.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan