HomeBlogCara Paling Bijak Untuk Ajar Si Kecil Makan Sayur!

Cara Paling Bijak Untuk Ajar Si Kecil Makan Sayur!

Sayur-sayuran bukanlah kawan baik buat si kecil. Sukar sekali untuk berjumpa kanak-kanak yang gemar makan lobak, timun, brokoli apatah lagi bayam. Jika anda letak sayur dalam pinggan mereka, pasti akan diketepikan dan tidak terusik langsung.

Mendidik si kecil untuk meminati sayur bukan satu usaha yang mudah. Anda perlu bersabar dan penting sekali untuk menjadi kreatif. Berikut adalah sebahagian tips dan cara yang anda boleh cuba pada si kecil untuk mendidik mereka meminati sayur-sayuran. Selamat mencuba!

Potong sayur dalam bentuk comel dan menarik

Untuk menarik minat si kecil memakan sayur-sayuran, anda perlu menjadi kreatif dalam menyediakannya. Kanak-kanak senang tertarik dengan bentuk yang menarik dan comel. Oleh itu, anda boleh sediakan sayuran dalam bentuk yang cantik dan comel seperti bentuk bunga, lobak yang dipotong bentuk hati, susunkan brokoli, jagung, lobak di atas pinggan menyerupai bentuk muka dan pelbagai lagi cara kreatif. Ianya cukup mudah sekali untuk menarik perhatian mereka menyukai sayur-sayuran. Jika anda tidak mahu menghabiskan masa memotong satu persatu sayuran dalam bentuk, anda boleh cuba dengan mencincang sayur-sayuran dalam pelbagai warna dan letakkan di dalam bekas berbentuk ikan, anak patung dan apa sahaja.

Hidangkan dalam kuantiti yang sedikit

Anda mahu mengajar mereka meminati sayur-sayuran, jadi jangan paksa mereka memakan sayuran dalam kuantiti yang banyak. Pinggan yang berisi sayur-sayuran yang banyak akan membuatkan mereka tidak mahu makan dan langsung tidak terusik nasi walaupun lauk kegemaran mereka turut terhidang. Anda boleh gunakan helah seperti berapa banyak sudu sayur yang si manja mahukan dan ikutlah permintaannya. Biarpun sedikit tetapi mereka masih memakan sayur.

Bawa mereka ke pasar

Praktiskan sikap suka membawa si kecil bersama sewaktu membeli barang dapur. Dedahkan mereka dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan makanan agar mereka terbiasa dengan semuanya. Beri mereka ruang untuk memilih sayur-sayuran kegemaran mereka dan kebiasaannya mereka akan makan pilihan mereka tanpa banyak soal. Sebagai ibubapa, anda boleh beri syarat agar mereka perlu makan semua yang dipilih tanpa membazir.

Galakkan si kecil untuk mencuba pelbagai jenis sayur. Kadang-kadang, mereka tidak gemar sayur bukan kerana rasa tetapi teksturnya. Ada anak yang gemar sayuran yang rangup seperti lobak dan timun. Jadi anda perlu tahu citarasa si kecil.

Buat smoothies

Kaedah lain untuk menarik minat si kecil yang tidak gemar makan sayur adalah dengan hidangkan mereka smoothie yang diperbuat daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini adalah healh terbaik untuk menyembunyikan sayur daripada mereka. Siapa yang akan tolak segelas smoothies ais yang berwarna menarik? Blendkan sayur pilihan bersama ais dan untuk kaburkan sedikit rasa dengan campurkan smoothie tersebut bersama buah-buahan. Pentingnya di sini adalah jangan gunakan paksaan dan kekerasan untuk memaksa si kecil makan sayur. Jika anda memaksa, lagi mereka akan menolak.

Ceritakan kebaikan dan khasiat sayur-sayuran

Jika anda hidangkan sayur sebegitu sahaja tanpa sedikit penerangan sudah semestinya mereka akan berasa pelik dan enggan mencuba. Kaedah terbaik ialah dengan ceritakan kepada mereka apa kebaikkan sayur tersebut. Si kecil akan berasa lebih teruja jika anda tunjukkan kelebihan dan khasiat sayur sebagai contoh ceritakan bahawa brokoli akan membantu mereka membesar dengan lebih cepat dan berlari laju. Jangan hanya katakan sayur elok untuk kesihatan, mereka tidak akan berasa teruja. Sebaliknya, katakan makan bayam boleh kuat seperti Popeye!

Biarkan mereka merasa semua

Hanya kerana mereka baru mencuba satu sayur dan menolak, tidak bermakna mereka langusng tidak menggemari sayur-sayuran. Percubaan pertama gagal adalah perkara yang biasa. Mereka masih di dalam tempoh mencuba pelbagai jenis makanan dan biarkan mereka mencari yang manakah kena dengan citarasa lidah mereka. Siapa tahu selepas berbelas kali percubaan, mereka akan terus suka dengan rasa sayur tersebut? Gunakan juga idola untuk mengajak mereka untuk makan sayur. Ceritakan idola mereka seperti Boboboi punya kuasa sebab dia gemar makan sayur atau sebagainya.

Mendidik si kecil ini memerlukan anda menjadi kreatif. Gunakan kreativiti amsing-masing untuk menarik minat mereka. Cuba gunakan dahulu kesemua tips ini dan lihat jika ianya berjaya atau tidak. jangan cepat mengalah dan beri mereka sedikit masa untuk menerima sayur.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan