HomeBlogCara Mudah Membasuh Botol Susu Tanpa Menggunakan Sabun

Cara Mudah Membasuh Botol Susu Tanpa Menggunakan Sabun

Jangka hayat sesuatu botol susu kebiasaanya 4 bulan sehingga 6 bulan dan ianya bergantung juga pada jenis. Jika anda menggunakan botol jenis BPA, ianya boleh digunakan sehingga 6 bulan. Untuk lebih kepastian, boleh rujuk pada tarikh lulut yang tertera pada kotak.

Ibu bapa sering mengalami masalah di mana botol susu yang baru sahaja digunakan tidak sampai sebulan kelihatan seperti sudah digunakan berbulan-bulan lamanya. Dengan bekas susu yang melekat di celah-celah botol yang sukar untuk dibersihkan dan warna botol juga kian pudar dan makin dilitupi dengan warna kuning cair tinggalan susu. Ianya merumitkan lagi kerja pembersihan dilakukan.

Pelbagai cara telah digunakan seperti menyetal kawasan yang kotor tetapi masih ada lagi sisa-sisa susu yang tertinggal. Akhirnya, botol tersebut dibuang dan beli yang baru. Proses ini berlarutan berulang-kali sehinggalah anak sudah berhenti minum susu botol dan sudah banyak duit yang dihabiskan untuk membeli botol yang baru.

Kini sudah makin banyak sabun organik yang dijual khas untuk membasuh botol susu atau peralatan bayi. Tapi sebenarnya anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak sekalipun. Dengan menggunakan 3 bahan ini sahaja, ianya sudah cukup berkesan untuk bertindak  sebagai pencuci botol. Perkongsian daripada Fitriah Azman ini dapat membantu anda dalam membersihkan botol susu secara mudah dan berkesan.

Pencuci botol susu organik

Perkongsian ini menunjukkan betapa mudahnya untuk membersihkan botol dengan menggunakan bahan di dapur sahaja. Tetapi keputusannya seperti menggunakan sabun organik yang mahal! Anda hanya memerlukan 3 bahan sahaja iaitu:

  • Air panas
  • Garam
  • Beras

Cara-cara:

Proses membersihkan botol menggunakan 3 bahan ini amat mudah dilakukan dan ianya mengambil masa tidak lebih daripada 5 minit. Anda boleh cuba kaedah ini pada botol susu anak anda di rumah.

Beras membantu melunturkan sisa susu pada botol

Pertama sekali, ambil segenggam beras dan masukkan ke dalam botol. Kemudian, tuang air panas sehingga paras separuh botol. Tutup botal tersebut dan goncangkan buat sementara waktu. Beras-beras tersebut akan membantu meluputkan sisa kerak susu di keliling beras. Berhenti goncang apabila kesemua sisa susu sudah luntur. Kemudian bilas botol tersebut dengan air bersih.

Goncangkan buat seketika dan lihat lah hasilnya!

Selepas selesai membilas botol tersebut, ulang proses yang sama tetapi menggunakan garam pula. Masukkan sedikit garam bersama air panas dan untuk kesan lebih pantas, gunakan berus botol susu untuk pembersihan maksima.

Sisa-sisa susu yang sukar dibersihkan

Puting botol susu sering kali mempunyai sisa-sisa susu dan amat sukar dibersihkan. Untuk membersihkan puting, masukkan sedikit beras dan sedikit air panas di dalam puting tersebut. Geserkan beras pada puting tersebut untuk menanggalkan sisa susu. Anda akan lihat betapa mudahnya sisa susu tertanggal dengan senang.

Hasil selepas menggunakan 3 bahan ini

Tiada lagi sisa susu

Lihat lah hasilnya selepas dibersihkan menggunakan kaedah ini. Botol lebih bersih dan tiada lagi kesan sisa-sisa susu yang melekat di celah permukaan puting susu mahupun botol. Cara ini amat mudah sekali dan menjimatkan wang. Alternatif yang terbaik buat ibu bapa yang tidak mahu mengeluarkan duti membeli sabun pencuci organik.

Pastikan botol susu anak anda bersih dan selamat

Botol susu yang tidak dicuci dengan betul akan menjadi tempat bakteria untuk membiak dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit dan boleh mengancam nyawa anak anda. Ianya mungkin kelihatan bersih tetapi sisa-sisa kerak susu yang melekat di celah permukaan boleh mendatangkan bahaya. Ianya tidak disyorkan untuk membersihkan botol menggunakan air biasa sahaja.

1. Rendam bersama air panas

Ini adalah kaedah yang sering kali digunakan oleh para ibu bapa. Selepas botol dibersihkan dan dibilas, rendamkan botol bersama air panas untuk membasmi segala kotoran dan bakteria. Biarkan botol tersebut terendam buat seketika dan bilas semula.

2. Cuci menggunakan berus botol khas

Bentuk botol susu yang sukar untuk dicapai perlu lah dibersihkan menggunakan berus botol khas. Ianya akan memudahkan kerja-kerja pembersihan dan mencapai di kawasan yang sukar untuk dibersihkan. Pastikan anda gunakan berus yang khas untuk menjamin keselamatan anak anda.

3. Steril botol susu menggunakan alat khas

Kaedah steril ini bukan sahaja dapat menghilangkan kekotoran malah bau juga. Oleh kerana botol susu diperbuat daripada plastik, maka ianya senang untuk bau serta warna melekat pada botol susu. Penggunaan sabun juga tidak dapat menghilangkan bau sepenuhnya.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan