Selimut bayi akan digunakan buat jangka masa yang panjang. Selimut adalah salah satu barangan yang akan bersama si manja dari lahir sehinggalah besar. Ada kanak-kanak yang masih menyimpan selimut bayi mereka sama seperti “bantal busuk”. Oleh itu, anda perlu menjaga selimut bayi dengan penuh cermat agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak.

Untuk memastikan selimut bayi tahan lama, tumpukan pada cara anda mencuci selimut bayi tersebut. Sesetengah fabrik tidak boleh dicuci dengan menggunakna suhu air yang terlalu panas, tidak boleh dikeringkan menggunakan mesin pengering dan sebagainya. Berikut adalah cara-cara untuk mencuci selimut bayi dengan betul dan mudah agar ianya tahan lama:

1. Rendam dengan air panas

Barangan bayi perlu dicuci dengan sebaik-baiknya. Anda perlu memastikan bahawa selimut bayi bebas daripada kuman dan bakteria kerana selimut berada dekat dengan bayi pada setiap masa. Tips utama untuk membersihkan selimut bayi adalah dengan merendam dalam air panas. Hal ini bertujuan untuk membunuh kuman-kuman yang ada melekat pada selimut bayi. Rendamkan selimut seketika sebelum memulakan proses pencucian.

2. Gunakan sabun khas

Kulit bayi amat sensitif dan lembut. Dinasihatkan untuk membersihkan selimut bayi dengan menggunakna sabun khas mesra bayi sahaja. Sabun biasa amat kasar buat kulit bayi dan boleh mengakibatkan gangguan kulit seperti alahan, ekzema, ruam, kemerah-merahan dan gatal. Walaupun bayi anda tidak mempunyai sebarang alahan, amat digalakkan untuk menggunakan sabun khas bayi juga. Sabun mesra bayi ini amat mudah didapati di pasaran.

3. Asingkan selimut bayi dengan pakaian orang dewasa

Bayi tidak terdedah kepada kotoran luar, asap atau sebarang bendasing. Mereka hanya duduk di dalam rumah dan juga peluh mereka juga tidak sekotor peluh orang dewasa. Untuk menghindari daripada kuman dan bakteria bercampur dengan selimut bayi, digalakkan untuk anda mengasingkan selimut bayi dengan pakaian orang dewasa. Cuci selimut bayi secara asing dan ini juga untuk menghindari selimut daripada terkena waran yang luntur daripada pakaian lain.

Bukan itu sahaja, pakaian orang dewasa perlu dibersihkan dengan sabun aagr dapat menanggal kesemua kotoran degil. Oleh itu, pencuci yang digunakan berbeza daripada pencuci digunakan unutk mencuci barangan bayi.

4. Semak arahan mencuci

Setiap fabrik memerlukan proses mencuci yang berbeza bergantung pada kain dan pembuatan. Sebagai contoh, jika selimut bayi diperbuat daripada kain kapas, ianya mudah untuk dibersihkan menggunakan mesin dan dikeringkan. Tetapi, jika selimut bayi diperbuat daripada material bulu atau wool, lebih selamat jika anda mencuci menggunakan tagan bagi memastikan ianya tidak mudah rosak. Material wool amat lembut dan mudah rapuh dan mesin amat kasar untuk fabrik sebegini. Perhatikan juga jika arahan tertulis tidak boelh dijemur. Sesetengah fabrik tidak boleh dijemur bawah terik yang panas untuk menjaga kualiti dan keutuhan bebenangnya.

Cara membersih selimut bayi mengikut jenis fabrik

Selimut kapas

Selimut bayi yang diperbuat daripada kapas sebaiknya tidak dicuci dengan menggunakan mesin untuk mengekalkan bentuk selimut tersebut. Putaran mesin yang kuat sememangnya tidak dapat dinafikan dapat menghilangkan kotoran tetapi ia juga menyebabkan kapas bergumpal. Jika mesin anda mempunyai mod pembersihan pakaian mengikut fabrik, maka tetapkan pada mod ‘cotton’ atau juga ‘delicate’ agar ianya mencuci dengan lembut.

Jika anda memilih untuk mencuci menggunakan tangan, campurkan air biasa dengan larutan cuka pada nisbah 4:1 dan biarkan ianya terendam buat seketika. Cara ini dapat membantu mengekalkan kondisi selimut agar tetap utuh dan baik.

Selimut berbulu

Selimut yang menggunakan kain berbulu perlu dicuci dengan penuh cermat agar ianya tidak tertanggal. Fabrik sebegini mengambil masa yang sedikit lama dari segi mencuci serta mengeringnya. Tidak boleh diputarkan atau dibilas dengan kuat. Cukup dengan sekadar menjemur selimut sebegini di kawasan yang redup dan biarkan ianya kering dengan secara sendiri. Selimut yang dicuci dengan cara yang salah akan merosakkan teksturnya secara menyeluruh.

Selimut fabrik wool

Seperti kain berbulu, fabrik wool juga perlu dibersihkan dengan sangat lembut dan tidak boleh diputar untuk tujuan bilas. Gunakan suhu air yang dingin kerana suhu panas dapat merosakkan kondisi selimut wool menjadi kasar dan kusut. Bersihkan selimut pada hari yang cerah agar sleimut tersebut dapat dikeringkan dengan sepenuhnya. Jangan keringkan di dalam mesin pengering kerana suhu yang terlampau kuat akan merosakkan fabrik selimut bayi tersebut.

Tips-tips penting

  • Rendamkan selimut bayi dalam air dengan suhu suam iaitu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.
  • Gunakan pencuci khas untuk produk bayi yang mesra pada kulit bayi.
  • Jangan gunakan ‘clorox’ atau sebarang bahan pemutih kain.
  • Cuci selimut bayi pada mod lembut agar ianya tahan lama.
  • Jangan rendamkan selimut bayi bersama sabun dengan terlalu lama.
  • Jangan putarkan atau bilas selimut bayi dengan kuat.

Berikut merupakan beberapa tips dan panduan dalam mencuci selimut bayi untuk menjaga fabriknya agar tahan lama dan tidak senang rosak. Dari segi pemilihan sabun sehinggalah suhu air yang digunkana, semuanya perlu diambil kira apabila ianyanya berkenaan barangan bayi. Jika anda mencari sabun yang mesara bayi, boleh lihat di laman web 100Comments. Adakah anda sudah mencuci selimut bayi anda hari ini?