HomeBlogCara Memasak Bubur Mudah Dan Berkhasiat Untuk Bayi

Cara Memasak Bubur Mudah Dan Berkhasiat Untuk Bayi

Cara Memasak Bubur Mudah

Bayi sudah boleh diperkenalkan dengan makanan sejak empat bulan lagi dan jenis makanan adalah bergantung pada umur mereka. Bayi yang berumur awal 3 bulan boleh diperkenalkan dengan puri iaitu makanan yang lembut agar bersesuaian dengan mereka. Untuk bayi yang sudah 6 bulan ke atas, mereka boleh diperkenalkan dengan bubur lembut agar bersesuaian dengan perut mereka.

Sebagai ibu, ianya boleh manjadi sesuatu yang sukar untuk merancang makanan bayi. Kebiasaannya, ibu akan memasak bubur kosong sahaja dan ini akan membuatkan bayi berasa cepat jemu. Anda boleh cuba mempelbagaikan resepi yang berpadanan dengan bayi dan haruslah meminta nasihat dari pakar dahulu agar bayi tidak mengalami sebarang alahan dan ketidakhadaman.

Lagi bertambah seronok apabila melihat anak menikmati masakan air tangan ibunya sendiri. Sudah tentu lah terjamin kebersihan dan khasiatnya, malah anda dapat mengenali dan mengetahui selera makan si kecil. Makanan tambahan ini di samping susu badan ibu membantu pertumbuhan bayi. Makanan yang cukup dengan tenaga dan nutrien membantu agar bayi membesar dengan sihat.

Makanan yang bersesuaian dengan umur bayi

Sesetengah ibu bapa memperkenalkan makanan kepada anak mereka sejak 3 bulan lagi. Adakah ianya tindakan yang betul? Makanan semisolid tidak seharusnya dimulakan terlalu awal. Ini kerana sistem penghadaman bayi masih lagi belum matang. Bayi yang baru lahir sehingga berumur 4 bulan hanya boleh diberikan susu badan atau susu formula sahaja. Sebarang makanan asing tidak dibenarkan kerana ianya boleh memberi kesan kepada kesihatan dan sistem pencernaan mereka.

Bagi bayi yang berumur 4 sehingga 6 bulan sudah boleh diberikan makanan semisolid. Ibu perlu memberi susu juga tanpa henti dan jangan sesekali menggantikan susu dengan makanan semisolid. Di tahap umur sebegini, anda sudah boleh berikan puree sayur-sayuran, buah-buahan, daging serta bijirin semi-liquid.

Untuk bayi yang berumur 6 sehingga 8 bulan, pemakanan mereka agak sama seperti bayi yang berumur 4 sehingga 6 bulan. Mereka bukan sahaja boleh memakan puree malah, buah-buahan lembut yang ditapis isinya seperti pisang dan avocado. Anda juga boleh berikan puree tofu lembut, kekacang seta oat dan barli. Mereka sudah bersedia untuk menerima makan solid apabila umur menginjak 8 bulan lebih.

Resepi ringkas dan menarik buat bayi

1. Oat bersama avocado dan bayam hijau

Bahan-bahan:

  • Buah avocado
  • Sayur Baby spinach organik yang telah direbus
  • Oat organik yang telah dimasak

Cara-cara:

Kisarkan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga menjadi lembut. Anda boleh menyiapkan dalam size hidangan yang besar dan disimpan dalam peti ais. Keluarkan apabila mahu. Hidangan ini boleh menjadi makanan padi serta petang.

2. Nasi tomato bayi

Bahan-bahan: 

  • Nasi yang sudah dimasak lembut dan tidak terlalu keras
  • Tomato segar

Cara-cara : 

Rebuskan nasi yang sudah dimasak tersebut bersama tomato yang telah dipotong dadu. Setelah selesai rebus, kisarkan bahagian tersebut sehingga halus.

3. Sayur-sayuran dan buah-buahan stim

Bahan-bahan : 

  • Avocado
  • Buah epal
  • Sayur brokoli

Cara-Cara : 

Stimkan sayur-sayuran buat seketika sehingga lembut. Kemudian, kisarkan kesemua bahan sehingga halus dan ditambah sedikit air agar tidak terlalu kering. Makanan yang amat sesuai diberikan kepada bayi kerana penuh dengan serat dan nutrisi.

4. Nasi jagung

Bahan-bahan :

  • Beras
  • Putik jagung lembut (baby corn)

Cara-Cara :

Rebuskan putik jagung (baby corn) sehingga lembut. Toskan dan diletakkan ketepi dahulu. Masak nasi seperti biasa, tidak terlalu keras. Selepas itu, kisarkan kedua-dua bahan sekaligus sehingga halus dan lembut.

5. Kentang kisar keju

Bahan-bahan :

  • Ketang
  • Keju cheddar
  • Brokoli
  • Air suam

Cara-cara: 

Rebuskan kentang dengan kulitnya sekali sehingga empuk serta rebuskan juga brokoli sehingga empuk. Selepas selesai rebus, toskan dan buang kulit kentang. Potong dadu dan masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Masukkan sekali air suam beserta keju cheddar agak ianya lemak berkrim.

6. Bubur nasi beserta ikan dan lobak

Bahan-bahan:

  • 3 sudu nasi yang baru dimasak
  • Sekeping ikan merah tanpa tulang
  • Lobak merah dipotong dadu
  • 1 cawan air masak

Cara-cara:

Masukkan air, nasi yang telah dimasak beserta ikan merah di atas api yang kecil. Masak sehingga ikan empuk dan diikuti dengan lobak merak. Biarkan seketika sehingga semuanya selesai masak. Selepas itu, kisar halus kesemuanya dan terus hidangkan pada anak anda.

7. Bubur nasi dan kurma

 
Bahan-bahan:
  • 3 sudu nasi yang telah dimasak lembut
  • 1/4 cawan air suam
  • 2 biji kurma dibuang bijinya

Cara-cara:

Masukkan nasi yang telah dimasak, air beserta kurma tanpa biji kedalam pengisar. Kisar halus buat seketika dan siap untuk dinikmati oleh anak anda!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan