HomeBlogCara Kendalikan “Tantrum” Si Kecil Di Kawasan Umum

Cara Kendalikan “Tantrum” Si Kecil Di Kawasan Umum

Kanak-kanak mengamuk sememangnya sesuatu yang tidak dapat dijangkakan. Ditambah pula jika mereka tiba-tiba ‘tantrum’ di khayalak umum ianya memang sukar untuk dikawal. Cara anda sebagai ibubapa mengendali anak yang mengamuk mencerminkan peribadi diri dan juga memberi kesan dalam pembentukan diri mereka.

Tantrum ini sebenarnya merupakan salah satu cara untuk mereka berkomunikasi. Kanak-kanak masih rendah tatabahasa dan bilangan kosa kata yang mereka ketahui. Oleh itu, menangis adalah cara yang paling mudah dan cepat buat mereka untuk menyampaikan sesuatu. Oleh itu, jangan lah berkasar dengan mereka ketika mereka mengamuk dan menangis. Ramai ibubapa yang mengambil jalan pintas dengan memukul, menjerit, memarahi dan menggunakan kekerasan dengan harapan si kecil akan berhenti mengamuk. Ianya tidak akan menyelesaikan masalah, malah menjadikan ianya lebih besar. Malah, ia turut memberi kesan negatif kepada si kecil.

Jika si kecil sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka akan mengamuk, anda perlu bersedia secara mental dan fizikal. Sabar dan lakukan cara-cara ini ketika mereka mengamuk.

1. Bertenang

Bertenang dan tarik nafas dengan perlahan. Kawal emosi dan jangan cepat melatah. Jika si kecil mula mengamuk, orang yang berada di sekeliling terutama sekali ibubapa perlulah menunjukkan sikap bertenang. Jangan cepat mengamuk kerana ianya hanya akan memburukkan keadaan. Jika kita meninggikan suara, mereka akan menangis dengan lebih kuat.

Cuba gunakan “reverse psychology” dengan bersikap tenang. Ini akan membuatkan mereka perlahan-lahan untuk bertenang kerana anda menunjukkan sikap tenang anda.

2. Pujuk secara perlahan

Berusaha untuk memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung mereka dengan lembut dan mesra. Dakap mereka dengan kuat dan ini akan membuatkan mereka percaya pada anda. Apabila anda memeluk mereka, ianya satu petanda bahawa anda bersedia untuk mendengar apa masalah yang dihadapi oeh mereka. Cuba untuk selami apa masalah mereka dan berikan perhatian. Mereka cuma mahukan perhatian dari anda.

3. Alihkan fokus mereka

Kebiasaannya si kecil akan mula mengamuk apabila tidak dapat apa yang dimahukan. Situasi yang biasa terjadi adalah apabila ibubapa membawa mereka ke kedai dan mereka meronta mahukan sesuatu yang anda tidak mahu beli. Ini lah yang mencetuskan kemarahan mereka. Anda perlu cuba sebaik mungkin untuk alihkan perhatiannya. Pujuk tidak akan menjanjikan apa-apa. Anda boleh cuba untuk bawa mereka ke bahagian lain dan tawarkan benda lain pula.

4. Beri ganjaran

Anda boleh cuba untuk berikan mereka pilihan dengan menggunakan sistem ganjaran. Beritahu pada mereka jika mereka bersikap baik, anda akan berikan mereka ganjaran seperti aiskrim, menonton televisyen rancangan kartun kegemaran atau lain-lain yang munasabah. Cuba untuk berikan sesuatu ganjaran yang mereka memang mahukan dan ini dapat menarik minat mereka untuk mengikuti kata anda.

5. Berikan mereka masa

Ada masanya anda perlu biarkan sahaja mereka sehinggalah mereka penat untuk mengamuk. Jika pujukan tidak menjadi dan mereka berterusan mengamuk dan meronta-ronta, biarkan. Berikan mereka masa dan ruang untuk menangis. Pastikan tiada barangan yang merbahaya di sekelilingnya dan percayalah apabila mereka penat, mereka akan berhenti dengan sendiri.

Setelah berhenti, anda perli dan bercakaplah dengan lembut. Inilah waktu terbaik untuk anda memberi nasihat. Belailah mereka dan ucapkan bahawa anda sayang pada mereka. Berbincang secara lembut dan jangan mengherdik atau berkeras.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan