HomeBlogCara Hilangkan Ruam Lampin Bayi Dengan 7 Langkah Mudah

Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi Dengan 7 Langkah Mudah

Kulit bayi amat sensitif berbanding kulit orang dewasa. Ianya amat mudah untuk mengalami kemerah-merahan dan keradangan. Keradangan kulit adalah dimana kulit bayi berwaran merah dan menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka. Oleh itu, bayi akan merengek tanpa henti kerana tidak selesa dan kesakitan.

Ruam berlaku lebih mudah dikawasan lampin kerana ianya tidak terdedah kepada udara serta jenis lampin yang tidak sesuai dengan kulit bayi. Ianya terjadi disekitar punggung dan kawasan pelipat peha. Ruam adalah satu kondisi yang biasa terjadi terhadap bayi tetapi sebagai ibu bapa, anda boleh mengelaknya daripada terjadi dengan lebih serius. Berikan penjagaan dan pemerhatian yang berterusan kepada bayi anda agar mereka akan sentiasa selesa.

Apa yang menyebabkan ruam lampin berlaku?

Ruam lampin berlaku apabila kulit bayi yang sensitif dibiarkan basah terlalu lama. Ianya dinasihatkan untuk memastikan badan bayi kering sepenuhnya selepas dimandikan. Keringkan akwasan lampin dengan menggunakan tuala yang bersih. Air kencing mengandungi bahan kimia dari ammonia yang memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat pada kulit. Bahan ini menyebabkan kulit bayi bertukar menjadi merah dan keradangan berlaku. Oleh itu, ianya penting buat ibu bapa sentiasa menukar lampin bayi agar sentiasa bersih dan kering. Selain air kencing, najis juga penyebab utama ruam lampin berlaku. Kelewatan menukar lampin memberi potensi agar ruam berlaku. Ianya dinasihatkan untuk menukar lampin secara berkala.

Jika anda tidak menggunakan lampin pakai buang, pastikan kain lampin tersebut dicuci dengan menggunakan bahan pencuci mesra bayi. Kulit bayi amat sensitif terhadap bahan-bahan kimia jadi bersihkan kain lampin dengan produk yang bersesuaian.

Tanda-tanda ruam lampin

Ruam lampin amat mudah untuk diperhatikan melalui mata kasar. Lihat kawasan lampin, adakah kulitnya berwarna kemerah-merahan? Jika, iya, itu petanda ruam lampin sudah berlaku dan mungkin masih di tahap biasa. Jangan tunggu sehingga ianya bertukar menjadi serius akibat jangkitan kuman kerana ianya amat pedih dan menyakitkan buat bayi. Ruam lampin juga menyebabkan bahagian punggung berasa kering dan bersisik. Selain itu, kulit bayi dibahagian pelipat juga terdapat benjolan-benjolan kecil yang mengandungi cecair.

Jika jangkitan kuman berlaku, ianya akan berwarna merah garang seakan melecur. Itu adalah tahap serius dan perlu dibawa berjumpa doktor dengan kadar segera. Cuba letakkan tangan pada bahagian kemerahan tersebut, adakah ianya panas? Ruam lampin akan membuatkan kulit berasa panas kerana jangkitan kuman telah berlaku.

Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi Dengan 7 Langkah Mudah

1. Sentiasa kering

Pastikan lampin bayi sentiasa kering untuk mengelakkan ruam daripada berlaku. Keadaan lampin yang basah dan lembap merupakan penyebab utama ruam lampin terjadi. Hal ini kerana kawasan tersebut tidak terdedah kepada udara dan pembiakan bakteria senang untuk berlaku terutama sekali dibahagian pelipat. Selepas mandi, pastikan kawasan punggung, peha dan bahagian kemaluan bayi dikeringkan dengan tuala bersih dengan sepenuhnya. Jangan sesekali memakaikan lampin ketika keadaan bayi yang sedang basah.

2. Tukar lampin secara berkala

Disarankan untuk menukar lampin setiap 2 jam atau jika bayi membuang air kecil dan air besar. Jangan sesekali menangguh penukaran lampin. Bayi perlu dijaga dengan terperinci terutama sekali di tempoh awal kelahiran. Jika bayi sudah mula merengek, cuba lihat lampinnya. Mungkin ianya sudah basah atau kotor dan bayi berasa tidak selesa. Jika anda mengunakan lampin bukan pakai buang, perlu untuk sentiasa menukar kain lampin yang kering agar bayi berasa selesa dan menghalang pembiakan bakteria.

3. Cuci menggunakan air bersih

Cucikan kulit bayi menggunakan air bersih. Kulit bayi amat sensitif dan ianya tidak disarankan untuk mencuci dengan hanya menggunakan tisu lembap. Hal ini kerana tisu lembap mengandungi kimia yang kasar buat kulit bayi. Bilaskan dengan air bersih dan gunakan sabun yang mesra kulit bayi sahaja. Jangan campurkan produk bayi dengan produk orang dewasa kerana kulit mereka berbeza dan lebih sensitif.

4. Basuh pakaian bayi dengan produk khas bayi

Jika anda menggunakan lampin bukan pakai buang, proses penjagaan tidak boleh diambil mudah. Kain lampin perlu dicuci menggunakan produk mencuci khas bayi. Ianya tidak boleh dicuci dengan menggunakan sabun pakaian biasa. Sabun biasa mengandungi sabun yang berlebihan yang boleh mengakibatkan keradangan pada kulit bayi. Jangan dedahkan kain lampin pada bendasing yang boleh memudaratkan kulit bayi. Oleh itu, anda disarankan untuk mengeringkan kain lampin serta pakaian bayi yang lain di dalam rumah agar tidak terkena asap, kotoran atau bendasing. Pastikan kain lampin betul-betul kering sebelum dipakaikan. Mencari kain lampin buat si manja anda? Sila ke laman web 100Comments.

5. Gunakan krim ruam atau ubat yang disarankan oleh doktor

Untuk mengelakkan daripada ruam menjadi lebih teruk, anda boleh gunakan krim ruam yang boleh didapati di pasaran dengan mudah. Krim ini bertindak dengan memberi keselesaan kepada bayi dan mengurnagkan keradangan dan kegatalan. Jika anda berasa was-was, boleh rujuk kepada pakar dan gunakan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor. Untuk ebih pilihan krim ruam lampin sila klik pada link yang disediakan.

7. Pakaikan lampin sedikit longgar

Ruam lampin terjadi apabila tiada ruang untuk udara masuk dan seterusnya membuatkan kawasan tersebut kekal lembap. Pakaikan lampin bayi sedikit longgar untuk memberi ruang kepada udara masuk. Jangan pakaikan pakaian yang ketat dan membuatkan kulit bayi tidak dapat bernafas dengan sempurna. Kenakan pakaian yang mudah menyerap peluh dan selesa. Pakaian yang diperbuat daripada kapas adalah pilihan yang terbaik baut si manja.

8. Teruskan penyusuan susu ibu

Tahukah anda bahawa susu badan ibu mempunyai khasiat yang begitu banyak? Susu ibu membekalkan nutrisi yang soenuhnya malah menguatkan imun bayi agar tidak mudah dijangkiti sebarang penyakit. Teruskan memberi susu badan kepada bayi selama yang boleh. Tubuh badan bayi yang imun dan mempunyai antibodi yang kuat akan menjaga mereka daripada senang dijangkiti sebarang penyakit dan ruam secara khususnya.

 

Leave a comment