HomeBlogCara Hadkan Masa Si Kecil Bermain Gajet Dengan Mudah

Cara Hadkan Masa Si Kecil Bermain Gajet Dengan Mudah

Kanak-kanak zaman sekarang cepat didedahkan dengan gajet dan ianya sememangnya melekakan mereka. Terdapat ramai ibu bapa yang sudah membiasakan anak mereka untuk menggunakan gajet ketika waktu makan, atau juga sebagai cara untuk memujuk mereka ketika menangis. Ianya tidak salah untuk memberi mereka bermain dengan gajet teapi perlu lah berpada dan tidak terlampau taksub sehingga tidak mempedulikan perkara lain.

Pendedahan gajet seawal bayi lagi juga merupakan satu cara yang tidak patut dicontohi dna boleh memudaratkan mereka. Kanak-kanak yang menggunakan gajet sepanjang masa berpotensi untuk tidak bergaul dengan orang sekeliling, lambat bertutur dan mempunyai masalah penglihatan. Oleh sebab itu lah sebagai ibubapa anda perlu tahu bagaimana untuk mengawal dan hadkan tempoh masa si kecil bermain dengan gajet agar kesihatan mereka terpelihara.

Menghadkan masa kedengaran sedikit sukar untuk dilakukan terutama sekali apabila mereka sedang teruja melayan kartun kegemaran atau bermain permainan. Biasanya mereka akan mengamuk dan meminta kembali gajet jika anda merampasnya secara tiba-tiba. Ianya salah, anda perlu ada cara dan pendekatan yang betul untuk meminta agar mereka berhenti bermain gajet. Anda tidak boleh rentap sebegitu sahaja kerana mereka masih tidak faham. Jadi apa cara terbaik untuk hadkan masa mereka bermain gajet?

Cara paling mudah dan berkesan untuk menghadkan tempoh anak bermain gajet

Puan Ujie Ibrahim berkongsikan cara mudahnya mengawal tempoh anaknya bermain gajet tanpa perlu memahari atau bertegas. Mungkin ramai yang sudah mengetahui teknik ini tetapi bagi mereka yang tidak tahu, mungkin anda boleh cuba teknik ini untuk mengelak mereka menangis dan mengamuk ketika diminta gajet.

Langkah pertama

Untuk menggunakan teknik ini, anda hanya memerlukan smartphone sahaja iaitu smartphone yang anda berikan kepada si kecil. Langkah pertama anda perlu pilih aplikasi CLOCK.

Langkah kedua

 

Pada aplikasi CLOCK, di bahagian bawah anda akan nampak lambang TIMER. Klik pada TIMER.

Langkah ketiga

Apabila anda pilih TIMER, anda set kan bahagian SETTING apa yang akan berlaku apabila masa sudah tamat. Pilih STOP PLAYING. Pilihan ini terdapat pada smartphone Iphone, tidak dapat dipastikan jika Android juga mempunyai aplikasi ini. Jika tiada, maka anda set kan sahaja TIMER seperti biasa dan ia akan berdering apabila sampai tempohnya.

Langkah keempat

Setelah selesai setting dan semuanya, anda set kan tempoh masa yang diingini untuk diberikan kepada si kecil bermain gajet. Jika 10 minit, maka set kan sehingga 10 minit. Telefon akan berhenti secara sendiri apabila sudah capai tempoh masa yang di set. Jika anak anda sedang menontot kartun, ianya akan berhenti secara automatik dan mereka mungkin akan menganggap bahawa telefon sudah rosak dan berikan kepada anda.

 

Sumber: https://www.facebook.com/roziah.ibrahim.5/posts/10213943614737932

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan