HomeBlogCara Buat Play Doh Homemade Menggunakan 5 Bahan Sahaja

Cara Buat Play Doh Homemade Menggunakan 5 Bahan Sahaja

Anda ada sebarang rancangan aktiviti bersama keluarga pada cuti Hari Buruh kelak? Tidak tahu mahu kemana? Apa kata anda luangkan masa lakukan aktiviti bersama anak-anak di rumah. Aktiviti ini amat menyeronokkan dan ianya tidak menggunakan kos yang tinggi. Jom ajak anak anda untuk membuat playdoh sendiri yang mudah dan ringkas.

Playdoh yang dijual di kedai permainan lebih mahal jika dibandingkan dengan playdoh homemade ini. Ianya malah lebih selamat untuk dimain kerana diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak merbahaya dan bebas dari sebarang bahan kimia. Anda tidak perlu rasa risau jika anak kecil anda bermain dengannya. Jika anda lakukan pencarian di internet, terdapat banyak versi untuk membuat playdoh ini. Tetapi di sini, kami berikan cara yang paling mudah sekali yang dikongsi oleh Puan Yanie Rosdi di Facebook miliknya.

Bahan-Bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan garam halus
  • Sedikit minyak masak atau minyak zaitun
  • 3-5 titis pewarna makanan
  • 1/4 cawan air

Cara Buat Play Doh Homemade Menggunakan 5 Bahan Sahaja

Pembuatan playdoh amatlah mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Anda boleh menjimatkan duit daripada membeli playdoh yang mahal di kedai mainan dan percayalah teksturnya hampir sama dan juga lembut sesuai untuk dibentuk oleh kanak-kanak.

Pertama sekali, anda perlu sediakan bekas besar untuk mencampurkan bahan-bahan. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas. Kemudian, campurkan air, minyak dan beberapa titis pewarna makanan mengikut waran yang digemari. Jika anda mahu membuat beberapa warna, maka sediakan bekas lebih dan campurkan bahan seperti biasa.

Uli semua bahan sehingga tmenjadi doh yang lembut dan tidak melekit. Kuantiti air dan minyak perlulah bersesuaian dengan kuantiti gandum yang digunakan. Ulang langkah yang sama buat playdoh yang warna lain pula. Siap! Playdoh memang lembut dan seronok sekali untuk bermain. Jika anda mempunyai alat untuk tekap, cookie cutter atau set playdoh boleh lah digunakan untuk bermain dengannya.

Cara menyimpan playdoh agar tahan lama

Untuk memastikan playdoh kekal lembut untuk jangka masa yang lama, setiap kali selepas bermain pastikan anak anda menyimpan kembali dalam bekas kedap udara atau juga bekas ‘ziplock’. Jangan biarkan playdoh terdedah pada udara kerana ini boleh membuatkan ianya cepat kering dan menjadi keras. Masukkan ke dalam peti ais di bahagian chiller dan keluarkan apabila mahu digunakan semula. Tahukah anda, cara ini boleh membuatkan playdoh tidak berkulat dan bertahan selama tiga bulan lamanya! Oleh itu, cara penyimpanan playdoh amat penting sekali.

Selamat mencuba!

Memang tidak rugi untuk anda mencuba membuat playdoh ini. Kosnya amatlah rendah dan cukup senang untuk dibuat. Jadikan ini sebagai aktiviti keluarga dan ajak anak anda sekali untuk membuat playdoh bersama-sama. Ianya juga boleh mengisi masa luang mereka mengasah kreativiti  dan kemahiran mencipta menggunakan playdoh.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan