HomeBlogCara Bedung Bayi Dengan Betul Untuk Mengelakkan Hip Dysplasia

Cara Bedung Bayi Dengan Betul Untuk Mengelakkan Hip Dysplasia

Amalan membedung bayi ini sudah mula diprkatis sejak zaman nenek moyang lagi. Ini kerana mereka percaya bayi yang baru lahir perlu dibedung dengan kemas. Mengikut nasihat orang tua-tua, bayi yang baru lahir perlu dibedung untuk mengelak anak daripada berjalan kengkang apabila meningkat usia.

Bedung ini bukan sesuatu yang pelik kerana ia telah menjadi amalan sejak turun temurun. Tujuan utama bendung adalah untuk memberi keselesaan tidur dan juga menjaga kesihatan serta keselamatan bayi itu sendiri. Buat para ibu bapa moden, ada yang berkesempatan untuk mempelajari teknik membedung bayi daripada ibu atau nenek mereka. Bagi yang tidak berkesempatan untuk belajar, usah khuatir ada turut dijual bedung moden dimana anda tidak perlu untuk melipat kain tersebut kerana sudah tersedia dengan zip sekali. Hanya perlu zipkan sahaja dan siap!

Mengapa perlu membedung bayi?

Sewaktu bayi berada di dalam rahim ibu, mereka berasa selesa dan selamat dan posisi mereka juga berada dalam keadaan yang selesa. Selepas dilahirkan, perubahan suasa sekeliling membuatkan mereka sukar untuk menyesuaikan diri. Untuk memastikan mereka berasa selesa, bayi akan dibedung. Ini lah tujuan bedung bayi yang dipraktik sejak dahulu lagi.

Bedung dapat mengekalkan suhu badan bayi pada tahan optima. Bayi akan berasa selesa dan nyaman dan tidak terlalu sejuk mahupun panas. Selain itu, bedung dapat mengelakkan bayi daripada cepat terkejut dengan buyi sekeliling. Deria bunyi mereka amat sensitif dengan buyi sekeliling yang bising dan bingit. Tahukan anda, terdapat banyak kes kematian bayi akibat lemas dek selimut? Bendung dapat mengelakkan bayi daripada lemas dan seterusnya mati secara mengejut atau dikenali sebagai Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut (SIDS).

Ibu gemar membedung bayi kerana ia dapat membantu bayi untuk tidur dengan lena dan lebih lama tanpa gangguan. Posisi bayi yang dibendung memudahkan para ibu untuk menenangkan bayi jika menangis. Ibu juga mudah untuk menyusukan bayi kerana mereka berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak. Jika anda mencari ulasan barangan bayi untuk membantu anda membuat pilihan, sila ke laman web 100Comments dan lihat pelbagai barangan bayi dari sabun, makanan, pakaian dan sebagainya.

Cara bedung bayi dengan betul:

Jika anda tidak berpeluang untuk belajar daripada orang lama, di sini kami sediakan langkah-langkah membedung bayi dengan betul dan selamat buat panduan masing-masing. Selamat mencuba!

1. Sediakan kain yang nipis dan selesa

Sediakan sehelai kain benang kapas yang nipis dan selesa di atas permukaan yang rata. Lipatkan penjuru kain tersebut kira-kira 15 cm ke bawah. Kemudian, baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya atas lipatan yang telah dibuat.

2. Tarikkan sudut kain ke arah bertentangan

Langkah seterusnya, anda hanya perlu tarik satu sudut kain menutupi tangannya dan bawakan ke arah bertentangan. Kain tersebut akan menutupi badan bayi dan kemudian masukkan ke belakang badan bayi dengan kemas. Kain ini hanya akan menutupi sebahagian tangannya dan bukan kedua-duanya.

3. Tarik sudut kain di bawah kaki bayi

Tarik sudut kain di bahagian hujung bawah kaki bayi sehingga melepasi ke bawah dagunya. Kain ini akan menutupi bahagian kaki bayi dengan kemas dan selesa. Pastikan kaki bayi dalam keadaan selesa, tidak bengkok tetapi jangan paksa kaki mereka untuk lurus dengan menarik kakinya. Selepas itu, tarik sudut kain di bahagian kanan dan masukkan ke bawah belakangnya di sebelah kiri.

4. Siap!

Sesetengah bayi lebih gemar jika tangannya dibiarkan bebas bergerak dan tidak dibendung. Jika bayi anda meragam dan kelihatan tidak selesa, anda boleh ubah cara lipatan bendung. Lipatkan kain di bawah ketiak bayi dan biarkan tangan mereka bebas bergerak. Sekarang anda sudah mahir untuk membedung bayi. Tahniah!

Apa itu hip dysplasia?

Teknik lipatan bedung yang salah boleh menjejaskan kesihatan fizikal bayi sebagai contoh hip dysplasia. Hip dysplasia adakah kondisi di mana pembentukan sambungan pada pinggang bayi terjejas. Perkara ini terjadi apaila tulang femur pada kaki terlepas dari lengkung tulang pelvis bayi tersebut. Disebabkan itulah anda tidak boleh membedung bayi dengan memaksa kaki bayi kekal lurus.

Membedung bayi dengan menyekat pergerakan kaki bayi dengan membedung dengan terlalu ketat adalah cara yang salah sama sekali. Bayi perlu menggerakkan kaki mereka, malah mereka juga turut menggerakkan kaki ketika di dalam kandungan lagi.

Tanda-tanda hip dysplasia

Anak yang memiliki sendi tidak normal, mereka biasanya memiliki kombinasi berupa sudut soket pinggul yang dangkal. Struktur tulang rapuh pada kepala femoralis juga tidak berada dalam soket dengan seimbang. Displasia pinggul yang sering terjadi adalah apabila pinggul kiri lebih panjang daripada pinggul kanan. Selain itu, anda dapat melihat lipatan kulit pada paha dan juga perbezaan pergerakkan antara pinggul kanan dan kiri.

Untuk melihat tanda-tanda yang lebih jelas, ibu akan mengalami kesukaran untuk menukar lampin anak. Selain itu, sebelah kaki bayi akan berada dalam keadaan sebelah pendek dan terkeluar. Pinggul bayi juga akan berbunyi setiap kali digerakkan. Jika anda masih tidak dapat melihat tanda-tanda awal ini, anda akan nampak dengan jelas apabila mereka sudah meningkat besar. Kaki anak akan sedikit terangkat dan juga mereka akan berjalan seperti itik dengan bahagian punggung akan sedikit terangkat. Jika ini berlaku, sila berjumpa dengan doktor untuk melakukan terapi. Teruskan membaca artikel-artikel berkaitan keibubapaan di laman web 100Comments.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan