HomeBlogBuah-buahan Menyegarkan!

Buah-buahan Menyegarkan!

Anak anda sudah mula cerewet memilih makanan? Bimbang anak anda tidak mendapat khasiat yang diperlukan untuk tumbesarannya? Usah gusar! Kami sediakan 6 resipi berasaskan buah-buahan yang tentunya memberikan nutrisi berkhasiat dalam pemakanan anak anda.

Biskut Aprikot

Bahan-bahan

• 100g mentega tanpa garam

• 100g keju krim

• 100g gula kastor

• 75g tepung gandum

• 50g aprikot kering (dipotong)

• 65g coklat cip putih/coklat putih (dipotong)

Cara menyediakan:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C.

2. Alas loyang dengan kertas pembakar.

3. Dalam mangkuk besar, masukkan mentega dan keju krim, kemudian gaulkan. Masukkan gula dan pukul campuran tadi sehingga kembang.

4. Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan campurkan aprikot serta coklat ke dalam adunan. Doh akan menjadi sedikit lembut, jadi usah bimbang!

5. Ambil sesudu demi sesudu teh adunan dan susun di atas kertas pembakar. Bakar selama 15 minit atau sehingga biskut bertukar warna keperang-perangan.

6. Setelah siap dibakar, biarkan biskut sejuk dan mengeras selama beberapa minit, dan kemudian barulah boleh disimpan di dalam bekas kedap udara.

Mango-Lime Ricotta Parfaits

Bahan-bahan

• 2 mangga yang telah masak (kupas kulit dan potong kiub)

• 1 sudu besar gula

• ½ sudu teh parutan kulit limau, tambah 1 sudu besar jus limau nipis

• 1 ½ cawan ricotta

Cara penyediaan:

1. Masukkan mangga, gula, parutan limau dan jus limau dalam mangkuk. Biarkan sehingga 20 minit.

2. Letakkan campuran mangga tadi di atas ricotta, dan hidangkan.

Bunga Tembikai

Bahan-bahan

• Tembikai susu

• Rock Melon

• Tembikai

• Anggur

• Pencucuk lidi

• Straw

Cara menyediakan:

1. Dengan menggunakan pisau biskut, potong kesemua tembikai mengikut bentuk bunga. Kemudian, potong ikut bentuk bulatan di tengah-tengah bunga.

2. Gunakan pisau yang lebih kecil untuk mengukir semi-bulatan pada setiap kelopak bunga.

3. Cucukkan bunga dengan menggunakan lidi dan kemudian balutkan lidi dengan straw.

4. Cucukkan anggur pada batang lidi yang telah dibalut.

5. Boleh dihidangkan terus kepada anak anda!

Leave a comment