HomeBlogBolehkah penyusuan tandem?

Bolehkah penyusuan tandem?

Semakin ramai ibu-ibu muda kini sedar akan kebaikan penyusuan susu ibu dan mengambil keputusan untuk meneruskannya selama mungkin. Sepanjang tempoh ini, ibu yang masih menyusukan anak mereka tidak mustahil untuk hamil semula. Saat diberitakan tentang kehamilan, ramai ibu yang keliru untuk membuat keputusan, sama ada ingin menghentikan atau meneruskan penyusuan. Perkara yang menjadi kebimbangan ibu-ibu adalah jika mereka meneruskan penyusuan, adakah terdapat risiko kepada bayi dalam kandungan?

Tiada bukti kukuh yang menunjukkan penyusuan semasa hamil akan membahayakan bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, jika seorang ibu itu pernah mengalami masalah kelahiran bayi pramatang, mempunyai tanda-tanda kelahiran pramatang ataupun mengandung kembar, mungkin terdapat kesan kepada kandungannya, iaitu hormon yang dilepaskan semasa penyusuan (oxytocin) boleh merangsang kontraksi dan menyebabkan kelahiran bayi pramatang. Dalam sesetengah kes tertentu, ibu dinasihatkan untuk memberhentikan penyusuan.

Ibu hamil yang buntu sama ada untuk meneruskan atau menghentikan penyusuan boleh merujuk kepada sebab-sebab di bawah sebelum membuat keputusan:

1.  Sejarah perubatan
2. Tahap ketenteraman emosi dan fizikal
3. Umur anak yang menyusu dan keperluannya untuk menyusu

Jika kehamilan ibu tiada sebarang masalah, keputusan untuk meneruskan atau menghentikan penyusuan adalah berdasarkan keputusan individu bukannya berfaktorkan perubatan.


Tahukah anda?
Ada kajian yang menunjukkan bahawa uterus tidak reseptif dengan rangsangan hormon daripada oxytocin sehinggalah usia kandungan 24 minggu. Jadi, penyusuan semasa hamil sehingga kandungan 20 minggu adalah selamat, meskipun anda tergolong dalam kes-kes tertentu.


Benarkah menyusu semasa hamil boleh gugur?
Keguguran berlaku secara tidak terancang, iaitu kira-kira 16 hingga 30 peratus dalam setiap kehamilan. Jadi, keguguran tidak mustahil berlaku kepada ibu yang menyusukan anak. Walau bagaimanapun, tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa wanita hamil yang menyusukan anak akan mengalami keguguran semasa awal-awal kandungan.

Penyusuan semasa hamil tidak akan menghalang nutrien penting untuk sampai kepada fetus, dan juga tidak akan membahayakan tubuh ibu. Penting bagi setiap ibu hamil untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat dan seimbang, mematuhi kenaikan berat badan yang sepatutnya dan juga mendapat rehat secukupnya. Ibu yang mematuhi amalan pemakanan seimbang tidak perlu bimbang tentang penerimaan nutrien pada kandungannya dan juga kepada anak yang disusukan.

Kesan penyusuan semasa hamil
Disebabkan perubahan hormon, kebanyakan ibu hamil akan mengalami masalah sakit puting semasa menyusukan bayi. Ini akan menjadikan sesi penyusuan kurang menyelesakan. Sakit puting adalah salah satu punca utama ibu hamil memberhentikan penyusuan. Masalah ini selalunya berlaku semasa awal-awal kehamilan. Memandangkan punca masalah ini adalah disebabkan perubahan hormon, jadi tiada cara pencegahan tertentu yang boleh diikuti. Sesetengah ibu hamil akan berasa lega selepas mengurangkan dan mengehadkan sesi penyusuan, manakala sesetengah lagi menganggap penukaran cara anak menghisap puting dapat mengurangkan kesakitan.

Semasa hamil, kebanyakan susu ibu akan merudum disebabkan oleh perubahan hormon. Ketika trimester kedua, susu akan bertukar menjadi kolostrum. Ini menyebabkan kuantiti dan rasa susu akan berubah. Jadi, anak anda lazimnya akan berhenti sendiri daripada menyusu. Jika anda menyusukan bayi yang berusia kurang daripada enam bulan (semasa anda hamil), anda perlulah memerhatikan tumbesaran dan kenaikan beratnya. Bagi bayi yang berusia atau sudah mula makan makanan pejal, lazimnya mereka akan tertarik kepada makanan lain ketika pengeluaran susu anda berkurangan. Sesetengah bayi tidak kisah jika mereka tidak mendapat susu yang secukupnya semasa penyusuan. Ada bayi yang lebih mementingkan kepuasan oral, hubungan fizikal atau kerapatan bersama ibu berbanding dengan kepuasan penyusuan.

Tips penyusuan tandem
1. Dahulukan penyusuan untuk bayi yang baru lahir kerana anak yang lebih tua boleh mendapat lebih nutrisi daripada makanan pejal (berbanding bayi baru lahir yang hanya bersandarkan pada susu ibu).

2. Jika anda rasa tumpuan kepada bayi baru lahir berkurangan disebabkan penyusuan serentak ini, maka anda disarankan untuk menghentikan secara berperingkat penyusuan untuk si anak yang lebih tua.


INFO

Ada kanak-kanak yang masih terus menyusu sepanjang ibu hamil dan kekal menyusu selepas ibu bersalin. Penyusuan kedua-dua beradik ini dinamakan penyusuan tandem atau maksudnya, apabila ibu menyusukan dua atau lebih anak yang berbeza umur.


3. Menyusukan anak yang lebih tua dapat membantu ibu melegakan masalah bengkak susu. Kanak-kanak sudah pandai menyusu dan kerap menyusu sekali gus membantu ibu menghasilkan lebih susu.

4. Usah risau jika payudara anda tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi. Ini kerana dalam tempoh sekejap sahaja, pengeluaran susu anda akan dapat memenuhi keperluan untuk dua anak yang menyusu, sama seperti jika anda menyusukan bayi kembar. Terpulang kepada anda untuk menyusukan anak secara serentak atau bergilir-gilir, mengikut kepada keselesaan.

Bukan semua ibu dan bayi dapat menyesuaikan diri dengan penyusuan tandem. Jika anda atau si manja tidak selesa, anda perlulah menghentikan penyusuan anak yang lebih tua tanpa rasa bersalah melakukannya.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan