HomeBlogBerseri Semasa Hamil

Berseri Semasa Hamil

PENJAGAAN KULIT SEMASA HAMIL
Ramai wanita hamil ternanti-nanti akan seri kehamilan yang sering diperkatakan dan dikaitkan dengan ibu mengandung. Ya, betul bahawa hormon kehamilan akan mengubah kulit wajah, payudara, perut dan beberapa kawasan lain pada tubuh anda.

Namun, bukan semua ibu hamil akan merasai seri kehamilan yang diperkatakan. Tanpa penjagaan yang betul, anda juga tidak terkecuali daripada mendapat masalah kulit. Antara masalah kulit yang melanda wanita hamil ialah:

 

JAGA KULIT ANDA
Siapa kata anda perlu mengabaikan penjagaan kulit semasa hamil? Sesetengah wanita tidak mengambil peduli akan hal kulit mereka semasa hamil kerana ingin menyedapkan hati bahawa perubahan hormon yang berlaku adalah perkara lazim. Jangan begitu, Mama! Ambil tahu akan penjagaan kulit anda dan gunakan produk penjagaan kulit yang betul semasa hamil. Berikut merupakan produk penjagaan kulit yang perlu anda ambil semasa hamil:

Pelindung matahari: Gunakan pelindung matahari setiap hari terutama jika anda memang bekerja di luar. Gunakan pelindung matahari yang mengandungi zink oksida.

Pelembap: Kulit anda mungkin kering, jadi doktor akan menyarankan anda untuk memakai pelembap lembut yang sesuai untuk wanita hamil. Sapukan pada bahagian muka, lengan, kaki, payudara dan perut sebaik sahaja selepas mandi. Produk pelembap yang terbaik adalah produk yang bebas pewangi.

Pembersih muka: Disebabkan kulit muka anda akan menjadi lebih sensitif semasa hamil, jadi gunakan pembersih yang lembut dan bebas pewangi.

Ubat jerawat: Tentu anda tidak selesa jika muka ditumbuhi jerawat. Namun, anda tidak boleh berbuat apa-apa kerana risau produk jerawat yang anda gunakan berbahaya untuk janin dalam kandungan. Dapatkan nasihat doktor anda tentang produk jerawat yang baik untuk wanita hamil. Elakkan menggunakan produk yang mengandungi retinoids (seperti tretinoin) dan retinols (seperti krim anti penuaan).

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan